click this to be awesome person

Wednesday, 7 October 2015

[DEKORASI] Wallpaper Kaison Untuk Ruang Menonton & Ragam MDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama berhajat nak ceriakan ruang menonton TV ni tapi macam biasa lah asyik tergendala aje. Dah asyik melayan kebun je belakang rumah maka rumah macam tongkang pecah pun tak heran sebab teruja dengan pokok. Teruk betul. Nak dijadikan cerita beberapa bulan lepas masa pergi Kaison kat Setia City Mall ada beli wall paper kaison untuk bilik dak kenit. Tapi wall paper tu lama sangat terperuk dalam bilik kerja dan mood nak deko bilik dak kenit pun tak berapa nak ada maka pasanglah dekat dinding ruang menonton ni hah. Masa operasi pemasangan dak kenit dan abah tengah mengulit mimpi tidur. Ibu gigih buat dengan aman di kala cuaca petang yang mendung memang sedap layan tidur. Ibu abaikan perasaan ngantuk tu semata-mata nak siapkan wall paper ni. Biasa lah kalau dah mula nak pasang wall paper mesti lah akan bersihkan habuk semua jadi kerja-kerja pembersihan berjalan serentak. Sakit urat tengkuk sebab mendongak lama sangat nak dapatkan hasil yang terbaik. 


Lebih ceria berbanding dulu. Takde pulak gambar sebelum. Maaf lah ye. Memang selalu jadi macam tu. Nak sama kan tiap segi heksagon tu amat menyeksa. Bila tak sama mula rasa nak marah maka dengan itu harus bertabah lah.


Zoom sket. Dak kenit bangun tidur nampak wall paper warna warni ni terus cakap "Wahh!!!! Tik..Tik.." Hilang rasa penat ibu anak puji hasil kerja ibu. Abah pula tambah lauk cakap "Well done ibu! Good job" itu sebenarnya pujian ikhlas ke perli tu? Uhuk. Kalau pandang lama-lama macam wall paper bilik karaoke berbayar pun ada. Hahaha. Wall paper kaison ni murah RM19.90 aje, panjang 10 meter ye. Dah siap pelekat belakangnya. Untuk dinding ni Iza gunakan 1 roll suku aje.


Dah alang-alang kemas sekali ruang ni dan ubah lagi kedudukan kerusi juga rak ni. Pening lah siapa yang kalau rajin datang rumah kami ni memang kedudukan susun atur perabot akan kerap berubah mengikut tahap kerajinan.


Setakat ni Muhammad Darwisy tak berapa mengacau sangat usik barang-barang hiasan atas rak ni kecuali barang mainan dia yang dalam bekas warna biru dan hijau tu. Saja letak situ. Tapi nak tunggu kemas sentiasa memang tak lah ye. Ni hanya untuk gambaran blog sahaja. T_T



Ibu baru je kemas rumah dia dah buat aksi kemalangan ngeri melibatkan kereta dan bekas kuning tu dijadikan helmet letak kat kepala. Siap berlakon konon-konon mati tak sedarkan diri. Tak tahu lah belajar mana. Baru besar ni dah pandai imitate macam-macam. Takut pula ibu, jangan lah awak imitate benda-benda yang tak elok ye. Ibu doa setiap masa. Mudah-mudahan Allah beri awak akal fikiran yang baik untuk bezakan mana baik dan buruk. Sesuai dengan nama awak Darwisy = Warak. Warak bukan bermaksud alim ulama semata tetapi dapat bezakan yang mana hak dan batil itu juga warak. Wallahualam.


Puas main kereta main bawah meja pula buat ala-ala pondok.


Main susun-susun pula. Ni kalau alih ni mau menjerit sampai bingit telinga. Biar kan aje. Kena puji baru dia rasa dihargai hasil kerja susunan paling cantik.


Semalam anak-anak jiran datang duduk rumah sekejap sementara ibu dan ayah diorang ada hal nak uruskan. Betapa bahagia Muhammad Darwisy ada kakak ramai datang rumah dia. Seronok sangat lah tu. Okeylah, Iza nak ke hospital tengok anak buah baru lahir. 

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails