click this to be awesome person

Monday, 14 September 2015

Tadom Hill Resort @ Labohan Dagang, Banting, Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Weekend baru-baru ni macam biasa niat asal nak duduk rumah
nak buat kerja-kerja mengemas terutama mengemas bilik kerja Iza
sebab dah semak dan bersepah tahap dewa. Tapi malam jumaat tu MIL call
bagi tahu yang MIL ada kat rumah adik Aida.
Iza pun macam terkejut sebab tak de pulak dengar MIL nak datang sini.
Pastu terus lah terjadi plan yang tak terjangka.
Dah adik-adik ipar jugak adik-adik biras termasuk my yayang
nak pergi terjah Tadom Hill Resort sebab tengah viral kat FB
kata air hijau biru macam kat Krabi. Maka bermula lah proses
mencari tempat tersebut. Ingat ke jauh sampai ke Olak Lempit ke apa.
Rupanya dekat sangat dengan rumah. Tak sampai 15 minit pun dari rumah.
Tapi kami tak stay lama sebab orang ramai sangat maklum lah tempat baru.
Kawasan tu dekat ngan Kampung Labohan Dagang, Banting.
Sebelum masuk ke kampung yang ada pintu gerbang tu ambil 
kiri jalan masuk memang kecil.


Tengok orang tengah ramai beratur.
Ingat ke kenapa rupanya sebab dah penuh.
Limit 150 pax aje yang lain kena tunggu lah kalau nak masuk.
Tapi bagi Iza tempat terlalu terbuka dan kawasan air tu dikatakan lombong atau tasik.
Wallahualam lah. Kalau nak buat aktiviti lasak boleh lah.
Macam berkayak ke berakit ke.
Memang wajib pakai jaket keselamatan.


Ramai yang sanggup beratur menunggu giliran nak masuk.
Kami sekadar tengok kawasan sekitar aje lah.
Tempat ni masih dalam pembinaan untuk mencantikkan lagi view sekeliling.
So untuk permulaan ni view banyak nampak construction la.


Kami bergambar berlatar belakang kan tasik / lombong Tadom Hill Resort
yang digembar-gemburkan seperti di dalam FB tu.
Dak kenit tido gigih lah ibu dukung jugak. T_T


Banyak budak-budak muda remaja tengah beraktiviti lasak.
Nampak sangat Iza ni dah ahkak-ahkak sangat.
Lagi pun Iza ni tak berapa gemar air. Huhu. Trauma takut lemas.


Air yang hijau kebiruan yang mana menggamit lagi memukau pandangan mata.



Nak jugak pose berlatar belakangkan banner Tadom Hill Resort.
Tengok tu buluh-buluh memang banyak.
Banyak chalet yang berasaskan buluh ni.
Dah siap sepenuhnya nanti mesti lagi bertambah cantik.
Tak sabar pulak rasa. Walau dekat dengan rumah.
Jimat tak payah bercuti jauh-jauh. Hahaha

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

3 comments:

  1. lalu belah belakang tadom hills ni semalam. ramai juga org. tak singgah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke. memang nampak dari jalan sebenarnya cuma kite tak tahu selama ni. ingat ke kolam org memancing.

      Delete
  2. nak tunggu offical opening. singgah aritu pun dia tak bagi masuk.. suh tengoh dari luar je.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails