click this to be awesome person

Tuesday, 29 December 2015

Chocolate Fountain Majlis Walimatul Urus Puan Noralifah | 19/12/2015 @ Masjid Besi Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Banyak entry event yang Iza "hutang" ni. Tu nak cepat-cepat update dalam blog ni supaya tak tersepuk je dalam draft. Pelanggan kali ni request untuk Iza serve marshmallow dan chocolate fountain. Yang tempah pun mak pengantin iaitu Puan Noralifah. Jadi Iza memang tak kenal pengantin even nama pun tak tahu. Maaf ye tuan rumah. Mudah berurusan dengan Puan Noralifah ni, dia cakap apa yang dia nak dan tanya harga terus bayar deposit selesai. Terima kasih kepada Puan Noralifah atas tempahan ini ye. Terima kasih juga sebab sudi jemput makan lauk kenduri. Sedap-sedap lauknya dan betapa aman juga tenteramnya bila buat majlis walimatul urus di Masjid. Mudah sangat, nak solat ke apa boleh terus buat. Lagi pun masjid zaman sekarang banyak sediakan kemudahan macam dewan perkahwinan dan sebagainya.


Puan Noralifah order chocolate untuk 3 kg. Jadi Iza memang kena bawa la induction cooker dan segala periuk untuk buat double boil bagi mencairkan coklat tu. Jadinya 3 sesi lah buat dan refill dalam mesin chocolate fountain.


Meja untuk chocolate fountain dan marshmallow ni diletakkan bersebelahan dengan ais krim kon dan laluan masuk ke dewan perkahwinan. Memang jadi tumpuan lah kami ni. Sekejap je selesai. Bukan kanak-kanak aje suka, mak bapak kepada kanak-kanak pun suka. Atok nenek pun suka tau. Iza siap pesan, lepas makan coklat minum air masak supaya neutral balik dalam badan tak le manis aje nanti dapat penyakit.





Iza selesai agak awal dari biasa sebab marshmallow dan coklat habis nak tunggu apa lagi kan? Memang event kenduri kahwin akan cepat habis sebab jemputan banyak kan? Adatlah. Janji tuan rumah dapat merasa. 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang pakej berkaitan boleh hubungi Iza melalui aplikasi Whatsapp sahaja. Call memang Iza tak dapat nak layan. Maaf sekali lagi.


NURIZZAH MAJIF BIZ
012 242 6490

**Terima Kasih Kerana Membaca**|

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails