click this to be awesome person

Wednesday, 30 December 2015

1st Sand Castle By Muhammad Darwisy Affendi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf lah ye dah masuk tahun baru 2016 tapi entry ni cerita lama tahun 2015. Tak lah lama mana pun. Apa ada pada tahun baru masihi, seeloknya kita lebih agungkan tahun baru hijrah kan? Okey masa cuti umum Maulidur Rasul hari tu kami anak beranak tak berjalan mana pun. Last minute pergi ke Port Dickson, sebab nak bagi Muhammad Darwisy main pasir tepi pantai. Mak Iza pun ada dok dengan Iza seminggu tukar angin. Bawa lah berjalan sekali. Bawa bekal nasi lemak dari rumah pastu berkelah tepi pantai. Kami pergi di belakang Puteri Beach Resort, tempat yang family day dulu. Pergi situ sebab tak ramai sangat orang then pantai pun bersih. Tapi masa kami pergi tu tak ramai pun orang mungkin ramai yang balik kampung sebab cuti panjang kan.


Muhammad Darwisy yang pada mulanya seronok nampak pantai, nampak air dan pasir. Ibu dengan abah pun seronok lah bila dia mood happy. Tapi sudahnya melalak sebab die geli pijak pasir yang ada lubang-lubang sarang anak ketam. Hahahahaha. Adoi lah, jenuh juga memujuk. Sudahnya umpan bagi main pasir dulu la. Jenuh main korek-korek pasir buat istana pasir. Dia pun happy, lupa seketika pasal lubang-lubang ketam tu. Eh, sebenarnya Iza pun geli geleman bila tengok lubang ketam tu banyak-banyak tapi takdelah teruk sangat geli boleh tahan lagi la.


Ewah, sibuk nampak anak ibu ni? Berkubang lah awak kat situ ye. Asal bahagia.


Happiness overload.


Ni hah, lubang yang dia geli. Sebenarnya bila tengok macam ni tak geli sangat tapi bila anak-anak ketak tu keluar berjalan laju sekali ngan Iza geli geleman. Hahahahaha.


Hah tu korang tengok rombongan keluarga si ketam. Tak tahu nak pergi mana tu. Balik kampung ke pergi pindah ke Iza pun tak tahu. Bila Muhammad Darwisy nampak macam ni lah terus menjerit melalak melolong. Cakap, tak nak...tak nak...tak nak...siap ngan tangan sekali buat isyarat tak nak... sedih ada nak gelak pun ada...


Nah tengok, lagi geng ketam. Tapi yang ni gemuk-gemuk hitam badan anak ketam nya. Nangis lagi lah Muhammad Darwisy tu. Asyik cakap tak nak..tak nak..tak nak..sambil cakap sambil tangan buat isyarat tak nak...T_T


Lama-lama abah umpan dia main kat gigi air tepi pantai. Kena saiko banyak anak ibu ni rupanya. Kiteorang sakat dia, amek mainan dia baling dalam air pastu suruh dia pergi amek. Hehehe. Terkedek-kedek lah anak ibu ni jalan pelan-pelan nak amek mainan yang abah campak tu. Huhuhu. Kalau ombak kuat sikit jatuh lah terduduk. Alahai kesian ibu tengok, nak tolong abah tak bagi. Abah kata biar Muhammad Darwisy belajar jadi berani sikit. T_T Ibu yang seram. Ibu ni dah la ada penyakit fobia tahap dewa kalau dalam air ni. Air baru lepas paras pinggan dah gelabah macam nak lemas. Huhuhuhuhu. Kalau bagi tempat tinggi dengan air, ku pilih tempat tinggi. Sanggup gayat dari lemas. Hahaha. Dahsyat kan? Tak boleh masuk fear factor ni.


Yeayyy!! Happy akhirnya dah berjaya main air kat tengah sikit. Abah ni pantang anak dah berani sikit lagi dia bawa ke tengah. Tinggal lah ibu ni terkontang kanting kat tepi gigi air. T_T nak ikut tak berani kang lemas. Uwaaaaaa. Siap nak sewa pelampung tapi my yayang tak bagi. Hahahaha. Nanti ada masa lagi kita luang masa bersama keluarga lagi ye. Tak semestinya kena tido check in hotel, pergi balik hari pun dah memadai kan? Syukur Allah masih pinjamkan nikmat bahagia sementara hidup.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. wah2 sronok si kecik dpt main pasir..

    ReplyDelete
  2. memang...seronok tak ingat lah dah ni...hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails