click this to be awesome person

Tuesday, 29 December 2015

Training Jamming + Rutin Kerja Yang Sibuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah tak lama mana nak masuk ke tahun 2016. Selalu hujung tahun macam ni memang dah ambil cuti panjang tetapi cuti dah habis digunakan dengan jayanya maka Iza cuba bagi komintmen pada kerja juga tugas lain selain tugas rasmi di pejabat. Antaranya menyumbangkan suara yang tak seberapa untuk band pejabat. Sebab kami ada satu makan malam besar awal tahun hadapan. Tak tahu lah macam mana, bukan tak pernah beraksi dengan band sebelum ni. Even masa di KBS dulu pun pernah cuma adat lah tiap kali nak perform mesti ada sedikit sebanyak stage fright tu. Maklum lah Iza bukan nya pro tapi amatur sahaja.


Geng jamming. Kau salah aku betulkan, aku salah kau betulkan. Baru lah harmoni gitu.


Nyanyai versi live band dan versi karaoke minus one amatlah berbeza. Kena cari titik keserasian dan selalu praktis baru lah persembahan kurang salah silapnya ye dak. Cepat lah semuanya berakhir, penat sbnrnya dengan macam-macam komitmen akhir-akhir tahun ni. Dengan anak tak berapa sihat. Dengan kerja hakiki, kerja yang ditanggung, kursus itu ini. Belum masuk cerita biz event itu ini, belum masuk lain-lain lagi. Allah, doa mohon Allah permudahkan lah segalanya.


Gambar selingan, masa hadir kursus di sekitar pejabat. Hujung tahun masih lah attend course. What to do, SYMP aje lah kan. Walau kursus 7 hari dah tercapai. Tapi bagus juga sebab banyak input, ilmu juga manfaat yang dapat. Cuba pandang pada sudut positif walau sudut negatif nya terlalu banyak. Haha. Ni lah kes pergi kursus paksa rela. Tabahkan hati je lah.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails