click this to be awesome person

Tuesday, 5 January 2016

IJN + Banana Leave Shell Out + IKEA Cheras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

INSTITUT JANTUNG NEGARA, KUALA LUMPUR

Syukur alhamdulillah masih lagi diberi peluang bersama keluarga mertua bersilaturahim bersama di musim cuti tahun baru. MIL dan SIL datang sini dari Ipoh sebab nak ziarah Pak Ngah iaitu abang kepada MIL operation jantung di IJN, KL. Iza dan my yayang tak dapat follow sebab ada event di Setiawangsa KL, jadi wakilkan anak je ikut law family semua. Aci ke main wakilkan anak dah la anak kecil lagi. Alahai. Insya'Allah jika diberi kelapangan masa kami ziarah Pak Ngah di IJN nanti.



Tengah event Adeq Aida whatsapp gambar Muhammad Darwisy. Okey fine, bukan main bahagia walau tiada abah dan ibu di sisi ye. Siap boleh posing bagai. Alahai.



Tak lepas posing tunjuk jari satu tu. Nak buat sign peace tak reti. Hahaha.


Hah tengok ni dah jumpa geng Aniq Amsyar, lagi dia suka. Siap Aniiiiqqqqqq..... Bukan main manja kalau jumpa Aniq. Tapi asyik kena buli haha. Tengok badan lah Aniq. Aniq dah pandai jalan dah. Cepat dia berjalan umur setahun dah berjalan. Muhammad Darwisy dulu setahun empat bulan baru jalan. Hehehe. Syukur janji sihat hendaknya.


Sempat pau Acu Aida beli belon ye. Sampai rumah habis kempis sebab dia duduk kan. Ingat bola ke main duduk-duduk? Nasib la.


BANANA LEAVE SHELL OUT

Selesai event lebih kurang jam 6.30 petang. Text dalam whatsapp law family group tanya diorang kat mana. Diorang kata pun on the way balik rumah. Pastu ada anak buah MIL nak berjalan ke rumah kami dan tido semalam. Apa lagi terus projek Shell Out le. Dah le tak pernah buat, beriya google rsepi dalam kereta. MIL dan Adeq Aida pula sempat singgah pasar tani putrajaya sebab nak beli lauk basah buat tambah. Iza agak risau alahai, dah la family Abg Halim mai kang aku masak tak sedap macam mana ni? Hahaha. Sampai rumah dalam jam 8 lebih, nasib cuti solat boleh terus masak nasi pastu siapkan bahan apa yang patut. Adik-adik ipar Iza memang dari bulan lepas sibuk ajak buat shell out kat Batu Kurau, tapi kami belum ada kelapangan masa nak buat tu alang-alang semua dah ada ni kena lah buat.

Bertungkus lumus kat dapur dengan baju dan tudung tak sempat salin. Hahaha. Adek Aida tolong bersihkan dan potong ketam, udang, sotong. Ina tolong siapkan sayur-sayur potong bawang semua la. Iza jadi chef. Hahaha. Memang dah macam battle dalam masterchef okey sebab yelah semuanya tengah lapar, pastu penat lagi. Macam lipas kudung masak. Sambil buat keje blender bawang bagai, main jerit je suruh orang ambik kan kuali la...mangkuk la...suruh my yayang buat air lah. Nasib lah. 

Pastu dari depan dengar biras-biras tanya nak bentang macam mana kertas mahjung ni? Kang nasi tak melekat ke? Hehehehe. Suruh diorang pergi amek daun pisang belakang rumah buat alas lauk. Ada guna juga daun pisang tu kalau tak habis kering aje. Syukur. Tak rugi menanam ni. Tapi sejak sibuk ni terabai sikit kebun mini belakang rumah. Habis banyak pokok mati T_T



Okey, chef turun padang nak pantau macam mana diorang siapkan tempat nak makan. Sudahnya chef tolong buat sekali, yelah kali pertama buat kan memang la rasa kekok boleh ke...eh betul ke...tengok ada pemantau kecil di tepi obrserve ibu buat keje. Hahahaha. 

 


Okey dla sibuksibuk tu sempat selfie sambil nak amek mangkuk amek cawan. Ada kamera sambil lalu kita tumpang selfie ye. Abaikan dapur yang bersepah tu.

Ini lah hasilnya. Nanti lah Iza share resepi ye. Kalau tak sabar boleh google sendiri. Ada ketam, udang sotong. Memang seafood aje, boleh nak tambah lala ke atau pepahat.


Ulang tayang. Sayur brokoli, baby carrot, putik jagung, buah jagung.


Okey semua dah lapar jom kita baca doa dulu. Tengok Muhammad Darwisy dia alert je ada kamera nak snap gambar. Bukan main lagi mata tu.


Terima kasih ye adik-adik ipar ku yang sudi menolong. Minta maaf le kalau chef garang masa di dapur ye. Hahahaha.



Terliur tengok wei. Memang berbaloi dari makan kat luar beratus hengget baik korang homemade aje. Jimat boleh makan ramai-ramai sekeluarga. Nanti Iza nak buat tuk family Iza pulak. Hope dapat lah rasa yang sama. Err I mean sedap lah rasanya macam hari tu siap puji melangit dari MIL dan yang lain. Amboi, korang lapar sebenarnya tu makan sedap. ^_^ MIL kata nanti boleh buat lagi di Batu Kurau berkumpul adik beradik anak beranak dia semua. I is mati lah kalau masak tak sesedap macam masak kali pertama. Hahahaha. Selesai makan, kemas apa yang patut MIL dan keluarga Abang Hali balik tido rumah Adeq Aida. Ina dan suami tido rumah Iza. Esok tu pula cadangnya nak ke IKEA. Berjalan saja. Memang tak larat ikut kan sebab penat event tak habis lagi tapi fikir sekali sekala MIL datang marilah kita raikan bukan selalu kan.

IKEA CHERAS, KUALA LUMPUR

Esoknya kami ke IKEA Cheras lepas Asar. Pergi ke IKEA dengan alasan yang sorang nak makan meat ball, sorang nak makan karipap, sorang nak makan sosej. Okey suka hati korang nak bagi alasan apa, yang penting Iza nak beli barang untuk event sikit. Hehehehe. So fair and square sebab semua alasan dah tertunai kan? 



Jenuh nya nak dapat seat kalau nak makan kat sini. Puas menunggu. Dari IKEA Damansara sampai ke IKEA Cheras memang seat fully seated aje memanjang.


Sebelum makan tu jalan-jalan dulu tengok showroom dalam IKEA. Oh ni kali kedua Iza sampai ke IKEA Cheras ni. Kali pertama dulu masa hari kedua IKEA ni dibuka. Pergi pun dengan Adek dan Wan juga. Berpusing cari guna gps bagai. Iye-iye cari sekitar Cheras. Rupanya border Cheras dan KL. Tahu dari awal ikut kat pudu je senang aih. MIL tengok gambar ni kata nape dalam gambar ni semua cantik-cantik putih-putih. Hehehe. Jawapannya kamera hp OPPO memang macam ni. Buat kita jadi flawless. Jadi usah terpedaya ya, kulit adik-adik ipar Iza tu boleh percaya. I is jangan sebab Iza kulit sawo matang je. 


Dalam lift memang kiteorang je satu family. Lagi galak lah selfie. Sian Muhammad Darwisy tersorok belakang abah dalam stroller.


Dia memang suka sangat pergi IKEA sebab dia boleh kejap-kejap baring kat sofa. Kejap-kejap panjat katil. Jenuh kejar.


Meh bagi Iza pose sket dengan monopod pinjam ni. Bukan main canggih diorang ni siap beli monopod yang pakai remote. Kelas aih. Hahahaha. Sian kak ipar korang ni jakun.


Okey abah, cover perut sikit. Tahan nafas nak amek gambar ni! Nape muka anak ibu jadi lain dalam gambar ni. Hihihi.


Ulang tayang gambar dalam lift lagi. Tak larat nak susun gambar dalam entry ni. Lantakla taip jela ye.



Sebelum balik selfie lagi kaum perempuan aje. Tapi Aniq tersesat. Sebelum balik tu singgah beli karipap bagai. Makan karipap la pulak. Adeh. Pastu masa sepanjang dalam IKEA tu kiteorang ada terperasan kelibat Felixia Yeap atau nama islam dia Raisya Rania tak silap atau RARA. Terus macam teringin nak mendekati dia dan amek gambar. Mana tahu boleh berubah penampilan muslimah macam dia. Usah kita tengok dia yang dulu, tapi lihat dia yang sekarang dan doakan moga dia terus istiqamah begitu juga dengan kita.


Sangat humble, polite, stunning dan memang air muka nampak tenang aje. Iza ni jenis selamba sikit, Ina dah malu-malu nak amek gambar. Hehehe. Lepas snap gambar tu MIL nak tengok gambar tu, tunjuk lah pastu MIL kata mudah-mudahan hangpa semua esok macam tu. Terus my yayang ngan adik-adik ipar dia kata jom pergi Kamdar kita beli kain buat tudung. Hahahahhaa. Mudah-mudahan hendaknya. Umur dah masuk 30 tahun ni memang ada hajat nak berubah dari segi penampilan dan amalan moga-moga diberi kekuatan melawan segala dugaan juga hasutan iblis. Amin. Itu sahaja penamat entry pada kali ini. 


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. alahai..stoknya bershell out ramai2 macam ni..
    so happening kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...stok pun boleh..hihihi...mmg happening sgt...letih...hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails