click this to be awesome person

Wednesday, 20 January 2016

[DIY] Koleksi Doa Harian Anak-Anak #JomAmalkanDoaHarian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau dah jadi ibu ni memang sehabis boleh nak ajar anak amalkan segala macam doa sebelum buat sesuatu. Cita-cita tu memang tinggi tapi kita mula dengan beberapa usaha kecil dulu lah ye. Syukur sekarang Muhammad Darwisy dah 23 bulan, bulan depan dah genap 2 tahun. Nampak semuanya normal tapi dalam masa yang sama banyak kena pantau perkembangan dia. So far kalau sebelum masuk tandas, dah siap-siap tadah tangan baca doa walau pun dengar perkataan "Allahh..." selepas tu hanya bahasa dia je yang faham. Kalau tak baca doa, dia akan remind. "Bu.....Allah..." tu petanda ibu lupa baca doa. Keluar tandas pun sama. Makan pun sama, sebelum tidur, bangun tidur dan macam-macam lagi. Jadi kat bawah ni Iza ada DIY beberapa doa harian untuk anak-anak dalam tulisan rumi. Nanti anak dah besar dan faham kita DIY lagi dalam tulisan jawi. Ni nanti Iza nak print nak letak dalam frame dan tempek ke dinding. Kena tunggu next projek dan next entry lah ye. Moga bermanfaat untuk semua. Eh, tahu tak amalkan doa harian atau doa masnun ni juga merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, #JomAmalkanDoaHarian














**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


2 comments:

  1. :-) Adli lak gayanya memang dia nak baca tapi lastnya dia ckp umie..baca doa..dia cuma aminkan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. standard lah tu cc. sm juga dengan Muhammad Darwisy ni hah...sampai sudah suruh ibu abah baca..dia..aamin..je

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails