click this to be awesome person

Tuesday, 15 December 2015

Steamboat Empire @ Kompleks Gem In Mall Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama dah rasa tak cerita pasal kehidupan sendiri kan? Asyik pasal event sana sini je bosan pula rasa hihi. Okey Jumaat lepas lunch kat luar sebab ada insan yang berbaik hati nak belanja. Alahai. Rasa gembira di hati ini. Terima kasih lah puan bos sebab sudi belanja Mija ye (Mija panggilan manja di opis) ^_^. Katanya nak santai-santai makan steam boat kebetulan baru lepas baca blog kak moon jadi marilah kita melepaskan lelah memandangkan rehat 2 jam lebih. Lokasi tempat ni tak jauh mana pun dari Putrajaya. Ala dekat Cyberjaya aje dekat dengan mall D'pulze tu. 


Masa kami sampai tu suasana di dalam ruang restoran masih lagi kosong dan banyak pilihan meja yang boleh dipilih. Tapi ada sebahagian telah ditempah oleh sebilangan besar kakitangan jururawat. Tak lama lepas tu ada satu team lagi datang masuk memenuhi meja dan kerusi yang ada bertambah havoc la.



Banyak pilihan juga sebenarnya. Kalau datang awal memang berbaloi sangat.



Eh, tiba-tiba ada budak sorang ni. Hehehe. Kisahnya Iza bawa ke opis stroller pun pinjam anak bos punya. Sebabnya naik kete dia keluar hari Jumaat tu.


Tuan yang belanja tak ingin kan publisiti. Hehehe. TQ again sudi belanja.


Dim sum. Sedapnya makan banyak-banyak. Kat luar boleh tahan mahal harganya. Hehe


Kali pertama makan sushi, boleh tahan jugak lah boleh diterima tekak.


Jumlah RM48.55 makan untuk dua orang termasuk GST. Tapi untuk masa tertentu je. Kalau weekend harga lain kot. Rajin-rajin lah google steamboat empire ye.


Bukan main seronok main kat play area ni. Dia sorang je yang ada dalam tu memang jadi hak milik sementara dia lah semua bola-bola tu.


Anak ibu dah besar. Alahai. Tahun depan dah 2 tahun. Kejap aje masa berlalu.


Tempat ni luas dan selesa bagi Iza. Pilihan makanan pun banyak. Sup macam biasa tomyam dan sup ayam. Boleh la bawak family makan kat sini kalau dah bosan dengan makanan masakan Thai, nasi arab dan sebagainya.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


4 comments:

  1. wahh,,syok jugak tempat ni..
    ada sushi dan dim sum lagi.
    jarang jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah kan? tu lah pasal...syok layan dimsum makan la bnyk mana hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails