click this to be awesome person

Wednesday, 17 February 2016

Happy 2nd Birthday Muhammad Darwisy - Just A Simple Birthday Celebration

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur masih bernafas lagi di muka bumi hak Allah ini. Syukur alhamdulillah juga kerana telah diberi kesempatan meraikan hari ulang tahun kelahiran anak tersayang yang ke 2 tahun. Walau tak meriah mana, tak jemput tetamu hanya 3 beranak tetap rasa syukur. Sehari sebelum birthday MDA 16/2/2016, balik je dari kerja abah dan ibu dah plan sket untuk buat kejutan buat si kecil yang comel tuh. Sebab selama ni pergi event mana-mana dia tengok je orang potong kek hari lahir, tiup lilin semua. Pastu mesti cakap "bu....kek...belon" alahai. Insya'Allah ada rezeki nanti kita buat celebration yang best sikit buat makan-makan ye.

Petang tu sebelum balik rumah, ajak my yayang singga Dengkil sebab nak beli barang sikit kat kedai bahan kek. Beli apa yang patut lepas tu dalam perjalanan ke rumah tu otak tengah ligat memikirkan nak deko ringkas untuk anak tersayang ibu. Bagi dia rasa suasana macam birthday party. Baru lah ada mood sikit. Kami asal nya nak buat kejutan lebih kurang jam 12.00 malam tepat walhal MDA lahir tengahari hehe. Tak kisah lah kan, tapi memikirkan nanti birthday boy dah tido macam tak best pula. Buat la awal, selepas isyak lah senang. Lepas balik keje sampai je rumah ibu terus tiup beberapa biji belon, tampal itu ini sikit supaya nampak lah mood party tu.



Jadilah seperti di atas ni. Iza guna pakai apa yang ada je. Buat ala-ala cafe tapi tak nak sarat sangat nanti kepala ibu yang serabut hehe. Birthday boy tengok ni pun dah teruja siap tanya macam-macam. Ibu dengan abah buat tak layan je. Kek dah stand by letak lilin siap-siap tapi masih simpan dalam fridge. Beli sepotong je kek kegemaran dia kat Secret Recipe, sama macam ibu suka Chocolate Indulgence yang lain tak suka.

Selesai solat semua, my yayang bagi hint suruh padam kan semua lampu. Pastu my yayang dah dukung dia, dari dapur dah nyanyi kan lagu 

"Allah selamatkan adik...
Allah selamatkan adik...
Allah selamatkan Muhammad Darwisy...
Allah selamatkan adik..."

Letak kek kat atas meja yang dah siap deko tadi lepas tu buka lampu. Serius nak gelak tengok muka anak ibu, muka yang penuh dengan keterujaan dan terkesima. Muka terharu dan muka tak tahu nak cakap apa. Hahahaha. Pandai menghayati mood dan suasana betul lah anak ibu dan abah ni.



Happy Birthday Muhammad Darwisy 2 years young.



Hah, nampak muka bahagia. Elok je dengar arahan ibu abah. Suruh senyum pandang kamera, dia buat. Suruh tiup lilin sampai 5 kali tak ulang tiup lilin punya gembira sangat. Paling tak tahan buat aksi malu-malu alah. Lepas tiup lilin tutup mulut dengan tangan, konon malu. Walhal suka tak ingat.


Lilin padam satu je. Tak puas hati tiup lagi satu lilin.


Nampak tu. Suka sangat tuh. Sambil tu gelak kecil. Hihihi. Ala... "Bu....hihihi" Berlakon sangat lah adik, pandai ambil hati abah dan ibu. 


Entah kali yang ke berapa pun tak tahu tiup lilin ni.


Okey, ibu pun nak amek gambar dengan birthday boy juga. Selamat hari lahir sayang ibu dan abah. Ibu dan abah doakan yang baik-baik untuk Muhammad Darwisy. Moga membesar dengan sihat, sempurna akal fikiran. Sentiasa di bawah rahmat Allah swt.


Mula-mula minta suap kek tak bagi, lama-lama hati dah lembut. Offer berkali-kali kat abah dan ibu. Suka sangat riak wajah anak ibu. 






Family potret malam tu tak berapa menjadi sangat sebab selfie aje kan. Takpelah, janji ada kenangan kita sekeluarga sambut birthday anak ibu walau secara kecil-kecilan. Ada lah nanti cerita yang ibu boleh cerita kat adik bila dah besar ye.


Sibuk cakap kek sedap. Terasa bonding time sangat masa ni. Nak-nak sekarang dia dah pandai borak. Kadang ada yang faham kadang sepatah perkataan ibu tak faham. Layan kan aje tengah nak membesar. Nanti ibu dan abah belikan hadiah untuk Muhammad Darwisy ye sayang. 


Esoknya tak hantar rumah pengasuh sebab ada temujanji klinik dan urusan di JPN. Jadi angkut bawa pergi pejabat, separuh hari je lah semalam. Cadang lepas selesai urusan di luar nak bawa birthday boy pergi berjalan kat mall mana-mana tapi cuaca tak berapa nak mengizinkan dan ibu pun tak ada mood mungkin penat. Sudahnya balik je lah, weekend ni lah baru kita keluar ye.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails