click this to be awesome person

Thursday, 15 October 2015

Muhammad Darwisy Budak Bijak!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasa dah lama tak buat entry khas cerita pasal anak teruna yang sorang tu. Itulah harta dunia akhirat abah dan ibu setakat ini. Hehehe. Insya'Allah ada rezeki Allah beri lagi. Dalam hidup ni tak boleh tamak, tapi kalau tamak pahala takpe. Ekekekekek. Pejam celik pejam celik dah nak masuk umur 2 tahun dah anak ibu ni. Baru-baru ni Muhammad Darwisy demam. Bawa pergi klinik, bagi makan ubat dan siap masuk ubat bontot. Lepas tu demam dia pun on off. Kejap kang dedar je, kang panas tiba-tiba. Kejap kang sejuk pulak badannya. Tak menentu, risau juga sebab dah lama dia tak demam since keluar wad awal tahun hari tu. Kalau boleh tak nak lah berlaku benda yang sama. Mimpi ngeri ibu dan abah rasa. Iza syak faktor cuaca yang berjerebu dan juga faktor lain. 



Ni masa beberapa hari lepas tak silap minggu lepas. Kejenya nak melalak tengah malam. Mata pejam rapat, tapi nangis macam kena pukul siap tersedu teresak. Ada satu malam tu my yayang tak de kat rumah keje malam. Panik juga Iza bila dia nangis tak berhenti dekat setengah jam. Segala macam buat, ngaji la pasang ayat ruqyah la, bagi main hp, dukung, bagi susu semua nya tak berhasil. Sudahnya buat video call dengan abah tapi masih tersedu cuma mata je celik berbanding sebelum tu. Bila cerita dekat mak Iza dan MIL diorang kata mungkin ada "benda" yang menyakat. Haishhh lah, minta dijauhkan lah. Sebab tak pernah-pernah dia nangis teruk macam malam tu. Dua tiga malam pulak. Syukur lah segalanya dah berakhir dan kembali normal.


Ni baru lepas solat jemaah dengan ibu sempena malam ma'al hijrah. Nampak ibu masuk toilet nak ambil wudhuk dia pun sibuk nak ikut. Satu perkara dan tips yang Iza belajar tak ingat dari buku mana, kalau nak anak kita berakhlak soleh rajin-rajin sapu air lebihan wudhuk di muka dan ubun-ubun anak berserta niat dalam hati. Niat lah perkara yang baik-baik hendaknya. Selesai tu terus ambil sejadah kecik untuk die solat. Ibu tak mula lagi dia dah rukuk. Bijak sangat ni. Dah selesai tu nak baca yasin dia pun sibuk nak baca juga. Sempat lah anak beranak ni selfie di malam ma'al hijrah. Di mana pembukaan buku amal yang baru untuk umat Islam. Moga semakin banyak amal soleh kita dicatat oleh malaikat Raqib berbanding malaikat Atid.


Rambut anak ibu ni makin panjang. Dah lah rambut jenis halus, jatuh elok je ikut kepala tu. Dah kalau orang tak tahu orang ingat anak ibu girl dengan raut wajah lembut. Tu abah gigih trim tepi rambut dia tu. Mula sodok guna mesin punya melalak nangis takut siap mandi peluh. Ni guna gunting biasa aje. Nampak dia dah mula selesa dengan situasi tu. Lepas ni kalau gunting rambut kat kedai harap boleh bagi kerjasama lah hendaknya ye. Tapi kelakar bila dia duduk keras macam patung. Bile geli kepala je bergerak. Comel, ibu perhati je dari pintu dapur.


Ni gambar paling terkini, subuh tadi kejut anak ngan abah bangun masing-masing punya liat. Tak sedar langsung. Biasa Muhammad Darwisy senang bangun pagi. Iza panggil nama dua tiga kali dia dah celik mata dah. Pagi tadi lena sangat agaknya, panggil dekat 10 kali ibu dah siap pakai baju pun tak bangun lagi. Like father like son lah. Dua beranak ni selalu tidur kat luar area tv hall. Dah Iza pun terjebak sama tidur luar. Yang kelakar malam tadi masa tengah mamai ambil mood nak tido dak kenit cakap "Abah mana?" secara spontan. Iza terus segar, tengok dia tengah mencari abah dia ke hulu hilir. Dia baru sedar abah dia tak de, walhal abah dah keluar sejam yang lalu pergi beli barang. Pastu bila Iza cakap "Dah lah, adik tidur je lah" Boleh dia ajuk balik cakap Iza " Tido??...Tido???...Tido???..." Terus mengekek Iza gelak, dengan dia sekali gelak tersengih-sengih. Pandai buat lawak lah anak ibu ni. Bijak sangat! Perangai memang macam-macam jangan kata lah. Pagi tadi sempat bekalkan dia bubur jagung dengan roti kat rumah pengasuh, hope anak ibu makan sampai habis ye. Pandai ambil hati sekarang kalau Iza masak apa-apa bagi dia makan mesti cakap "Hmmmmm....dapp...dapp..." ulang-ulang kali dok cakap. Ibu pula confuse betul sedap ke atau awak tengah nak pandai bercakap ni? T_T


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. :-) senyum sorang saya baca entry ni zah. teringat zaman adli baru mula-mula nak bercakap

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails