click this to be awesome person

Tuesday, 1 September 2015

Uptown Puchong Night Bazaar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jumaat lepas balik je dari keje terus
bersiap sebab lepas maghrib nak keluar.
Cadang nak tengok movie tapi memikirkan
esok hari Iza ada plan dengan family Iza nak pergi berkelah
tu yang pergi jalan-jalan cuci mata di Uptown Puchong aje.


Selfie anak beranak sementara tunggu hp my
yayang ditukar kan cover skrin ke tempered glass.
Tapi akhirnya tak boleh buat sebab model hp tu
jenis yang kalau buat lah macam mana still banyak bubble.
Maka terus batalkan hasrat tu. Eh tapi murah tau untuk semua
model hp kat sini hanya RM8.00 sahaja bagi cleat tempered glass.
Pergi ke kedai gadget haji kalau tak silap.


Uptown kat sini jenis konsep tertutup.
Macam lot-lot kedai yang disekat ada hawa dingin dan blower.
Memang selesa tempat makan pun luas dan berbumbung.
Barang pun boleh tahan banyak dijual.
Cuma kena pandai survey dan tawar menawar.
Ada jiran Iza niaga kat situ.
Sambutan katanya setakat ni boleh lah benda baru kan.


Yang ni di bahagian luar.
Tak pasti kenapa namanya Sepang Walk.
Sedangkan lokasi di Puchong.
Bagi yang tak tahu lokasi Uptown Puchong ni
bersebelahan dengan Pasaraya Hero di Bukit Puchong.
Nak mudah googel aje ye.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. Replies
    1. hehehe. betul tu. untung lah leh tiap malam pergi jalan kaki je.hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails