click this to be awesome person

Thursday, 6 October 2016

[CUSTOM MADE PAPER BAG] ORDER FOR HANI SYORFINA BIRTHDAY CELEBRATION AT SCHOOL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah Allah beri rezeki yang tidak disangka-sangka dengan datangkan pelbagai tempahan dari pelanggan NMB. Selain sibuk dengan memenuhi tempahan pakej candy buffet setiap hujung minggu, jika diberi kesempatan masa Iza ambil juga tempahan lain-lain macam paper bag ke goodies bag ke design ke. Ni pun sebab member sendiri so nak tak nak ambil la. Tak baik tolak rezeki. Hehehe. Harga seperti di bawah :

Paper Bag + Sticker + Clip = RM1.20/pcs
Minimum Order = 30pcs and above

Warna tema atau karakter boleh pilih dan bergantung pada stok yang ada. Selalu kes last minute customer jarang customer cerewet sebab dah tahu last minute jadi mana yang ada. Then kadang Iza siap suggest suruh customer beli paper bag yang dah siap di GM Klang melambak. Tapi macam biasa, faktor kos+jarak+masa menyebabkan mereka lebih senang tempah dengan Iza. FYI, paper bag ni Iza buat sendiri ye. DIY sendiri. Jadi jika ada yang ingin mempersoalkan tentang harga amatlah tidak sesuai kalian tempah dengan Iza. Nak dapatkan 30 keping paper bag pun sakit pinggang dibuatnya. So tepuk dada tanya diri sendiri.


Setiap paper bag dari NMB memang datang dengan sticker dan klip comel tu. Kali ni tema Zootopia untuk Hani Syorfina. Sebelum ni tema Hello Kitty  http://darwisydarwisyah.blogspot.my/2015/10/custom-made-goodies-bag-goodies-bag-for.html


Hani dah school di PASTI so buat lah sikit arabic nya word. Hehe. Ada lah kelainan sikit dari Selamat Hari Lahir dan Happy Birthday kan? 


Ni semalam kawan bagi gambar, siap dia merewang dengan anak kat rumah isi barang makanan dalam paper bag ni. Happy bila budak-budak happy. Iza memang suka budak-budak. Kalau pergi event, conduct budak-budak nyanyi lagu happy birthday untuk birthday girl/boy rasa seronok sangat. MDA pun sama tumpang sekaki bajet majlis untuk dia. Hahaha. Tahun depan la jawabnya buat birthday MDA asyik tunda je. Okey then, till we meet again. Ada banyak gambar event yang lepas-lepas Iza tak update ni. Kadang customer tanya nape event anak dia Iza tak update blog, mati akal nak jawab. Maaf sangat. Memang tak berkesempatan nak update. Iza mampu update dalam FB page je. 

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails