click this to be awesome person

Thursday, 1 October 2015

Wedding Reception Law-Family-Side

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama betul peram cerita minggu-minggu sudah. Macam biasa bila dah masa terisi dengan pelbagai komitmen jadi kurang masa nak menghadap PC update blog. Minggu sebelum raya haji baru ni kami balik Ipoh sebab ada wedding sepupu. Sabtu dan Ahad kenduri bezanya rumah perempuan dan rumah lelaki. Sepupu my yayang ni lelaki, tapi MIL dah dijemput untuk hadiri kenduri sebelah perempuan kami pun follow aje menghantar. Dah lama tak konvoi ramai-ramai.


Balik ke Ipoh dari BBST car pool dengan adik ipar. Dak kenit ni memang tidur aje. Penat sangat sampai tidur ternganga. T_T  Sampai rumah MIL dalam jam 10.30 malam. Ada saudara mara pengantin datang rumah MIL. 


Selfie pagi Sabtu sebelum berkonvoi ke Felda Trolak di Sungkai dari Ipoh.
Iza boleh tak bawak baju kurung lebih. Sebab ingat nak datang wedding hari Ahad lupa yang hari Sabtu pun kena pergi juga, dah meminjam baju Ina. Mujur muat. Nampak sangat Iza dah mula berisi. Pinggang pun dah lari ukuran, sebelum ni 25 - 26 sekarang rasa dah lebih. Alahai. 


Main selfie-selfie sementara tunggu ahli konvoi cukup korum katanya. Lebih 10 buah kereta lah berkonvoi pagi tu. 


Dak kenit cemburu ibu nak selfie dengan Aniq. Sanggup duduk atas riba ibu tak bagi Aniq ambil tempat dia. Memang kuat sangat cemburu sekarang ni.



Okey ibu, kita dah sampai di Felda Trolak Selatan. Ibu dah boleh turun, Muhammad Darwisy nak parking kereta kejap. 


Family potret tak berapa nak jadi.


Sekali lagi Muhammad Darwisy tak memberi kerjasama lagi. Semua sedara tanya nape baju ibu dan abah merah tapi baju anak kuning hijau? Jawapannya itu lah kolaborasi warna bagi ceria. Hihihi. Tapi okey lah baju Muhammad Darwisy sama warna dengan tudung ibu. Kira boleh lah tu.


Wedding reception hari Ahad sebelah lelaki. Tak dinafikan hiasan dewan memang cantik. Segar mata memandang. Selfie tak menjadi lagi.


My yayang tengah menahan sakit gigi masa ni. Temujanji nak jumpa doktor gigi untuk cabut gigi lambat lagi katanya. Maka bertabahlah jawabnya.


Kembar tak seiras. My SIL Ina belanja baju untuk budak bujang dua orang ni. TQ Ummi belanja baju kami. Nanti-nanti belanja lagi ye. Aniq membesar bagai johan, dak kenit masih macam tu juga. Like ibu like son.


Tunggu lah Aniq dapat kaki nanti bertambah riuh lah bila berjumpa budak dua orang ni


Pak Ngah cuba bandingkan siapa lebih semangat? Dah tentu lah Aniq. Ngeh. Ngeh.


MDA & MAA. Moga kalian membesar dengan sihat akal fikiran juga tubuh badan. Beza 10 bulan je diorang berdua ni. MDA bulan 2 MAA bulan 12. Tidur kepenatan, walau suasana bising dengan muzik dan macam-macam bunyi tetap lena tidur. Stroller masing-masing tak bawa nasib lah letak atas meja. Hihihi.


Akhirnya family potret dapat juga ambil. Tapi over lah pulak anka ibu punya reaksi muka tu. Baru bangun tidur lah kata kan. Kami duduk dari pagi sampai ke petang, biasa lah kalau saudara mara punya wedding memang duduk lama. Nak sesi bergambar lagi dan sesi makan berkali-kali. Ekekekekek.


Iza paling kecik kan? Sabar je lah. Yang tudung coklat tu sepupu law family juga. Kali pertama jumpa maklum lah kenduri besar macam ni baru jumpa semua. Raya pun tak semua berjumpa sebab cuti masing-masing ada yang tak sama.


Law family. Alhamdulillah dengan apa yang ada. Like my own family.


Kalau dah adik-adik ipar bawak monopod memang hasil gambar selfie tak larat nak pilih. Ni pun banyak lagi dalam hp sebab share kat whatsapp family kan. Mana yang rasa nak masuk dalam blog je Iza edit letak watermark. Yang lain memang simpan je lah. Balik dari kenduri tu rest kejap, malam tu ada makan-makan lagi di rumah pengantin sambil pengantin buka hadiah kahwin disaksikan oleh saudara mara. Rasanya akan banyak lagi kenduri sebelah law family ni terutama belah arwah abah sebab sepupu-sepupu semua dah menginjak dewasa so lepas ni memang akan dapat jemputan je lah. Hihihi. Rasa berumur lah pula diri ini. 


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^













No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails