click this to be awesome person

Tuesday, 12 January 2016

"A Night Of A Thousand Memories" BIUPA Dinner 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Fuhhh! Penat tapis gambar, letak watermark bagai sebab gambar semasa dinner opis baru-baru ni amat lah banyak. Tak bawak kamera pun harap camera hp sendiri dan ihsan kawan-kawan lain. Miahahaha. Iza masa hari kejadian tu memang dah tak tentu arah, dinner nya malam tapi rehearsal dah haru biru kacau bilau mood. 


Petang tu sampai di Marina Putrajaya sebab semua yang terlibat dengan segala bentuk persembahan tak kira lah tarian zapin ke, salsa ke, koir ke, band ke kena ada di tempat kejadian untuk rehearsal supaya dapat sesuaikan diri. Ni amek kesempatan jap bergambar dengan backdrop photobooth. Rasa macam AJL pun ada. Petang tu tak balik pun rumah, tumpang rumah kawan di Putrajaya untuk bersiap terus ke dinner. Dah minta izin awal-awal dari my yayang cakap tak balik sampai malam lepas habis dinner. Difahamkan pendaftaran mula jam 7.45 malam, bersiap awal sekali solat maghrib kat rumah Kak Su mujur ada rumah kawan nak tumpang. Siap minta pendapat Kak Su pasal make up sebab lama dah tak make up. Terus jadi blur tak tahu nak blend warna eye shadow bagai. 


Sampai di Marina Putrajaya tengok dah ramai yang datang tengah red carpet masing-masing dengan posing sakan tak ubah seperti acara grand di dalam AJL, ASK miahahaha. Baju jangan cakap lah ye, dah tema untuk lelaki Black Tie / Tuxedo manakala untuk perempuan pula Evening Dress / Glamour / Kebaya Labuh. Iza pakai dress biasa-biasa aja dan beli yang mampu milik. Hihi. Dulu masa keje di KBS rajin juga nak tempah dan sewa bagai sebab ada Best Dress Award. Tapi sejak umur dah nak masuk 3 series ni tak berapa nak rajin. Hihi. Tengok tu simple je make up nampak macam tak make up pun ada kan? Lantak lah janji ada lah rupa make up.


Oh ya, dinner ni juga bagi meraikan YBhg. Datuk SUBK kami yang telah bersara pada hujung tahun yang lalu. Stylo kan mantan SUBK kami? Tak nampak macam usia 6+ pun dengan dress up. Slim aje. Masa ni Datuk Wan tengah mingle around table ke table Iza pun minta izin nak snap gambar tibe-tibe tengok penuh je kat belakang. Hehehe. Bergambar kenangan, lepas ni tak tahu bila lagi jumpa Datuk. 


Pinjam sat topeng muka masquerade ni dari dancers salsa yang akan buat persembahan di akhir majlis. Saja nak merasa hihihi.




Persembahan zapin dari warga BIUPA. Semua sporting dan kalau digilap memang bakat masing-masing ni boleh pergi jauh. Iza asalnya tersenarai dalam geng tarian tapi saat akhir ditukarkan. Hehehe. Bagi peluang pada yang lain untuk involve sama.


Hah, disebabkan ini lah Iza resah gelisah macam kucing nak beranak. Adoi... Gigil dia memang tak boleh tahan, sampai ulang kali ke kamar kecil. Stage fright sangat tak tahu kenapa mungkin sebab dah lama tak perform kot live band ni. Last dulu masa zaman kerja di KBS. Memang ada request tarik diri dari AJK persembahan tetapi mereka minta kerjasama untuk teruskan. Ku teruskan jua walau di dalam hati bagai nak pecah rasa jantung. Serba tak kena lah. 


Rakan duet, Bad and the band. Mujur lagu duet ada dua je. Asal rancangan Iza ada bawa satu lagu solo, tapi saat akhir digugurkan. Syukur juga, tak ada keberanian nak nyanyi solo. Hahaha. Ko dah kenapa Iza macam-macam hal. Rasa kalau Iza tarik diri mau kena kecam setahun ni. Huahua.


Dah tak ingat ni duet lagu Doa Buat Kekasih atau Mendung Tak Bererti Hujan. Korang tak yang nak gedik minta video ye. Masa rehearsal tu tengok balik video memang suara gigil jelas kot. Dah rasa macam apa je. Mujur malam tu dapat diatasi perasaan gugup tu. Dok kat atas stage ni sebenarnya panas berpeluh sebab disimbah lampu bagai tapi sejuk menggigil dek kerana gugup. Alahai. 


Korang layan je la. Huhuhu. Lagu Mendung Tak Bererti Hujan tu memang tinggi, sian pulak ke kawan duet Iza ni kena tarik teran bagai. Hahaha. Maaf lah ye Bad. Tapi Bad kan terror leh buat semua walau dah tarik suara lepas tu leh maintain balik apa ada hal. Kalau Iza dah tarik suara tinggi memang lepas tu jadi suara itik serati la jawabnya. Hahahahaha.



Boleh pula tengah nyanyi ada "peminat" melambai di luar pintu. Saja budak-budak tu nak menyakat Iza. Iza layan je. Tak pe nanti time diorang perform Iza nak sakat pula. Haihh nasib lah tak de lupa lirik ke apa. Part paling risau Iza takut terlepas verse nak masuk, kang muzik dah jalan Iza tak nyanyi. Tak pun belum sepatutnya nyanyi tapi Iza masuk dulu muzik kemudian. Hahaha. Itu lah sebenarnya risiko live band, korang kena pandai deal ngan band ye. Iza ni harapkan Bad lah queue dah boleh masuk ke belum. Hahahahaha. Nasib lah, ahkak buka pro tapi amatur sahaja.


Korang nampak macam tenang je kan? Tu muka cover tau nak eye contact ngan audience semua, walhal bukan orang lain pun satu pejabat semuanya. Nak eye contact dengan rakan duet pun Iza tak berapa berani. dalam hati kata cepatlah habis aku nak blah dari sini. Hahaha. Selesai je satu lagu duet terus melarikan diri dari pentas band, Bad continue solo balik. Masa ni lah lepas sikit perasaan gigil siap pergi main selfie ngan geng.


Selfie dengan Puan Rosita. Suka sangat ngan Puan ni sebab humble sangat, kalau jumpa menyembang macam family members je. Then birthday date kami sama. Hehe.



Dengan klon Ustaz Don kata kawan-kawan pejabat. Hehehe. Sian Amir frust tak dapat lucky draw. Sabar ye dik, akak pun tak dapat. Hahaha.



Half of HR team selfie dengan ex boss HR. Ni lagi sorang pegawai kepala gila-gila jugak. Dia lah tak bagi Iza tarik diri. Huhuhu.
  

Klon Azwan Ali, why bother..why bother.. hehehe. With guru tarian zapin. Orang Sarawak tapi terror bab zapin kalah orang Johor. Ko hado?


Untung lah Azie ko dapat lucky draw set jug/glass Luminarc. Kami tak dapat pun. T_T


Dengan YBhg. Datuk SUB sekarang. Sempoi juga, cakap Datuk jom kita selfie. Hah, jom. Hehehe. Asal orang lalu je ajak selfie. Pastu masa tengah nak posing-posing kat back drop photo booth nama kena panggil. Hahaha. Rupanya Bad announce untuk lagu duet seterusnya. Malu wei, terus berlari anak masuk balik dalam dewan. Tercungap-cungap. Bad siap cakap, mana aje pergi Iza ni. Maaf kan saya ye semua.


Masa lalu hitam
Di dalam hidupku
Dapatkah ku jadikan putih
Kegagalan cintaku juga keyakinan
Tergoyah oleh keadaan
Miskin jiwa dan ragaku
Bagai hidup di padang yang tandus
Begitu beratnya 
Beban yang ada di jalan hidupku


Bila kau percaya
Bahwa hari-hari
Selalu Berganti
Takkan selamanya
Awan-awan hitam
Menghantui hidup mu
Mendung tak bererti hujan
Yakinlah itu suatu cubaan
Masih ada waktu dan kesempatan
Tuk meraih cinta

Aku ingin mencari ketenangan diri
Agar hidup ini 
Bukan lah sekadar mimpi

Aku ingin ... oooo
Kau tahu isi hati ku...uuu
Cinta ku pada mu
Kasih ku pada mu
Putih tak ternoda

Untuk diri mu
Hanya untuk mu
Hanya untuk mu



With satu-satu nya kumbang di unit HR. Yang lain semua bunga. 


Posing sampai lebam. Penuh lah memory hp masing-masing.


Lagi, ladies of the night. 



Ada yang "geli" tengok gambar ni. Hahahaha. Ala, sekali sekala pose macam ni. Lagi pun bukan lain jantina. Hehehe.



With our TSUB. 


With talented salsa dancer. Kecik comel je Encik Said ni lah.


With ex staff BIUPA & a few BIUPA staff


HR team yang hadir pada malam itu, tak ramai sebab a few cuti bersalin dan ada hal yang tak dapat dielakkan mungkin.


With mantan PSU admin. Now dah naik pangkat dah bos ni.



Hisham, Elis, Izzah, Yusuf.


Ayen, Izzah, Elis, Mr. Krab. Hehehe. Tak larat nak taip dah lah.


Gambar ramai-ramai tapi gambar Iza tak nampak pun dalam ni. Hahaha. Ramai sangat atau lensa kamera tak berapa nak besar? Lantak lah. Hehehehe. Seronok juga sekali sekala pergi event opis ni kan dapat eratkan silaturahim. Dah kat opis kadang stress dengan tuntutan kerja. Sekali sekala berlibur memang syok. Syukur. Balik rumah malam tu dalam jam 12 lebih. Penat memang penat, esok ada event pula kat Putrajaya pagi memang badan letih tak terkata. 

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. Replies
    1. hehe. alhamdulillah. merasa juga dari opis sebelum ni. hihihi. tett

      Delete
  2. biupa kalau buat event mmg meriah tp compared dinner sblum2 ni, yang ni mmg sangat meletop!!!!..biupa rmai org baru, rmai yg saya tak kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. miahahaha..kan..rasa mcm AJL ASK bagai..hihi..eh fendi, meh le masuk sini ada yang nak bertukar keluar..hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails