click this to be awesome person

Thursday, 28 January 2016

Masak + Bento Of The Day + My Self

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kembali berblog setelah beberapa hari tidak bersiaran. Iza ni ada satu perangai kalau tengah gila addict buat sesuatu tu akan buat je. Pastu lama-lama jadi biasa pastu jadi jarang-jarang buat. Hahaha. Ikut mood. Tu yang payah tu tak konsisten. Macam part masak ni, memang Iza akui tak selalu lah masak. Seminggu tu ada lah 3-4 kali masak, kadang ada hari yang skip sebab penat tak larat dan malas. Hahaha. Syukur lah my yayang jenis yang kalau nampak Iza tak masak, dia yang akan buat. Eh, memang hal urus rumahtangga ni kerja suami sebenarnya isteri membantu atas dasar ihsan. Tapi kita ni hidup berumahtangga kena ada tolak ansur kan? Dah nama pun berkongsi hidup. Kerja, tanggungjawab semua kena la sama-sama.


Ni tak ingat hari bila ntah masak spagheti bolgnese siap potong cili padi tabur atas. Muhammad Darwisy pun suka spagethi. Kenyang perut senang hati.


Ni buat bekal a.k.a bento untuk keluarga kecil semalam. Yang sebelum ni memang tak rajin nak amek gambar. Hehe. Bila ada kawan-kawan up post bento of the day terus rasa nak up gak lah. Bagi kawan-kawan lain semangat sama bawa bekal boleh jimat kan perbelanjaan / aliran tunai harian keluarga. Sekarang barang mahal, servis mahal semua mahal. Tak pelah penat sikit kan kena bangun awal subuh nak siapkan bekal. Bekal tuk suami dan anak juga diri sendiri. Breakfast dan lunch. 


Ni bento hari ni. Muhammad Darwisy kat umah pengasuh dah ada sedia makanan juga tapi saja Iza bawa bekal untuk dia sebab skrg dia dah pandai minta. Selera makan pun tengah ada, ibu pulun lah masak supaya anak lebih sihat dan cergas hendaknya. Pengasuh kata dia excited bila dapat bekal, sebab kawan-kawan lain pun mak diorang bekal kan juga makanan. Dah nama pun ibu kalau dengar anak seronok mesti lah nak buat kan. Motherhood sangat kata ko. Balik keje je mesti terus pergi dapur settle kan keje kat dapur, cuci tupperware bento yang dibekalkan pastu siapkan bahan untuk masak esok hari. Malam terus masak, esok pagi bangun subuh panaskan dan masukkan dalam tupperware. 




Tuah tanah layan selfie sekejap sementara tunggu traffic light hijau. Abang polis trafik kadang lama juga tahan aliran trafik. Bertabah lah dengan ber-selfie.


Sampai opis selfie lagi. Tengah kemaruk lilit shawl ala-ala elfira loy.



Dah la banyak sangat selfie. Sampai sini je lah. Kang ada yang menyampah pula. Hahaha. Gambar hari ni tak selfie lagi. Tak berapa ada mood. Huhuhu. Oh minggu ni Nurizzah Majif Biz akan berada di Banting, Selangor untuk sempurnakan event candy buffet hari jadi pelanggan yang menempah. Moga dipermudahkan urusan hendaknya. Hari Isnin cuti lagi sebab Hari Wilayah Persekutuan. Jadi kita tengok apa plan yang akan jadi. 


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails