click this to be awesome person

Monday, 23 November 2015

Kaison Aeon Mall Klebang @ Ipoh & Taman Jepun @ Taman DR Ipoh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekembalinya kami dari event di Hutan Melintang Perak terus menuju ke Ipoh sebab memang hajat nak jenguk MIL pun dah alang-alang ada event di sekitar Perak. Tapi MIL last minute follow rombongan Pelitawanis TNB ke Langkawi, Kedah. Hajat nak je patah balik Sepang tapi dah ada di Perak boleh lah bersantai hujung minggu lagi pun cuti umum hari deepavali jadi kami ambil cuti hari Isnin tu dapat lah cuti panjang sikit. Sampai di umah MIL lebih kurang jam 5.00 petang. Rehatkan badan sekejap kemudian bersiap nak ke Aeon Mall baru di Klebang. Beriya sangat nak pergi sebab ada Kaison ye. Ye Kaison dan Iza memang dah amat sebati. Lepas ni kalau balik Ipoh memang destinasi harus tuju adalah Kaison Aeon Mall Klebang.


Mall baru memang parking asyik penuh sampai ke tepi jalan. Tapi sebab Kaison punya pasal harus bersungguh juga. Mujur my yayang dan SIL Ina okey aje. Paling bahagia Muhammad Darwisy la sebab dapat berjalan. Naik escalator tak takut langsung. Ibu dan abah yang seriau tengok maklum lah macam-macam kes berkaitan escalator ni. Doa mohon yang baik-baik aja dan dijauhkan dari hal yang tidak diingin.


Boleh tahan besar juga Kaison di AM Klebang ni. Again, bahagia rasa.


Rak ni di dalam wish list Iza. RM1++ ni kalau buat deko-deko rak best ni. Macam-macam lah boleh buat. Sungguh tak sabar.


Makin banyak branch Kaison ni hah. Kat Lembah Klang opening soon adalah Selayang City Mall, again dekat dengan rumah Mak Iza pulak. Bila nak buka sekitar Sepang / Putrajaya pulak ni?


Dulu ingat lagi masa mula-mula masuk Kaison PM kat PJ tak delah ramai sangat orang mungkin sebab orang tak tahu sangat pasal Kaison ni. Sekarang pergi mana-mana branch kat mall pun dah ramai sesak nak pilih barang pun susah. Selain terkenal dengan wall paper murah dan berkualiti barang-barang hiasan rumah yang lain pun banyak di sini. So memang jadi tumpuan lah. Mana taknya siap dalam FB banyak yang create secret group Kaison ni based on tempat yang berdekatan dengan mereka sebab ada peluang jadi personal shopper.



Masing-masing teruja tengok kanvas frame di belakang tu. Murah-murah pulak tu. Kita cuci mata je lah dulu ye. 


"Bantal Peluk Busyuk Ibu" Dah besar ni makin macam-macam ragam.


Tiba-tiba dalam gambar ni anak ibu nampak macam gegirl sangat. Ala-ala korea pun ada. Nasib le kalau dah bergambar dengan ummi tu ye. 


Tujuan utama pergi Kaison pun sebab nak beli wall paper untuk MIL. Sebab dah lama MIL mengidam rupa baru untuk fridge nya. Katanya nak beli baru sayang sebab fridge ni elok lagi suma rupa paras je lah tak seindah dulu. Jadi menantu kesayangan ni cuba untuk mengambil hati MIL ni. Hihi. Konon kejutan untuk MIL bila balik dari Langkawi nanti girang gembira hatinya tengok fridge berwajah baru. Mujur permukaan fridge ni tak berlekuku sangat kalau tak jenuh nak memasang wall paper.


Ini dia hasil selepas dipakaikan baju baru. Sama corak dan warna macam wall paper yang Iza lekat di fridge rumah Iza. Warna macam ni selamat sikit sebab tak nampak sangat kotor kalau terkena apa-apa kotoran. Beberapa hari selepas tu MIL whatsapp ucap terima kasih sebab firdge dia dah cantik macam beli baru pula. Hihi. Fridge rumah mak Iza pun dah tampal wall paper cuma corak dan warna lain. 

Taman Jepun @ Taman DR Ipoh

Esok hari nya kami berkelah di taman berkonsepkan Jepun di Taman DR, Ipoh. Warga Ipoh tahu lah lokasi tempat ni. Asal nak berkelah di Gunung Lang tapi sedang dalam pembaikan tu yang berkelah di sini aje. Beriya Iza dan Ina masak nak buat bekal berkelah. Memang kami tak makan pun lagi dari tengahari sampai ke petang. Pack makanan dalam mangkuk tingkat dan makan di sini aje. Seronok sekali sekala bersantai petang-petang macam ni.



Hujan renyai tapi tidak menghalang kami untuk berkelah. Mujur ada pondok berbumbung bentang je tikar terus berkelah. 


Iza, my yayang, Muhammad Darwisy, ummi dan pak ngah.
Si kecik tu bukan main sekarang posing kalau bergambar. 


Sampai-sampai je paling tak sabar anak teruna sorang tu. Lapar sangat kot. Nampak nasi terus nak buka bekas nasi tu. Alahai nampak gemuk pulak Iza dalam gambar ni. Siap ada yang tanya ni gemuk "berisi" ke? Hehe. Korang rasa?


Jom kita makan dulu, nanti kita posing bergambar sambil bagi ikan makan ye.


Sebelum balik kita ambil gambar lagi buat kenang-kenangan di hari mendatang. Terasa anak ibu kecil kemetot sangat di situ. Korang kalau ada masa terluang di hari cuti boleh je berkelah, jimat pun jimat sebab masak sendiri tak keluar duit. Berkelah di taman sambil luangkan masa berharga dengan keluarga. Tak semestinya asyik nak ke mall je perabih duit ye dak. 

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

1 comment:

  1. Kita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails