click this to be awesome person

Friday, 1 July 2016

Shawl by Alisha Ambra & Jelita Sara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni Jumaat bersamaan 1 Julai 2016. Ramai kengkawan opis last day today since semua akan bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi. Persiapan raya tahun ni sangat tidak mengujakan. Huhu. Happy sebab nak prepare untuk brg-brg anak dan rumah sahaja. Baju pun x tempah kat tailor seperti kebiasan raya sebelum ni. Just beli jubah plain dua helai. Tudung tahun ni memang rezeki sebab tak payah beli. Bak kata pepatah, kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan.


Jatuh cinta pada shawl Alisha Ambra ni sebab signature dia lain dari yang lain. Di hujung shawl tu ada juntaian esklusif crystal swavroski lagi. Material kain pula bagi Iza perlu diperbaiki lagi, difahamkan ini brand baru under House of Leather. Hope so owner AA boleh bagi yang terbaik lagi lepas ni. 


Oh, for me tak de istilah tudung raya. Belasah je pakai pergi kerja, berjalan dan sebagainya ikut kesesuaian. 


Then semalam ke Bangi Sentral ada urusan rasmi sikit. Sambil tu cuci-cuci mata lah kan. Tapi memang crowded sangat dah area situ. Maklum lah segala vendor butik, butik artis dan macam-macam lagi berpusat di situ. Pening sekejap kepala. Mujur butik Jelita Sara ni depan jalan utama satu building dgn Minaz semua. So park kat luar menapak ke sini. Basah juga lah ketiak. Haha.


Comel je Cik Lin ni. Haishh. Nasib abang Iza dah kahwin kalau tak dah recommend. Haha. Okey gurau, Cik Lin ni kakak kepada expolymate masa study Sijil Kat Politeknik Tanjung Malim dlu. Masa belajar kawan dengan adik dia, dah kerja kawan ngan kakak dia pulak. Dua beradik kepala otak sempoi giler. Haha. Okey korang, till we meet again. Hati-hati pulang beraya. Yang penting kalau tgh drive mengantuk sila lah berhenti ye jangan paksa diri. Nanti musibah melanda. Wallahualam bisawab.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails