click this to be awesome person

Friday, 6 November 2015

[Preparation] Candy Buffet + Photo Booth Majlis Raikan Cinta Syikin & Zizan | 7/11/2015 @ Hutan Melintang, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bermula awal minggu hari tu dah mula sibuk siapkan barang-barang untuk event Sabtu ni di Hutan Melintang, Perak. Customer (Syikin) ambil dua pakej iaitu Pakej Candy Buffet dan Pakej Photo Booth. Maka nya memang memerlukan penelitian dan persiapan rapi lah. Setakat malam tadi dah 70% siap. Just tinggal backdrop dan beberapa benda je lagi nak set up dan prepare. Moga Allah bantu permudahkan semuanya. Allahumma amin.


Sambil-sambil masukkan signage dalam frame, sambil-sambil tu update list event yang akan datang. Maklum lah Iza ni manusia biasa yang tak lepasa dari buat silap kan. Kalau boleh tak nak langsung buat silap tapi kita hanya hamba yang kerdil. Kalau boleh minima kan silap tu kita buat sehabis baik. Nak beli white board letak dalam bilik kerja tak terbuat lagi. Kadang salah reply text customer. Customer tanya pasal chocolate fountain machine pergi reply pasal pakej candy buffet. Maaf kan Iza ye. T_T


Iza memang beberapa hari sebelum event akan update gambar progress kepada setiap pelanggan. Macam malam tadi dah siap set up barang snap gambar share dengan Syikin (bakal pengantin). Syukur alhamdulillah Syikin suka dan tak sabar katanya. Hilang penat bila customer bagi feedback yang bagus. Warna tema untuk event kali ni emerald green & gold.


Guest book, custom made by Nurizzah Majif Biz. Memang akan dapat FREE dengan setiap pakej Photo Booth Iza yang harga tetap setakat ni RM250.00 sahaja.


Bahagian dalam guest book. Nanti Iza update lagi ye selepas event. 

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut tentang pakej ini atau produk / servis 
by Nurizzah Majif Biz boleh whatsapp atau text sahaja. Panggilan telefon tidak akan dilayan. Pertanyaan berkaitan hal peribadi juga tidak akan dilayan.

Nurizzah Majif
+6012 242 6490

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails