click this to be awesome person

Tuesday, 27 September 2016

[TIPS] Nine Things You Should Say To Your Kid/s Every Single Day

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasa dah lama tak sembang-sembang pasal tips ke-ibubapa-an or cerita pasal my MDA's ni. Umur macam MDA skrg ni memang teramat banyak explore. Well, walau baru anak sorang rasa dah lelah. Hahaha. Nak-nak kalau Iza ni jenis OCD so amat lah berada dalam keadaan tekanan. Haha. Tapi kan phase MDA skrg ni Iza notice kalau kita lebih banyak ajak dia borak dia akan cerita macam-macam yang dia alami for the whole day tu. Contoh, amek dari umah pengasuh masuk kereta terus tanya "Assalamualaikum syg, how was your day?" Eh...menipu sangat..hahaha.. More kepada tanya dia apa yang dia buat hari ni, kawan-kawan okey ke tak. If ada kawan yang tak datang Iza suka tanya, nape kawan yang tu tak datang. Nanti mula la MDA reply :

"Abe tak datang bu, hmmm..mak iye marah...iye nangis..hah.." 

Tak pun tetiba masuk kereta terus cerita :

"Ibu..bu..bu.. cat meow datang umah..Iye makan..hah..mak iye..ayah iye..semua datang" 

Rumah pengasuh MDA ni kawasan kampung sikit, so memang menyelusuri kampung lah. Jumpa lembu, kang ada sekumpulan budak-budak main bola ke naik basikal ke MDA ni ringan mulut menyapa. Peramah macam ibu dia. Hahahaha. Okey then, ni ada beberapa tips yang Iza dapat dari #Brightside. Sharing is caring.


Selalu kalau MDA nampak ibu macam sedih ke, penat ke dia datang cakap 
"Ibu, awisy nak hug ibu" Sambil tu Iza cakap kat dia ibu sayang adik sangat-sangat dunia akhirat. MDA ni Iza tengok ada terikut perangai Iza sikit. Hati sensitif, empati pada orang sekeliling. 


Part ni kadang dia tengah main mainan dia, dan kadang dia stress sendiri tak dapat nak achieve apa yang dia impikan. Kadang ada masa Iza biar, kadang kalau dah menjerit tu memang dok sebelah dia tanya / ajar dia how to solve or what to do.


Part ni Iza suka, recently kalau ibu masak kat dapur MDA akan datang terkedek-kedek dan tanya "Ibu, masak ke??" "Awisy nak tengok bu" "Awisy nak tolong bu, boleh la..."
Serius kalau ibu kata boleh / okey dia akan berlari ambil stool dia kat depan letak kat tepi table top dan panjat. Beberapa hari lepas beriya dia nak tolong ibu potong jagung buat bubur jagung. Ibu dengan senang hati tolong dia pegang pisau sebelah kanan then belah kiri pegang jagung. Punya lah dia suka. "Ibu, awisy buat bu. Hahh, pandai awisy" Then sambil tu pesan kat dia jangan main pisau or benda tajam nanti luka susah.


Yes, setuju kadang dia nak tolong angkat kain baju yang dah siap lipat letak dalam bilik. Mula ibu tak bagi sebab kang penat ibu lipat terburai pulak tengah jalan. Tapi bila kita as parent bagi kepercayaan penuh dan yakin, trust me budak memang akan cepat belajar. The build their self-confident by their own. Cubalah! Even tolong bawak air masak dalam cawan plastik dari dapur ke depan tanpa menumpahkan air tu, dia akan berusaha untuk bawak dengan penuh hati-hati. Bagi rasa tanggungjawab pada diri anak-anak.


Definitely, budak besar macam MDA pun tahu apa itu putus asa. Kalau main mainan block ala-ala lego tu dia dah penat susun tinggi-tinggi ala-ala menara KL tiba-tiba jatuh sendiri, memang dia menangis dan rasa down. Iza notice sangat. So as parent kena naikkan balik semangat dia. Cheer up. Sambil tu kita dok cerita la, Allah tak suka hamba dia yang putus asa. Budak besar ni like a sponge, they will absorb tanpa sebarang tapisan. So katakan perkara yang elok. InsyaAllah akan beri kesan pada santun nya nanti.


Part take-team ni paling best. Kalau dia gaduh dengan abah dia mesti dia lari kat ibu dan cakap "Ibu, tengok abah tu. Iye buat Awisy. Sian Awisy sakit bu" So walau kadang tu abah tak usik pape ibu memang kena menyebelahi MDA. Sebab apa, untuk bina kepercayaan dia. Memang tak elok, atau salah cara. Sikit-sikit mengadu. Tapi pada usia macam ni cara untuk put a blame tiap masa amat tidak patut. Buat budak rasa diri dia tidak diberi kepercayaan. So once dah comfort, keadaan tenang baru explain the truth one. So far its work on my MDA's.



Ni pun sama, membina keberanian dalam diri. Kadang MDA ni ada jugak sifat takut dia tak tentu pasal. Kadang elok main sorang-sorang di TV hall, tetiba ada iklan yang bunyi seram sikit terus berlari ke ibu dengan muka yang anxious gila 
"Ibu...adik takut bu...antu" Walhal, iza or suami tak pernah momok kan dia dengan perkataan hantu. Honestly, paling tidak marah je tak bagi pergi kalau dia nak main sorang-sorang dalam bilik yang gelap. So kena cakap dan remind banyak kali, tak ada apa syg. Ibu ada tengok Awisy ni. Sama juga situasi minta tlg buang sampah kat dapur, ada masa berani ada masa takut. So kena keep repeat that word "tak ada apa-apa".



Pujian memang amat perlu dalam hidup terutama kanak-kanak yang kian membesar. Banyak puji anak lagi banyak anak akan behave. Trust me, Iza dah applied. Kadang cakap marah-marah tak jalan, tapi cakap dengan nada puji-pujian eh like a magic. Contoh MDA dah main habis berselarak satu TV hall dengan mainan dia dan lain-lain. Cakap 3 kali suruh kemas tak jalan sampai ibu nak jadi "hijau". Sudahnya "Siapa clever boy angkat tangan?" "Siapa handsome boy angkat tangan?" Banyak kali puji then sambil tu kita start mengemas dan ajak dia kemas sama. Dia akan ikut sebab kita as parent buat dulu then dia rasa nak tolong sama. After that reward lah dia, bagi lah makan fav food dia ke, tepuk tangan ke macam-macam lah. 


Yang ni Iza ada explain kat mula-mula post entry ni tadi. Banyak borak-borak dengan anak. Anak akan lebih rapat dengan kita. Somehow, kita rasa tiada siapa faham perasaan kita or faham keadaan kita mahu pun pasangan kita. Sebaliknya, anak ada lah the best therapy untuk kita luahkan apa yang kita rasa. Then perasaan tu akan kembali normal dan hilang. Iza setakat ni memang tak ada waktu khas bagi gajet kat anak. Lebih pada berinteraksi dengan dia. Teknologi ni anak-anak cepat belajar, so no need to expose sangat lah. Okey then, till we meet again in another entry. Banyak preparation untuk event-event mendatang yang Iza kena buat.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


2 comments:

  1. sebijik mcm adli zah. rajin menolong tu memang saya suka sangat. tolong sapu smapah, tolong tolak bakul kain ke balcony. kalau ambik dia dari rumah pengasuh macam2 dia cerita zah. yang bestnya makan hari2 lauk nasi ngan ikan. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. makin membesar otak pun sama ligat berfikir macam-macam. kadang ada masa rajin layan tiap soalan dia tanya. kadang rasa haish tak penat ke? hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails