Friday, 30 December 2016

Quality Time With Lovely Law Family

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama rasanya tak balik bercuti ke kampung halaman belah mertua. Memang rindu serindu-rindunya. Iza memang jiwa kampung. Suka kedamaian, ketenangan, kedinginan. Tak suka pada huru hara, kucar-kacir semua ni. Sebab tu kalau ada kat tempat-tempat yang sesak ke, dalam konflik ketegangan ke apa memang akan cepat sakit kepala terus rasa depress. Honestly cakap kalau diberi peluang pindah duduk kampung Iza sanggup. Tapi macam-macam komitmen sedia ada sekarang ni kena fikir secara relevan lah. Syukurlah keluarga mertua ada tanah kampung, sebab Iza majoriti banyak dibesarkan di sekitar bandar lah lebih kurang. Memang dari sekolah hadap segala sesak hiruk pikuk kota ni. Last week balik Perak sebab ada wedding cousin belah suami. So hari Jumaat lagi dah gerak ke Ipoh, singgah jap umah MIL tapi MIL dan Adeq dah gerak Taiping rumah makcik sebab kenduri area sana. Iza dan Ina gerak keesokkan harinya sebab tunggu suami Ina sampai dari KLIA.


My yayang lepas sampai Ipoh mandi-mandi semua terus gerak ke Taiping rumah kenduri untuk tolong-tolong apa yang patut. Iza prefer gerak esok pagi jela dengan adik ipar n biras. Lagi pun MD tidur kesian pulak nak kejut jalan jauh tak selesa badan dia nanti. Pagi tu dalam jam 10 pagi kite orang gerak ke Taiping. Siap-siap pakai baju kenduri terus, nampak sangat nak jadi tetamu je. Maafkan lah kami ya wahai keluarga pengantin. Jalan jammed teruk sampai sakit-sakit badan dah jadinya. MD ni perangai terbaru suka amek gambar buat mimik muka tah pape. Berapa kali snap semua muka yang tak berapa nak siap. Bertabah aje lah hati ibu.


Suruh ibu buat-buat tidur pejam mata. Kalau tak selagi tu bising menjerit suruh turuti kemahuan dia. Okey lah, ibu pejam mata. Ingat dia ikut sekali tapi rupanya buat muka sememeh dia. Alahai anak.


Pastu tak reti duduk diam dalam kereta. Sibuk kacau Pak Ngah tengah drive. Kejap ke depan kejap ke belakang. Mujur lah Ummi dengan Pak Ngah tu rajin nak layan kamu. Sebab rajin layan kamu banyak sangat mulut dan akal. Ada je pertanyaan kamu. Ibu pun kadang surrender nak layan conversation kamu sayang. Umur 2 tahun 10 bulan tapi mulut macam budak dah sekolah dah. Kamu ni banyak imitate perangai ibu tapi over sikit sometimes. T_T


Sebelum ke rumah kenduri singgah umah makcik di Pokok Assam. MIL dan Acu ada kat sana tengah bersiap. Dapat lah jumpa baby Ayra ni. Alahai. So cute and adorable. MD pun terus jadi sayang dan tak pasal-pasal minta baby kat ibu. Awak ingat baby tu boleh beli kat shopping mall ke sayang? Parah ibu nak jawab bila awak tanya mana baby awak. Uhuk, sabar ye. Ibu tahu kamu bosan tak ada kawan dekat rumah kan? Tu bila jumpa baby awak rasa terus nak bawak balik. Dah la nama Ayra tu favorite name ibu untuk anak perempuan nanti. Hehehe. Xpela, nanti kita letak jugak nama baby awak Ayra ye tapi belakang nama Darwisyah macam nama blog ibu. Sempena nama anak-anak ibu Darwisy dan Darwisyah. Mudah-mudahan Allah perkenankan. Amin.


Request nak pegang baby dengan tangan sendiri. And ibu agak terkejut awak sangat teliti dan minta izin dari ibu. Ibu nampak karakter awak ni jiwa lembut. Sensitif dan peka pada sekeliling awak. Tapi jangan emosi sangat ye sayang. Awak lelaki, kena kuat kena selalu tabah tau. Ibu tahu awak boleh jadi abang yang baik dan pemimpin yang baik juga. Ibu selalu doakan untuk anak ibu.


Okey jom kite bergambar dengan baby Ayra Maisara yang baru umur sebulan ni. Nanti esok-esok kita datang tengok baby Ayra dah besar dah lain muka pulak. Baby kan muka kerap berubah. MIL siap je terus kite orang gerak ke rumah pengantin. Tak jauh mana pun dalam 10 minit sampai. Sampai-sampai terus makan sebab pagi breakfast roti dengan air milo kotak je sepanjang perjalanan.


Selesai makan terus menuju ke pelamin nak posing ambil gambar. Minta maaf awal-awal kat penganti sebab dah rasmi pelamin dulu. Pengantin on-the-way berarak masa tu. Okey, dua beranak tak ready tapi Ummi dah snap.


Aniq, Darwisy, Ibu Long and Ummi. Payah tau adik ipar putih melepak dari kakak ipar. Hahahaha. Perbezaan tona kulit di situ. 


Selamat pengantin baru buat Mira dan Faiz. Tu dia dapat anak mami Penang mari, hidung mancung terletak. Huhu. Barakallah buat pengantin, kami doakan moga mahligai yang dibina kekal aman bahagia, sejahtera selalu dan diberkati Allah hendaknya. Lawa baju pengantin, make up pun cantik je tak over sangat. 


Ini je yang sempat bergambar dengan pengantin. Yang lain-lain dah ke mana hala perginya. Nak-nak orang lelaki memang tak berminat nak bergambar dengan pengantin lagi-lagi kat pelamin. So selalu kaum hawa dengan anak-anak jela. Jadi lah untuk kenang-kenangan kan.


Baby Ayra baik je masa kenduri. Ibu Long tolong jaga sementara Acu pergi makan dan bergambar. Dah hampir tiga tahun tak pegang baby, nak kata kekok tak jugak. Tapi selalu buat MD macam baby. Hahaha. Masa umur-umur macam ni pegang sebelah tangan pun tak de hal kan? Tunggu esok dan 4 bulan ke atas dah mula bambam semua.


Ibu Long and family tak ada nak bagi apa kat Ayra, hadiahkan mini travel mat dengan bolster jelah dari #kainbayi. Memang dari zaman MD dulu rajin order ngan Kak Wati (owner kain bayi) ni sebab jahitan kemas, corak pun cantik-cantik, harga setakat ni alhamdulillah mampu milik. Kalau korang nak cari hadiah ke atau barangan yang material kain untuk baby or toddler boleh ke Instagram Kain Bayi. Macam-macam ada.
  

Selepas kenduri kiteorang balik rumah makcik kat Pokok Assam balik, malam tu datang balik sebab ada acara sesi potong kek, buka hadiah dan makan-makan sikit. Belah mertua memang dah jadi satu kebiasaan sejak dari Iza kahwin dulu. Memang bila siang dah kenduri besar, malam tu penganti akan diraikan sekali lagi duduk depan pelamin disaksikan ahli keluarga juga saudara mara terdekat sambil potong kek dan juga buka hadiah-hadiah pemberian tetamu semua. Kalau banyak sangat hadiah selalu pilih dari saudara mara je dulu then sebelum buka hadiah wajib baca ucapan pada kad tersebut. Pastu kalau dapat blender ke pinggan mangkuk ke mula pengantin kena sakat macam-macam. Dah merasainya, memang meriah dan dapat eratkan silaturahim sesama ahli keluarga. Dari situ pengantin yang baru masuk dalam sesebuah keluarga tu dapat kenal yang mana satu pakcik makcik sepupu dan lain-lain. 


Okey memang jadi kebiasaan juga sebelah keluarga arwah abah memang kaki karaoke. So masing-masing sakan memilih lagu masing-masing. Ramai tunggu turn masing-masing. Mana yang sedap halwa telinga mendengar kita layan, mana yang kurang tu kita buat-buat tak dengar je lah. Huhu. Minta ampun awal-awal.


Ummi and Ibu Long. Tu Pak Ngah and Pak Long sakan pilih lagu. Settle majlis malam tu terus minta diri balik dulu sebab esok pagi nak balik kampung MIL kat Batu Kurau. Iza memang suka sangat balik kampung Batu Kurau ni. Dah jiwa suka kan ketenangan dan kedamaian kan? Memang bila dah ada cuti panjang macam ni rugi lah kalau tak balik. Bagi MD rasa suasana kampung, biasakan dengan suasana kampung.


Esok pagi tuh bangun-bangun pagi terus terkam baby Ayra. Bestnya bau baby. Rindu. Serius rindu! Masa MD baby dulu dia tak banyak ragam. Tak menangis malam sangat. Bangun pun sebab nak menyusu, done menyusu badan tidur. Then start menyusu FM penat sikit sebab kena bancuh susu tengah-tengah malam. Sampai sekarang pukul 3-4 pagi mesti akan jaga minta ibu buatkan susu. 


Sakan dua beradik cousin ni. Saja belikan baju sama sebab suka tengok reaksi masing-masing bila nampak pakai baju sama. Mengekek gelak. Darwisy tua 10 bulan dari Aniq. Tapi Aniq dah dapat adik awal dari Darwisy. Haha. Takpelah, tu namanya rezeki dari Allah kan. Kita ni hamba sahaja. Dah berusaha, doa selebihnya serah pada Allah. Belum rezeki, mana tahu lepas-lepas operate tempoh hari ada rezeki ibu nak preggy adik Darwisy. Amin.


Tengah makan kat dapur dengan MIL dan makcik-makcik semua tiba-tiba adik ipar menjerit. Ingat kenapa, rupanya suruh tengok kat luar. Ni hah bapak budak mengajar budak mandi hujan. Lebat pulak tuh. Sabar jelah, dalam hati dok doa jangan lah anak aku demam. Hahaha. 


Sakan bukan main Pak Ngah ye jadi ketua. Dah makin seronok budak dua orang tu. Sampai tak nak masuk. Sekali dengan abah MD terjebak. Geleng kepala je Mak Tok dari dalam rumah.


Tuh apa lah aksi yang Pak Ngah nak buat sampai dua beradik tu fokus bukan main. Pak Ngah memang rajin melayan budak berdua ni. Tak pe Ibu Long doakan moga Ummi dan Pak Ngah cepat-cepat dianugerahkan baby ye. Allahumma amin. Selesai makan tengahari siap-siap semua terus gerak ke Batu Kurau. Lewat juga la sampai dalam lepas maghrib macam tu. Iza dan suami pergi settle baju-baju semua kat dobi layan diri dulu. So dari Taiping ke Batu Kurau ambil masa setengah jam juga kalau tak silap. 


Pagi-pagi bangun dengar bunyi kokokan ayam jantan. Terus pegi toilet cuci mata then keluar dari rumah. Ya Allah, sungguh Iza rindukan suasana macam ni. Tenang, aman, damai. Sejuk! Kat sini tersimpan seribu kenangan suka duka. Dari arwah abah ada sampai lah sekarang. Arwah abah banyak berhabis buat rumah kampung ni. Katanya untuk keselesaan anak-anak menantu juga cucu cicitnya bila dia dah tiada. Dan paling rasa terkesan, arwah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah ini. Saat itu arwah sedang bertukang untuk siapkan rumah ni. Masa arwah pergi tu dalam suasana hari raya. Rumah tengah renovate. Ingat lagi, Iza tanya kat arwah abah kenapa buat toilet besar sangat. Dia sekadar senyum je. Rupanya jenazah arwah nak dimandikan di situ. Allah. Sedih lagi sayu. Arwah abah pergi setahun selepas arwah ayah pergi. Memang terasa lah. Iza jenis rapat dengan arwah ayah, dalam masa yang sama menumpang kasih arwah abah mertua. Cukup utuh kasih sayang kami baik keluarga mertua dan keluarga sendiri. Arwah ayah boleh jadi kawan baik dengan arwah abah. Macam tu juga MIL boleh gelak ketawa duduk sembang dengan mak Iza. Iza doa sangat moga kekal silaturahim ni sampai syurga. 


Nak merasa suasana macam ni masa raya je lah. Memang akan berderet kereta 4 biji. Kereta arwah abah, kereta adik beradik suami dan kereta kami. Saat ni tiada apa yang dapat dijual beli bila mana hati MIL bahagia tengok anak menantu cucu berkumpul sekali sekala. Walau penat meniti usia tua masih berkorban untuk anak menantu cucu semua. Dalam keluarga ni Iza belajar erti tidak berkira tak kira dari segi duit, tenaga dan masa. Yelah kalau dah menantu perempuan sorang dan yang paling sulung memang banyak erti yang korang belajar.


Dah jadi kebiasaan kalau balik kampung memang MIL suka ke kebun dan bersihkan sekitar rumah kampung. Yelah sekali sekala balik kampung kan rumah pun tak bersih macam kita duduk hari-hari. So tugas Ibu Long adalah di dapur. Jadi chef. Cheq tak lah reti masak sangat tapi boleh lah. MIL selalu akan kata 
"Ibu Long sila ambil alih tugas di dapur ye, masak lah apa yang ada"

Tuh yang kadang kalau MIL balik dari kebun ke kutip pucuk-pucuk sekeliling rumah Iza jadi blur. Ni daun apa, ni pucuk apa? Kenapa tak pernah jumpa? Hahaha. Siap tanya MIL ni nak masak macam mana? Sudahnya daun salam jadi tumis air je. Sedap juga bila jadi sayur. Selalu tumis air kan sayur bayam la, peria la. Ni daun salam. Kesian.


Yang ni pucuk mengkudu. Pahit ya amat. Tapi bila jadi ulam cicah dengan sambal belacan memang layan. Pahit-pahit pun jadi sedap. Macam-macam khasiatnya. Boleh klik link ni untuk info lanjut Khasiat Daun Mengkudu


Hah yang ni jamu special buatan sendiri untuk kecantikan dalaman wanita. Elok diminum lepas period hari keenam - ketujuh. Ramuan asal serai, kunyit hidup, halia, daun pandan dan gula batu sikit. Rebus sampai mendidih dan air ngam-ngam untuk secawan gelas. Minum masa suam-suam. Memang rasa ringan badan. InsyaAllah.


Siap bersilat kat dapur masak untuk semua ahli keluarga yang ada. Semua yang simple aje. Tapi lauk-lauk macam ni lah yang bila makan ramai-ramai selera bertambah-tambah nasi panas dalam periuk nasi. Alhamdulillah.


Petang tuh dok melayani perasaan dengan MD kat tangga rumah. Sambil menikmati hujan lebat. Tiba-tiba MD meragam kata nak mandi air hujan. Adoi. Ibu rasa macam nak marah tapi x sampai hati. Sudahnya dengan ibu terjebak.


Punca semua Pak Ngah yang berjaya racun dua beradik tuh dari semalam. Sudahnya kat kampung ibu dengan ummi terjebak sekali. Memang hujan lebat selebatnya. Puas lah masing-masing mandi hujan. Mak Tok menjerit dari dalam rumah tengok gelagat kami. Pastu bunyi guruh, memang Mak Tok marah betul suruh masuk. Kang ada yang kena panah petir pulak. Minta dijauhkan.


Elok je MD dan Aniq tak demam. Ibu yang demam after a few day. Aniq pun sama. Minta-minta anak ibu tak demam lah. Risau kalau MD demam mesti berat badan turun mendadak. Dah la susah sangat nak naik badan tuh. Sama macam ibu, nak naik berat susah tapi kalau sakit demam sekejap je turun. Malam tu pekena char kuey teow dengan adik beradik in law. Bergelak ketawa bagai. Cerita itu dan ini. Syukur semua boleh masuk masing-masing. Harmoni sebuah keluarga. Esok tuh dah gerak balik Ipoh lepas Zohor. Mula rasa sayu hati nak tinggalkan kampung.



Esoknya masih bercuti di Ipoh, mula rasa dedar badan kepala berat nak demam. Tapi gagahkan jua tolong MIL dryer baju kat dobi layan diri dengan my yayang. 3 trip jugak lah dryer baju-baju. Kesian pulak MIL nanti nak tunggu kain baju kering sebab cuaca tak menentu kejap hujan kejap panas. MD ikut mujur ada play area kat dobi ni. Memang sakan lah dia main je. 


Selesai kat dobi, terus ke Astro office sebab tolong MIL tukarkan smart card cip rosak. Tapi nombor Q masa tu panjang lagi 60 orang. My yayang ajak pekena nasi ganja yang viral kat Ipoh tu. Bagi Iza biasa je, sebab Iza tak suka makanan mamak. So this is the first and the last. Orang bukan main ramai siap berebut meja, yang beratur nak amek makanan jangan cakap lah. Tak sure apa yang sedap sangat. Hahaha.


Sebelum balik ke tempat menjemput rezeki bergambar kenangan ngan MIL jap. Tak tahu nak gambar kan macam perasaan bila MIL cakap dia sayang sangat kat menantu perempuan dia yang seorang ni. Setiap pesanan mak Iza akan ingat sampai mati. Terima kasih sudi terima Iza dalam keluarga mak. Terima kasih buat Iza macam anak sendiri. Moga silaturahim kita kekal hingga ke akhir hayat. Amin. Mudah-mudahan. Balik kampung baru-baru ni Iza belajar sesuatu. Moga pengajaran itu sentiasa segar dalam ingatan Iza. Terkadang kita hidup dalam dunia ni tak boleh fikir tentang perasaan sendiri, perlu bertimbang rasa tentang perasaan orang sekeliling kita. Perlu berkorban untuk insan-insan yang kita sayang. Telan lah pahit dan kedukaan yang hanya sementara untuk kebahagiaan kekal nan abadi di syurgaNya. Moga Allah beri rahmat buat kedua-dua Mak yang Iza ada sampai syurga. Love u both Puan Zuyah & Puan Zuraidah. Benarlah kata pepatah jika tidak diberi kekayaan harta benda, dikurniakan rezeki ibu bapa mertua yang baik. Diberi nikmat kasih sayang di dalam keluarga dan bersilaturahim. Sesungguhnya nikmat TuhanMu yang mana hendak kamu dustakan?


Sedikit kata-kata bernas untuk direnung bersama:

"jika kita tidak boleh menjadi air mutlak yang sifatnya suci lagi menyucikan,
cukup lah kita menjadi air musta'mal yang bersifat suci tetapi tidak mengotorkan,
usah kita jadi seperti air mutannajis yang mana kotor lagi mengotorkan"

Allah sayang pada tiap hambaNya lalu diberi dugaan jua ujian supaya kembali kepadaNya. Dugaan dan ujian yang diberi bukan untuk hambaNya terus leka dan jauh dari pangkuanNya. Moga kita sentiasa dikurniakan waktu untuk kembali dekat padanya dan diberi pengakhiran umur yang baik (husnul khatimah)

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails