click this to be awesome person

Monday, 23 November 2015

Candy Buffet + Photo Booth Majlis Raikan Cinta Syikin & Zizan | 7/11/2015 @ Hutan Melintang Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Awal bulan hari tu kami memenuhi tempahan dari pelanggan iaitu Syikin untuk memberi perkhidmatan candy buffet dan photo booth sempena Majlis Resepsi beliau di Hutan Melintang Perak. Maaf gambar tak berapa banyak sebab battery hp dah nyawa-nyawa ikan. 





Antara sepupu dan saudara mara Syikin bergambar di Photo Booth pada hari tersebut.


Photo Booth kalau buat di luar memang perlu kerap perhati dan betul kan sebab angin kuat aje mudah terbang segala props yang ringan.



Majlis berlangsung dari jam 12.00 tengahari hingga ke petang. Mujur berhadapan dewan tu ada masjid jadi mudah nak solat dan urus diri sekejap. Kami sampai awal pagi biasa kalau event jauh-jauh memang kami keluar awal sebelum subuh. Balik tu terus ke Ipoh balik rumah MIL. Terima kasih tidak terhingga buat Syikin dan keluarga sudi memilih NMB untuk candy buffet dan photo booth majlis anda. Mohon halal segalanya dan maaf sekiranya ada yang terkurang ya.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails