click this to be awesome person

Tuesday, 19 January 2016

Candy Buffet Raisya Kamilla 4y & Harraz Ukail 2y | 17/1/2016 @ Felda Palong 7, Jempol, Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyempurnakan event pada 17/1/2016 yang lalu di Felda Palong 7, Jempol, Negeri Sembilan. Pertama kali menjejak kan kaki di sana. Syukur sampai dengan selamat dengan bantuan pertanyaan lokasi dari kawan-kawan yang membantu.

EVENT

CANDY BUFFET RAISYA KAMILLA & HARRAZ UKAIL BIRTHDAY CELEBRATION

DATE

17/1/2016 - SUNDAY - 3.00 PM

VENUE

FELDA PALONG 7, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

PACKAGE

PACKAGE B (100 PAX)

THEME

FROZEN + SPIDERMAN
(BLUE + WHITE + RED)



Macam biasa pre set up malam sebelum event. Snap gambar dan send pada pelanggan. Syukur pelanggan berpuas hati.


Kalau ada yang perasan Iza ada buat penambahan huruf CANDY di situ. Memang dah lama nak buat tapi asyik ketinggalan dek kesibukan. Alhamdulillah dapat juga realisasikan untuk table Candy Buffet. If nak request huruf nama anak pun boleh tapi ada extra charge dan wooden alphabet tu akan jadi milik pelanggan. 


Birthdat girl dan birthday boy bersama sepupu-sepupu. If not mistaken dari kiri Zara, Zafran, Raisya, Luthfi dan yang paling kecil tu Harraz.


So cute. Elok je diam bergambar. Yang Harraz ni sebaya dengan Muhammad Darwisy. Beza sebulan aje. Tapi nampak besar. Kalau Muhammad Darwisy kenit je. Raisya Kamilla 4years. Mulut sangat petah bercakap. Hehe. Kadang Cik Iza tak de jawapan untuk soalan-soalan awak hari tu. Hehehe






Eh, Muhammad Darwisy nak berkenalan dengan Haura... Tak pasti ejaan nama betul ke tak. Ni sepupu diorang yang paling kecil. Comel sangat.


Behave aje Haura ni. Nampak je kecil tapi sebaya dengan Muhammad Darwisy. Iza bersyukur sangat sebab pelanggan yang Allah bagi pada Iza semuanya baik-baik, mesra-mesra, ramah-tamah semuanya. Sampai kami suami isteri naik segan. Layanan memang terbaik. Siap Iza tumpang mandikan anak kat rumah diorang. Whole family sangat baik. Siap dibekalkan kami telur itik masak lemak cili padi, ikan talapia goreng bercili. Allahuakbar. Moga Ekin dan keluarga dilimpahkan rahmat yang melimpah ruah hendaknya. Amin.


Terima kasih kepada Ekin dan keluarga di atas kesudian memeilih pakej dan servis dari NurizzahMajifBiz. Moga pakej kami memberi kenangan di majlis anak-anak Ekin. Syukur, alhamdulillah.


Yang penting segala-gala yang kita memberi dan menerima mohon untuk dihalalkan dunia akhirat. Mudah-mudahan menjadi saham-saham di alam kekal abadi. Iza kalau dapat pelanggan yang baik-baik macam dan yang sebelum-sebelum ni memang seronok tak rasa penat pun bagi servis kat semua tetamu. Kadang masa lebih pun Iza tak charge. Sebab bila kita dapat layanan yang baik, kita nak balas yang lagi baik pada orang kan? Insya'Allah doakan kami sihat dan boleh bagi servis yang terbaik buat semua pelanggan. Amin.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi kami dengan tiga (3) aplikasi mudah di bawah. Call kami tak dapat jawab ye. Maaf banyak-banyak.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^




2 comments:

  1. kipidap izzah.suka bisnes izzah makin maju dan maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ cc...wlu pun penat tetap happy sbb banyak boleh share ngan customer..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails