click this to be awesome person

Monday, 12 October 2015

[CUSTOM MADE GOODIES BAG] Goodies Bag for Hani Syorfina 4th Birthday

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur alhamdulillah Iza menerima tempahan goodies bag untuk kali yang kedua dari rakan sepejabat. Iza hanya provide paper bag dan buku nota kecil sahaja. Yang lain pelanggan tambah sendiri mengikut kemampuan masing-masing. 


Happy Birthday Hani Syorfina yang ke 4 tahun.
Moga membesar dengan akal juga tubuh badan yang sihat hendaknya.



Tema yang diminta oleh mama Hani adalah Hello Kitty. Memang comel Iza pun geram tengok. Mujur le anak Iza lelaki kalau tak memang dah buat koleksi barang-barang HK. 


Harga bagi paper bag siap dengan aksesori tambahan juga sticker adalah RM1.50 sekeping. Untuk buku nota pula siap sticker RM1.00. Total RM2.50. Minimum order adalah 50 pcs dan ke atas ye. Boleh refer di entry lama kalau nak satu set stationery punya goodies bag http://darwisydarwisyah.blogspot.my/2015/09/custom-made-goodies-bag-goodies-bag-for.html


Memandangkan paper bag ni custom made Iza buat sendiri guna kertas pembalut hadiah jadi boleh request lebar tapak paper bag ni. Mana tahu nak letak air kotak ke, kek cawan ke so perlukan ruang tapak yang lebar. Semuanya atas permintaan ye.
Iza siap ikut Kak Su hantar goodies bag ni ke taska Hani lagi untuk celebrate dengan kawan-kawan taska dia. So sweet.


Budak-budak kan seronok bila dapat goodies bag nak-nak bila ada pen, buku nota, kek cawan dan macam-macam lagi dalam tu. Kegembiraan semuanya.


Rakan taska kelas Hani Syorfina. Birthday girl nya tak ada dalam gambar sebab sangat lah pemalu. Kawan-kawan beriya panggil birthday girl tapi dia senyap aje. Nak tiup lilin dan potong kek birthday pun malu-malu menyorok belakang mama dia.


Seronok kan bila tengok budak-budak ni happy. Hehehe. TQ so much pada Kak Su sebab sudi order dengan Iza ye. Sekarang ni Kak Su tengah pantang sebab baru bersalin adik Hani 10/10 yang lalu. Cantik birthday baby Hannan 10/10, birthday Kak Su 11/10, birthday kakak Hani 2/10. Memang jimat lah kek potong sekali je dalam bulan yang sama. Okey then, till we meet again. Iza dah mula sibuk luar biasa.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails