click this to be awesome person

Tuesday, 12 January 2016

Bersantai Bersama Keluarga Kecil Ku Di Setia City Mall, Shah Alam, Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tak aci update entry ni dulu walhal ada dua tiga entry lagi yang perlu di-update terlebih dahulu seperti entry dinner opis dan entry event baru-baru ni. Nanti lah Iza update ye. Weekend macam biasa kalau tak sibuk dengan event akan keluar cari barang-barang event. Tak suka buat kerja kalau tak cukup barang jadi terbatas semuanya. Ahad hari tu keluar agak lewat dalam lepas Zohor macam tu, destinasi memang ke Shah Alam sebab nak ambil stok mesin chocolate fountain yang di-order oleh pelanggan tersayang. Terima kasih buat yang sudi order ya. Tak lupa juga nak cari barang event untuk event-event akan datang. Jadi dah alang-alang ke Shah Alam harus singgah Setia City Mall sebab ada Kaison. Iza suka pergi sini sebab rasa tenang, tak sesak sangat. Free and easy je rasa even jalan pun tak jammed mana. 


Dalam kereta ajak si anak selfie. Mula dia tak layan asyik cakap "hishhhh" Sentap hati ibu nak oii buat camtu. Lama-lama Muhammad Darwisy ibu mula ada mood sket. Tapi kali ni dia tak buat sign "peace" satu jari yang dibuatnya pose macam dalma gambar tu. Abah kata tu nak solat ke apa? Kejap kang "Allaahhhhhh....kbar..." So clever. Pastu dia maintain je buat gaya macam tu sampai ibu tak larat nak selfie.


Pastu gelak, minta senyum nampak gigi pun dia ikut je. Nasib gigi anak ibu cantik tersusun tapi nya malas dan takut kalau part nak gosok gigi. Letih tang nak bergaduh gosokkan gigi dia. Sampai SCM kami decide untuk isi perut dulu sebab memang belum lunch. Ibu malas masak. Muahahaha. 


Hmmm. Bukan main nak order macam orang besar. "Bu...chikk....chikkk..kokokoko" Ibu anggap tu bunyi ayam. So maknanya anak ibu nak makan ayam. Okey nanti kita order ye sayang. Selesai makan, masuk Kaison sebab nak beli barang event sket. Memang dah wajib masuk kalau ke SCM buat tambah-tambah barang yang dah tak berapa ada. Sekali tengok queue kat cashier terus rasa nak pitam. My yayang siap kata kita g luar dulu lah bagi anak main bubble nanti nak balik baru singgah. Memang panjang Q tu walau cashier buka 3 lane. Redha sebab dah ramai yang tahu pasal produk Kaison.


Memang tak menyabar, dari dalam stroller dah tergedik nak main belon ni. Siap request "Bu...kak...kak ni" Minta ibu buka kan harness stroller tu. Buka je terus berlari kat area yard di luar SCM tu. Teruja bukan main "Wahhhhhhhh" Ni dah pandai main sendiri tak perlu ibu abah guide dah. Kalau nak pinjam kejap pun tak bagi.


Bersungguh sangat muka tu wahai anakku. Alahai. Sekali sekala dapat bebas memang suka berganda. Kalau tak memerap kat rumah dan rumah pengasuh aje.


Settle main belon duduk kejap kat tembok tu bagi ikan makan. Kebetulan dalam beg ibu ada roti jagung belasah je bagi ikan makan. Suka bukan main bila ikan berebut makan roti yang dia campak tu. Siap cakap "Bu....fish...akan...." Ye ibu tahu ikan tu makan. Yang ibu tak faham kenapa nak bagi ikan minum air? Memang lawak, nampak botol air masak dia suruh buka nak tuang dalam tasik tu nak bagi ikan minum air T_T. Puas cakap, ikan tak minum air lah sayang. Nak jugak. Ku relakan juga curah sedikit air masak di dalam tasik bagi anak puas hati. Gelak orang sebelah tengok. Hai lah anak.


Memang ramai. Tapi tak lah crowded sangat, masih ada ruang kalau nak duduk santai anak beranak. Berkelah ke apa ke.



Selfie sikit anak beranak. Walau si anak tak beri kerjasama yang berapa baik. Sibuk nak main kereta mainan sewa. Bukan tak nak bagi sebab kereta tak berapa sesuai. Sesuai untuk budak besar.


Setelah dipujuk rayu baru lah behave sikit. So family portrait of the day. Sayang semuanya, hero-hero di dalam hidup ku. 


Ni mood dah ke laut lepas ditambah tak tido seharian. Dalam kereta pun tido kejap lepas tu dia terjaga bila sampai. So memang cranky kejap. Jom lah balik. Ibu nak singgah Kaison lagi ni beli barang event.


Abah melayan jap beli makanan ikan bagi dia feeding fish-fish kat situ. Again mintak ibu air masak nak bagi ikan minum air masak. Alahai, ingat ke dia lupa tapi dia ingat. Apakan daya ibu turutkan jua. Nasib masih berbaki air masak tu untuk bancuh susu dia. Kalau tak kena lah beli mineral water kat kedai. Okey jom lah balik, nanti-nanti ada masa kita datang lagi.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. Sekejap je dah besar dak kecik ni. Bilalah acik nak jumpa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..kan..doakan ibu saya dapat buat bday party sy bulan depan ye acik boleh lah kite jumpe hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails