click this to be awesome person

Monday, 16 November 2015

[SUSUN ATUR] Penyusunan Semula Rak Baju Muhammad Darwisy Di Bilik Tetamu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah menjadi kebiasaan Iza jika ada kelapangan masa akan mengemas dan menyusun atur semula kedudukan perabut yang ada mengikut kerajinan pada masa tersebut. Jadi marilah menjamu mata ya. Kalau yang baru menimang cahaya mata tengah mengalami ekonomi keluarga yang memerlukan langkah penjimatan boleh gunakan rak murah macam Iza guna ni untuk simpan baju anak. Nanti bila dah ada rezeki boleh lah beli rak yang lebih praktikal juga sesuai dengan bajet masing-masing.


Yang ni pun tak tahu berapa lama boleh bertahan. Selagi kesuntukan masa dengan komitmen harian selagi tu bertahan macam ni. Muhammad Darwisy pun faham dah tak usik kawasan sini.


Wallpaper warna hitam tu pun baru pasang juga. Bila dah pasang tu yang mengemas beriya tu. Mood tengah rajin kita buat sehabis baik ye.




Ada yang tanya mana beli bekas warna hijau dan biru tu? Iza beli di Mr DIY. Ada dua saiz warna pula tak pasti. Setakat ni pernah jumpa warna hijau, biru dan merah jambu sahaja. Memang berguna boleh letak macam-macam. Harga RM3.90 sahaja. Tak pasti kalau sekarang dah berubah harganya. Boleh semak sendiri lah ye.


Bilik ni jarang digunakan kecuali kalau tetamu datang. Tetamu pun selalu ahli keluarga sendiri. Tapi ada masa rajin juga melepak dalam bilik ni sebab bilik ni sejuk mungkin terletak di belakang yang berhadapan bukit jadi angin dari arah belakang memang nyaman aje rasanya.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails