click this to be awesome person

Tuesday, 28 June 2016

My TV Hall - Its Mint Color Now!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik dan 23 Ramadhan dah hari ni kan? Berlalu dengan sekejap. Allah. Oh ya, dalam bulan-bulan puasa pun tak membataskan kita dari buat kerja / aktiviti harian kita. Jadi Iza pun bosan tak tahu nak buat apa maka cari kerja kat rumah lah. Memang dah niat nak mengecat pun sbb nak habiskan baki cat yang berlebih. Nanti tak guna lama-lama rosak pulak cat tu. Beli guna duit, nak dapat duit kena usaha kerja dan macam-macam kan. Memang benar rezeki Allah beri tapi perlu ada usaha.


Sebelum ni dinding di TV hall warna peach light then ada a few frame gambar di kiri kanan. So bila dah lama-lama macam bosan. Macam nak biar each dinding tu kosong je tanpa sebarang decoration. Tu yang tanggalkan all frames, cabut skru dan tempek filler kat bekas lubang skru tu. Bagi kering dulu baru la memulakan proses mengecat.


Dengan satu golekan roller cat berubah warna dinding. Hehehe. Terus teruja. Ada follower yang tanya, tak perlu ke cat putih dulu kemudian baru cat warna yang kita nak? For me, as long as warna sebelum tu light dan warna yang kita nak cat baru lebih dark tak salah kot. Hahaha. Teori suka hati je ni. Tapi make sure kena balas 3 layer la. Mampu tak? Iza kalau nak nampak kemas, nampak cun memang buat 3 layer tanpa campur air. So nanti warna lagi naik. Ni arwah ayah yang ajak. Kerja-kerja macam ni dan bertukang arwah ayah memang superb to the max. Syukur ada turun ke Iza sikit-sikit walau pun kerja-kerja ni untuk orang lelaki sebenarnya. 



Dah half way mengecat. Nampak macam okey plak kalau hal-half combine warna macam tu. Hahaha. Tapi nnt mesti my yayang bising kata macam taska. 




TV hall ni memang konsep kami suami isteri buat tak banyak perabot supaya senang nak bersantai. Bentang je toto then layan movie anak beranak. Sebab sudut ni berasing dari hall untuk tetamu dan dining hall. So bila nak mengecat tak banyak sangat kerja nak buat kena alih perabot bagai. 


Iza mula mengecat awal pagi dalam jam 7.00 pagi macam tu. My yayang masa tu tak balik dari surau lagi. Once dia balik tengok dah berubah, hanya mampu geleng kepala. Well, wife dia memang macam ni gila dekorasi. Bajet kalau rajin nak tanggalkan wallpaper belakang TV tu nak buat la cat ala-ala bricks tapi tak gigih nak ukur dan tampal maskin tape. Sudahnya pendam kan sahaja. Tapi naik je warna bila kiri kanan dah cat warna mint ni. Masih berkecah masa ni. Dah 2 layer ni balas cat, tinggal nak cat yang di sudut-sudut sahaja. Ada follower tanya, anak tak kacau ke buat kerja mengecat ni? Dia tak kacau dan dia geli bila Iza calit cat kat tangan dia. Terus dia lari jauh main mainan kat hall. Hahaha.


Syukur alhamdulillah. Siap juga setelah hampir 5 jam. Usaha sehabis baik nak bagi nampak kemas dan cun melecun. I is tak suka kerja cincai, alai balai dan ala kadar asal siap. Pantang sangat. Huhuhu. Sebab tu kalau suami tak suka kacau kerja wife dia. Hehehe. Baik dia rest dan tolong layan anak.


Zoom in sikit. Kabinet TV ni dan all TV appliances sama umur dengan usia perkahwinan kami. Suami beli masa tahun pertama kami kahwin. Syukur, masih berfungsi dengan baik. Tak pernah meragam. Boleh lah nak feel ala-ala mini wayang kat rumah since my yayang kaki dvd. Kadang pasang sound system kuat-kuat tutup lampu. Play cerita horror lak tu memang rasa nak bangun ke toilet pun Iza suruh pause. Haha.



Finally, its done! Ni dah siap mengemop. Buang habuk, menyapu dan menyusun atur. Lega rasa dan puas. So fokus untuk menu berbuka pula. Anak bangun tido terus cakap "wahhhh!!!! tantiknyaaa umah tite...." Kembang ibu tau anak puji. Hahaha. Syukur ada ruang untuk bersantai sekeluarga. Walau nampak tak luas tapi bagi kami sudah memadai. Okey korang, till we meet again! Nanti rajin Iza update lagi dengan entry lain ye. Selamat mengejar malam al-qadar. Dan moga Ramadhan tahun ini lebih bermanfaat / bermakna buat kita seluruh umat Islam. Wallahualam bisawab.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


6 comments:

  1. Cantek catnya...
    rajin betul iza cat..
    Kami malas.. Heheh..
    Kami paksa suami catkan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...TQ dear..biasalah mood tgh rajin dtg kasi pulun..pastu sakit pinggang terkehel blkg cerita..haha...

      Delete
  2. bila nampak tajuk tv hall tu, sambil klik, dh terfikir, iza buang ke wallpaper yg baru tampal tu...
    baca habis, baru tau.. syg la klu iza buka wp tu.. dah cat baru ni, lg naik serinya..
    umah dah tantek, selamat hari raya ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. kan mula nak gak cabut WP tu. tp tggu dlu cat kering kiri kanan nak tgok hasil. mujur x tukar fikiran kalau tak letih. hehe. Selamat hari raya juga buat sis sekeluarga. TQ sudi jenguk entry blog ni. :)

      Delete
  3. cantiknyer warna mint dia...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails