click this to be awesome person

Thursday, 28 January 2016

Family Outing Ikea Cheras Sempena Cuti Umum Hari Thaipusam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari Isnin lepas Iza sekeluarga ke Ikea Cheras bawa mak dan Along Iza anak beranak berjalan. Hehehe. Ahad malam my yayang habis syif kerja terus gerak balik Gombak. Memang dah lama tak balik Gombak sebab sibuk dengan event dan komitmen biasa. Jadi dapat cuti sekali sekala macam ni pergi la. Pagi tu ajak semua breakfast kat medan selera pasar selayang baru. Family Angah Iza dan adik Iza je tak join. 


Elok je 4 beradik ni dok berderet. Hehe. Kakak dah boleh harap jaga adik. Bila Muhammad Darwisy datang sekali sekala jumpa terus tak hirau adik Qasrina. Sian adik, alahai. Tapi okey lah nampak diorang rapat. Harap boleh kekal rapat sampai besar hendaknya. Sepupu sepapat ni kebanyakan kalau dah besar dah tahu malu terus tak rapat. Bagi Iza tak salah rapat asal tahu batas nya kan.


Lambat tunggu makanan sampai, masing-masing dah kelaparan. Ramai juga orang kat situ jadi makan asyik terganggu sebab duduk di laluan utama orang keluar masuk kawasan medan selera tu. Selesai makan terus ke Ikea Cheras. Dah macam rombongan sekolah sebab kami naik kereta arwah ayah Iza. Kereta Iza ada masalah sikit. Alahai, kalau dah masuk 6 tahun kereta ni mula la macam-macam ragamnya. Malas nak fikir sebab sekali keluar modal nak baiki mesti ratus-ratus. T_T


Masing-masing seronok kali pertama datang Ikea Cheras kecuali Muhammad Darwisy. Berlari ke sana ke mari lah, kang duduk kat sofa lah masing-masing. Layan kan aje. 



Jom selfie dengan Mak Lang. Dah besar dah kakak kembar ni. Bulan 3 ni dah 6 tahun. Tahun depan dah darjah 1. Belajar rajin-rajin ye kakak kembar.


Berebut bila dapat pensel free. Masing-masing nak tulis. Termasuk lah budak dua orang dalam stroller tu hah. Muhammad Darwisy tak habis-habis lukis kucing tapi cara dia la. Ibu tengok banyak garisan conteng. Tapi dia panggil "cat"... Bu.. cat...nyeoww..nyeoww.. Layan kan je lah walau x nampak rupa kucing wahai anak.


Potong rambut pendek sebab cepat berpeluh nanti gatal kepala bila pakai tudung pergi sekolah. Dah besar muka dah nampak beza sikit. Kiri Nur Qadirah, kanan Nur Qadisah.


Bukan main lagi masing-masing buat macam rumah sendiri kan? Pak Lang pun layan kan aje. Abi diorang tak de keje luar jadi Pak Lang aje lah man of the day. 


Nenek paling happy bila tengok anak cucu ada. Keluar ramai-ramai macam ni walau pun tak cukup korum. Sekali sekala keluar hilang juga resah gelisah fikir macam-macam. Hati perasaan orang tua kan? Kita tak tahu sebab belum sampai ke umur macam tu. Walau anak-anak dah besar tetap ada rasa risau bagai. Itu naluri seorang ibu. Anak kadang terlepas pandang atau penat nak layan. Angkuh sungguh sikap mu wahai anak. Adoi. Kadang Iza pun rasa benda yang sama. Moga masih berbaki dan terus istiqamah rasa sabar melayan semua dugaan.


Muhammad Darwisy spoil la dalam gambar ni. Tak reti duduk diam. Semua dah posing dah. Jadi lah, asal ada gambar awak dalam tu. Kerja nya nak berlari je. Pastu bila ibu abah kejar nak dukung menjerit. Kang nyorok tepi sofa. Dah la awak tu kecik. Risau hilang nangis ibu nanti tau.


Ambil gambar ni tunjuk kat my yayang nak minta beli nak pasang kat toilet senang sikit kalau nak cuci kain lap ke apa ke terus gantung tak yah pergi sidai luar. Tapi macam biasa pasang angan-angan je dulu.


Dua beradik sepupu ni memang seronok berlari ke sana ke mari. 



Si kakak kembar tak larat nak jalan jadinya ambil troli ni jom naik ramai-ramai. Berat nak tolak aduhai. Yang ada stroller tak nak duduk dalam stroller. 


Muhammad Darwisy perangai sekarang memang suka gigit puting botol. Dah banyak kali ganti banyak kali juga koyak dah. Mujur ibu ada jumpa puting Jolly Tot murah yang fit dengan botol Tommee Tippee.



Macam biasa balik tu selfie la kejenya.


Lepas tu ada seorang budak comel datang mengomel nak tumpang selfie sekali. Jom kite selfie.


Stress dengan ibu sebab suruh posing macam-macam, tu yang tutup telinga. Sekarang pandai cakap "hishh..ising arr" Eh, awak tu yang bebel ngomel tak habis cakap ibu bising pulak. Pengasuh kata dia dah pandai bebel mengomel bagai kat rumah pengasuh siap marah kawan dia bising, kawan dia halang tengok tv lah apa la. Macam-macam perangai. Seronok tengok anak membesar depan mata. Baru anak sorang tapi penat tu tetap ada, esok akan-akan datang Allah rezeki kan ada anak lagi tak pasti lah macam mana kepenatan tu. Tapi rindu nak ada baby. Hehehe. Muhammad Darwisy sekarang tak bagi layan dia macam baby, nak peluk pun susah. Nak dodoikan pun susah tolak tangan. Konon dah besar. T_T

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. hahaha.budak kecik tu tak padan kecik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah tuhla...badan je kecik tapi perangai mcm org besar..

      Delete
  2. whoa...berjalan...borong apa2 x....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha cuci mata je..xde lah membeli sgt..hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails