click this to be awesome person

Friday, 6 November 2015

[DIY] Projek Busy Book Tergendala

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasanya akhir-akhir ni makin hangat cerita pasal Busy Book / Quiet Book ni. Kalau masih yang tak tahu apa benda tu boleh google ye. Iza terjebak pun sebab join group Homeschooling Anak Syurga kat FB. Macam-macam perkongsian ibu-ibu genius share. Suka sangat. Maka mula lah buat sendiri, beli kain felt bagai bersungguh buat. Bila Muhammad Darwisy pun suka bertambah teruja lah ibu menjahit jadinya. Tapi malangnya projek ni tergendala sebentar sebab Iza sibuk dengan pelbagai komitmen.


Ni muka surat pertama busy book Muhammad Darwisy. Aktivitinya nak bagi dia kira butiran manik tu dan Iza akan tambah lagi beberapa helai reben yang lebih menarik.


Mukas surat kedua. Kereta dan lampu isyarat. Memang paling teruja dia main. Pandai sebut "car"... "red"...Okey lah tu kan setahun lapan bulan dah mula berjinak dengan benda yang merangsang minda dia. Baru-baru ni minat menconteng dan mewarna. Iza siap belikan buku mewarna dan warna krayon yang takde toxic tu. Habis setiap muka surat dicontengnya. Cemburu dengan ibu yang duduk di rumah sebab boleh 24 jam dengan anak. Tak pe lah, rezeki masing-masing kan. Kita usaha, doa dan tawakal untuk kebahagian keluarga kita. Wallahu'alam. Nanti ada masa Iza sambung lagi lah projek ni dengan muka surat yang seterusnya. Doakan ye.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. Rajinnya buat ni..
    Selalu saya tengok kat youtube buku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai cik hani. jahitan tangan pun x kemas mana. hehehe. semangat len macam sket bab DIY ni hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails