click this to be awesome person

Tuesday, 24 May 2016

Jalan-Jalan @ Berjaya Hill Bukit Tinggi Colmar Tropicale, Pahang Darul Makmur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hai semua, lama kan Iza menyepi. Maaf lah. Ni dah ada mood kembali nak update blog. Lepas ni banyak lagi nak update especially bab small biz. Last Saturday kami tiga beranak ke Bukit Tinggi, Pahang. Asal perancangan nak tido sana semalam tetapi sebab masa terlalu suntuk tak dapat la. Pergi pun agak lewat dalam tengahari sebab pagi tu selesaikan tugas-tugas rumah dulu. Serabut kalau keluar berjalan rumah sepah nanti balik rumah penat lagi bertambah serabut tengok keadaan rumah.


Muhammad Darwisy sekarang mood bergambar tak tentu. Ada masa boleh bagi kerjasama yang baik ada masa macam-macam cara nak elak dari bergambar. Salah satunya kat atas buat muka tahan dari senyum sebab ibu asyik suruh senyum je.


Gedik pulak dengan abah dia bila abah suruh buat "peace" sign. Kecik hati ibu macam ni. Kawan abah tak nak kawan ibu. Tapi dalam kereta nak pulak kawan ibu.


Hah, dah start dah selfie anak beranak. Anak bagi kerjasama yang baik.


Alahai gedik sangat tu sampai posing senget-senget badan.


Okey, tunjuk gigi.


Abah dah malas nak layan katanya. Pastu kuar statement hidung ibu dan anak sama hidung ikan dalam gambar ni. T_T 


Dalam perjalanan tertidur sekejap. Dari Salak Tinggi kami ikut MRR2 ke Bukit Tinggi. Ambil masa dalam sejam juga sebab jalan di MRR2 boleh tahan sesaknya. Lepas je tol Gombak, tetiba cakap kat my yayang kita pegi Genting jela. Hahaha. Sudahnya my yayang tak layan katanya serabut baik pegi tempat yang dia tak pernah pergi. Huhu. Iza masuk ni kali kedua pergi. Dulu kali pertama pergi dengan dengan arwah ayah sekeluarga. Masa tu sekolah lagi.


Sampai je terus snap-snap gambar sebagai kenangan dengan bantuan monopod. Layan je lah gambar yang ada ye. Kalau jemu scroll laju-laju. Tehee!





Anak dah mula meragam sebab baru bangun tido mood tak berapa baik. Cranky bagai suruh abah dukung tapi abah tak layan. Ibu pulak asyik ajak selfie. Memang nangis lah dia. Siannya. Hahaha.


Okey, percubaan anak untuk tarik monopod. Sebelum hp dengan monopod jatuh baik ibu layankan anak ibu dulu ye. Sian dia.


Mood belum pulih sepenuhnya.



Abah umpan tengok swan 4 ekor kat bawah baru dia okey sikit. Dia panggil swan 
"Ang, Ang, Ang" Sebab kat rumah pengasuh ada orang bela angsa. Hahaha. Jerit kuat-kuat cakap "Ibu....!!! Anggggg!.."


Selfie lagi. Kat sini tak ada apa sangat ye. Sekadar nak feel ala-ala berada di luar negara tu boleh la. Sambil bergambar. Kalau nak honeymoon sangat sesuai. Hihihi. 


Iza suruh my yayang tahan nafas cover perut sikit bagi nampak tough. Hahahaha. Sian kena dera ngan wife.


Hadap lah gambar selfie dengan monopod. Acah-acah berada di oversea.



"Ang hitam" Hahaha. Lawak bahasa anak ibu ni.


Swan ni diasingkan ikut warna. 2 ekor warna hitam satu side. 2 ekor warna putih satu side. My yayang hulur tangan dia gigit boleh tahan. Haha. Takde keje.



Nampak tak dah mula ada mood. Kalau tak masam mencuka. Happy dah dapat tengok "Ang" jarak dekat. Pastu mulut bebel nak cerita kat ibu dan abah. 


Alahai, bonding time sangat ibu rasa. Sekejap anak ibu dah besar. Jangan besar cepat sangat sayang. Nanti ibu rindu. Belum rezeki awak nak jadi abang. Sabar ye.


Okey nak gerak dah turun ke animal park. Oh ye, masuk sini kena bayar ye RM13 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak atas 3 tahun separuh harga tak silap. Boleh refer web diorang. Cadang nak ke animal park dan japanese village tapi masa macam suntuk. Better ke animal park supaya anak ibu dapat spend time dengan animal dan belajar sesuatu.


Masuk animal park dewasa RM4, kanak-kanak bawah 3 tahun separuh harga. Dalam ni ada arnab, rusa, kancil dan keldai. Paling suka masuk rabbit farm. Asyik kejar arnab je sebab asal Darwisy nak pegang arnab lari.


Cubaan demi cubaan nak pegang arnab. Comel je rabbit tuh.


Nak pegang siap tanya ibu "Ibu, nak egang bit bu" (ibu nak pegang rabbit ibu)
Lepas tu rabbit lompat lari dia pun  ikut lompat macam rabbit siap buat bunyi "uik..uik..uik.." Ada satu video Iza rakam Darwisy nak pegi kat rabbit tetiba rusa datang kejar dia kelam kabut lari lepas tu nangis sebab takut rusa gigit. Alahai. Nanti ada masa kita pergi jalan-jalan lagi ye sayang. TQ abah bawak kami jalan-jalan. Sayang abah dunia akhirat.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

6 comments:

  1. Tak pernah sampai bukit tinggi. nak jugak pegi tp bila ajak husband alasan nya selalu kata takde ape2 kat situ. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. memang betul tak de pape dear. just klu nak amek mood honeymoon ke. feeling2 dok luar negara boleh la. hehe.

      Delete
  2. keh3...lepas ni dah boleh bela rabbit lah kt umah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan? kekdahnya mmg abah dia beli lagi nnt tu. tggu je. ibu x leh nak jeling dah la..

      Delete
  3. Ala....besar dah dia. Adli pergi sini masa umur 3 bulan. syok tidur sini. sejuk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kejap je dah besar..rindu masa baby dlu2..hehe masa sy pergi x sejuk sgt cc..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails