click this to be awesome person

Monday, 5 October 2015

Hari Raya Kurban @ Eiduladha 1436H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf lah ye entry agak ketinggalan. Ni gambar-gambar sekitar hari raya haji baru-baru ni. Kurang kemahuan nak taip panjang-panjang kali ni. Jamu mata dengan gambar yang ada je lah ye. Kali ni beraya di rumah mak Iza di Gombak memandangkan raya puasa hari tu di Ipoh, Perak.


Paling suka tak terkira adalah anak teruna seorang tu. Diapit oleh kakak kembar dan juga Qasrina. Orang semua pandang kamera dia je buat hal sendiri.


Memang berbakat dalam ber-posing. Tahniah Muhammad Darwisy kerana berjaya imitate apa yang ibu buat dan ajar. Uhuk. Sibuk nak buat sign "peace" macam kakak kembar tapi tak menjadi. Jadi sign "1 Malaysia". Hahahaha. 


Nampak tak memang dak kenit tu paling excited? Tak tergambar perasaan seronok dia masa ni. Ibu pun tak faham. Mungkin sebab ada geng dia boleh main sama. Yang paling tak tahan suka membuli Qasrina. Didebik nya muka orang tu, kang berebut barang mainan, kang dia cubit Qasrina. T_T ngeri ibu tiba-tiba anak ibu jadi garang dan ganas. Mana belajar pun tak tahu.


Sambut sekali birthday abang ipar yang ke 37 tahun. Moga diberkati hendaknya. Menu hari tu adalah nasi arab, ayam tandoori, lontong, ketupat nasi, kuah kacang, rendang daging. Kak ipar yang masak nasi arab tu walau pun perut tengah sarat memboyot. Hehehe. Lagi dua tiga hari kami dapat lah anak buah baru. Moga semua selamat hendaknya. Amin.



Selesai makan dan ahli keluarga balik solat sunat hari raya, bawa budak-budak pergi tengok orang sembelih lembu kurban. Iza kali pertama tengok secara langsung. Selama ni tak boleh tengok sebab macam jatuh kasihan. Kali ni insya'Allah dah tekad dalam hati nak tengok dengan bersungguh. Kat rumah mak Iza ni masjid sembeli 8 ekor lembu kurban. Tengok dari anjung tinjau masjid di sebelah atas.


Nur Qasrina Sulaiman & Muhammad Darwisy Affendi.
Sorang 1 tahun 4 bulan, sorang lagi 1 tahun 7 bulan.


Memang gitu gayanya kalau nampak ibu nak snap gambar dia. Tak tau le tetiba jadi spontan beraksi. Meliuk lentuk badan dia. Tengok Qasrina ayu comel je.


Sesi melapah dan menyiat kulit lembu sebelum dihantar ke bahagian proses melapah dan agihan kepada penduduk kampung juga sekitarnya. Iza tunggu sampai petang lepas tu dah bergegas balik BBST sebab keesokkan hari ada event di Putrajaya. Entry event terbaru akan menyusul kemudian ye.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. comel je tgk bdak2 pkai bju mlayu/bju krg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan? macam dalam cite kartun upin ipin. hehe

      Delete
    2. Da besar ank teruna tu ye... dan kembar tu pun sama. :) dolu2 kecik je. Terase diri ni da semakin muda. Hahaha!

      Delete
    3. hehehe tak besar sgt kecik je ikut ibu dia. oo semakin muda lah sgt ye. hehehe.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails