Friday, 17 February 2017

Happy 3rd Birthday Muhammad Darwisy Handsome Boy Ibu!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kisah pasal birthday budak kenit ni hah. Dah seminggu dia mengadu sakit gigi. Dah bawak ke klinik pun, doktor kata gusi bengkak then gigi arnab dia ada karies so terhakis tu yang sakit kot. Mula dari sakit gigi dah rajin berus gigi guna ubat gigi, selalu berus gigi kosong guna air masak je. Dah sakit mula lah nak dengar kata ibu. Ikut perangai ibu sangat. Tapi bab penakut nak jumpa doktor ikut perangai abah. Tak faham betul. Dan sepanjang sakit gigi tu malam-malam tido memang tak lena la, terjaga kejap kul 2 pagi nangis menahan sakit. Terjaga kejap kul 3 pagi sama jugak, terjaga kul 4 pagi pun sama jugak. Sudahnya ibu tak cukup tido terus ibu pergi kerja. Then nak bagi dia kuat pujuk lah dia kalau dia pergi jumpa doktor dan makan ubat ibu nak bawak dia jalan-jalan ke legoland, boleh semalam celebrate birthday dia tuntut. Haha. Tak sangka anak ibu ingat. Bahaya betul! Baiklah nanti ibu dapat duit kutu kita pergi lah ye ke legoland tuh.


Kesian, lepas subuh baru boleh tido dengan lena. Agaknya masa kul 2-4 pagi tu sakit berdenyut sangat sebab sejuk kot. So terasa sangat lah kat gigi. Siang dia okey je. Sampai demam lah juga. Mula tak tahu pun dia demam, dia yang cakap "ibu, Awisy demam ni. Tengok badan Awisy panas ni" bila pegang memang pun dedar-dedar dan panas. 


Ni malam tadi, celebrate awal. Belum tepat kul 12.00 am tapi kul 10.00 pm (16/2/17) ibu dah prepare siap-siap kek dia dengan lilin. Tahun ni tak semeriah tahun lepas, ni boleh refer link ni. Sambut kat rumah juga, nanti kita catch up balik sambut kat luar yang happening sikit ye sayang. Sian dia selalu ibu buat event candy buffet customer dia yang excited. http://darwisydarwisyah.blogspot.my/2016/02/happy-2nd-birthday-muhammad-darwisy.html


Tengok ni betapa cheeky nya muka dia. Happy sangat, asal minta abah bawak dia ke dapur tengok kucing. Then tutup semua lampu, pasang lilin siap-siap then nyanyi lagu happy birthday untuk dia. Terus dengar dia menjerit "ibu.....birthday to you Awisy ke ibu?? kek Awisy ke ibu?? yeayyyyyy!!!" hahaha. lawak ibu ngan abah tengok reaksi muka awak. Last year awak buat muka terkejut, speechless tak bercakap. Tergamam terus. Hahaha. Tahun ni dia punya terkejut siap ada dialog. Okey lah ada perkembangan. Hahaha


Gigih pujuk dia pakai topi tuh. Umpan dia hadiah birthday baru nak pakai. Tapi mata tak sabar memandang je hadiah dia tu tak sabar nak buka.


Dia start dah nak buka tak nak pakai. Ibu puas suruh dia posing nak snap banyak-banyak gambar dia. Ingat nak beli KFC sebab dia suka makan ayam goreng KFC macam upin dan ipin. Tapi KFC queue nya panjang ibu tak larat nak tunggu dah mengantuk. Ada yang follower kat IG komen belum kul 12.00 am tapi dah celebrate. Haha, jawapannya ibu dan anak dah ngantuk tak larat nak tunggu so kita celebrate awal 2 jam pun boleh janji awak happy.


video

Ni hah video dia ibu tak habis nyanyi lagi dia dah tiup lilin. Betapa tak sabarnya anak ibu. Tahun lepas jenuh main tiup lilin je kejenya. Asal api dah padam suruh hidup kan balik. 


Beli black forest je sebab chocolate indulgence favorite anak ibu habis. Dua SR ibu pergi habis. Ibu dah tak daya nak pusing cari. Janji awak ada kek birthday walau slice ye sayang. Nak the whole cake kita kena sambut ramai-ramai supaya tak membazir kek tuh.


Bergambar dengan birthday boy ibu. Tahun ni tak de gambar bertiga, tak sempat. Ni pun nasib anak ibu tengah ada mood bergambar. Kalau tak jenuh suruh pandang kamera. Abah dah bosan anak tak bagi kerjasama. Ibu selalu doakan untuk anak ibu yang baik-baik sahaja. Membesar dengan sihat akal dan fizikal, diberi akal yang sihat, dapat berbakti pada ibu abah keluarga juga ummah hendaknya ye sayang. Next year dah start pre-school. Moga makin banyak explore sekeliling dan makin bertambah bijak hendaknya ye sayang. Anak ibu penguat semangat ibu selamanya. Ibu sayang awak dunia akhirat. Nanti kita ke legoland okey sayang! Oh ya, nak ucap terima kasih kepada kenalan-kenalan dan followers kat FB & IG sebab sudi wish dan doa yang baik-baik untuk Muhammad Darwisy. Moga perkara yang sama juga balik kepada kalian semua ya.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails