click this to be awesome person

Friday, 7 October 2016

Seketika Di Setia City Mall, Setia Alam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Banyak cerita-cerita berbulan-bulan lepas yang tak update baik entry untuk NMB atau personal. Kali ni just nak update pasal ke Setia City Mall bulan lepas. Ke sana pun sebab nak pergi Kaison, my fav. place. My yayang ajak ke Paradigm Mall je tapi Iza macam kurang gemar sebab Kaison kat situ tak banyak pilihan sangat. Nak beli barang event sekali so alang-alang pergi la yang Kaison besar sikit. Dah settle cari barang event, nak jalan kat luar bagi MDA ni main kat padang then ada promoter bagi cup coffee katanya free tapi kena walk in ke kedai nya. So kami pun cuba lah.


So pilihan coffee dari espresso sampai ke piccolo latte tu ada free dengan setiap cup yang korang dapat dari promoter tu. Iza pilih white vienna dan my yayang pilih mocha. Iza ni bukan peminat coffee so tak berapa nak reti bab-bab coffee. Kadang minum sikit dah pening lalat dah kepala ni hah. My yayang jela yang peminat tegar bab coffee ni.


Suka decoration kafe ni. Simple dan cozy. Thank you for 2 FOC coffee for us.


Selfie anak beranak. Tapi muka ibu nampak sebelah je. Redha je. MDA mula buat perangai tak nak bergambar. Sakit pulak hati ibu.


First rasa coffee yang white vienna tu not bad jugak. Tapi bila my yayang offer mocha dia terus iza rasa pening lalat bagai. 


Thanks again to #jamaicabluecoffee untuk kopi percuma tempoh hari. Moga perniagaan anda maju jaya hendaknya.


Yang si kecik ni buat projek tak habis-habis. Mula la buat tantrum bagai. Bila bagi segala pek gula tu baru lah nak senyap.


Sambil susun menatang tuh dia cakap "hah, ni mak iye...ni anak iye..sume iye kat sini" ibu pun tak faham apa maksud kata-kata awak tu Muhammad Darwisy.


Biasalah kena tegur sikit ngan ibu mula sentap emosi tak tentu hala. Hati tisu betul lah awak ni. Dah bergenang-genang air mata macam ibu ni marah tengking-tengking. Anak...Anak...Baru sorang ibu dah migrain...


Keluar dari kafe tu dah nampak pulak kiosk ice cream. Merengek-rengek nak, siap merayu bagai. Ibu dah beli, makan dua tiga suap dah tak nak. Memang mengundang api kemarahan la Muhammad Darwisy ni. Ibu dan abah la yang menghabiskan. Ibu bukan suka benda-benda manis ni sangat. 


Dah puas hati ibu abah layan karenah dia mula lah nak sengih-sengih manja. Ngada sangat aih.


Bawa bola dari rumah sebab nak main kat padang. Sudahnya tak main pun sebab sibuk dok ligan air pancut dengan nak main giant bubbles.


Pegang je la bola tu ke sana ke mari. Dah bosan letak dalam beg balik. 
"Ibu, Awisy tak nak main ball la ibu"


Sebab dia dah rambang mata nampak playground kat tepi tu. Berlari macam tak cukup tanah. Ibu yang seriau takut awak hilang dari pandangan mata. Zaman sekarang bahaya tak mengenal waktu dan ketika. Selagi boleh elak dan jauhkan kita usaha lah. Barang hilang pun dah rasa hati gundah gulana, ini kan anak? Minta Allah jauhkan lah hendaknya.


Dah mula buat aksi pelik-pelik dia bergayut la apa la. Takpe ibu tengok kan dari jauh since abah jadi bodyguard awak masa ni.


Memang favorite MDA main slide. Dulu berani main slide open dan yang rendah je. Sekarang slide yang terowong berpusing pun dia berani dah main. Kadang ibu yang risau lebih takut-takut awak tak keluar dari terowong tu. Haishhh. 


Ni seronok habis ni. Main betul-betul main. Baju kotor ke apa ibu biarkan je. Main lah sampai penat nanti balik rumah terus tido senang ibu nak buat keje siapkan barang event. Ingat balik tu nak singgah pantai bagan lalang ke bawak MDA mandi pantai. Tapi dah tak larat fikir macam-macam keje kat rumah. Terus balik rumah. Bahagia kalau setiap hujung minggu dapat spend quality time dengan family kan? Doa-doa moga selalu diberi kesempatan untuk membahagiakan insan-insan yang kita sayang sementara ada. Wallahualam bisawab.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails