click this to be awesome person

Monday, 16 November 2015

Selamat Pengantin Baru Nadya Azman & Suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Awal November hari tu Iza menghadiri jemputan walimatul urus buat kawan belajar UiTM. Kawan satu batch dan satu group thesis. Kami di bawah advisor thesis yang sama. Sebelum tu pun banyak subjek juga kami sama kelas dan satu group. Memang selalu jumpa untuk discussion dan lain-lain. Memang senang berkawan dengan Nad ni. Syukur alhamdulillah Nad sudah selamat bernikah dengan pilihan hati. Moga berbahagia ke akhir hayat hendaknya. Banyak suka duka sepanjang mengenali Nad ni. Baik orang nya, sopan dan serba boleh ni.


Sama cantik sama padan. Barakallah buat Nad dan suami. Majlis resepsi berlangsung di Dewan Jubli Perak SUK Negeri Selangor, Shah Alam. Iza pergi ditemani oleh anak teruna yang sorang tu sebab my yayang kena pergi kursus. Masa sampai masuk dewan tengok pengantin dah nak mula berarak terus snap gambar dan sapa Nad. Memang cantik dan naik seri pengantin tu.


Muhammad Darwisy ni mujur behave masa dalam dewan. Makan pun banyak. Tapi bila dah makan mula lah buat "hasil". Dah besar rasa anak ibu bila tengok gambar ni.


Sebelum mengundur diri jumpa pengantin dulu snap gambar. Iza sempat jumpa my senior Kak Sheila. Ni lah kakak yang banyak membantu Iza sepanjang belajar di UiTM. Dan Iza banyak jadikan kisah hidup dia sebagai penguat semangat teruskan belajar sampai habis. Syukur Allah permudahkan segalanya. Lama dah tak melepak dengan geng UiTM sejak habis belajar ni sebab maisng-masing sibuk dengan komitmen masing-masing. Maafkan lah anak masing-masing teruja tengok pengantin sampai tak pandang kamera. Ya, auntie Nadya sangat cantik, ibu tahu. Hehehe.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails