click this to be awesome person

Monday, 7 December 2015

[Teaser] Candy Buffet Birthday Celebration for Luqman Faris | 12/12/2015 @ Taman Desa Karunmas, Balakong, Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk memenuhi tempahan pelanggan pada hujung minggu akan datang. Moga Allah permudahkan semua urusan hendaknya. Kali pertama juga pelanggan kali ni adalah lelaki iaitu ayah kepada birthday boy Luqman Faris. Selalu yang uruskan perkara macam ni ibu-ibu kan, hehehe. Sweet sangat. Isteri sibuk jadi suami ambil alih, baru lah harmoni keluarga ye tak. TQ En. Fuzaimi atas tempahan ini. Insya'Allah doa moga semuanya berjalan lancar hendaknya. Allahumma amin.



Ni artwork dari pelanggan sendiri. Cantik artwork nya kalah Iza punya. Hehehe. 


Tagging untuk each item - makanan


Sticker untuk paper bag, En. Fuzaimi tempah paper bag sekali untuk majlis hari lahir anaknya. Tapi bukan set paper bag ye. Cuma paper bag sahaja. Jadi RM1.00 sekeping siap sticker dan klip / sepit.


Flag untuk backdrop.


Signage saiz A4 untuk diletakkan di dalam frame dan menjadi center meja candy buffet. Tema robocar poli memang ceria aje sebab penuh dengan warna warninya. Nanti dah siap semua Iza update lagi ye. Hujung tahun ni memang banyak orang buat macam-macam majlis. Memang tak menang tangan kalau tempahan masuk. Syukur rezeki Allah ta'ala. Terima kasih buat pelanggan semua kerana mempercayai dan memilih servis kami.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

6 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails