click this to be awesome person

Tuesday, 15 September 2015

[SOHO] Mengemas Bilik Kerja / Bilik Pelbagai Guna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Walau pun weekend sibuk dengan aktiviti keluarga mertua sempat juga
curi masa mengemas bilik kerja Iza aka bilik pelbagai guna. Atau lebih dikenali sebagai SOHO "Small Office Home Office". Sebab apa bilik pelbagai guna? Sebab selain buat kerja-kerja DIY, kraf dan penyediaan candy buffet, photo booth juga sebagainya
bilik ni juga tempat simpan barang. Tak nak lah nama kan stor tak best.
Hahaha. Bilik ni juga untuk gantung segala baju yang tak sempat nak lipat.
Angkat dari ampaian kain terus hang kat penyangkut dalam bilik ni. 
Bila ada kain baju bergantung memang nampak semak sikit la.
Tu kena cepat-cepat melipat kain baju tetapi banyak alasan dan sebab musabab. 


Setelah berbulan lamanya baru dapat view meja kerja bersih dan kemas seperti gambar. Walhal hakikatnya sebelum ini selama berbulan lamanya dah tak nampak permukaan meja. Mana kain back drop kat atas tu, frame gambar, gunting, kotak dan macam-macam lagi. Ni gigih kan diri untuk mengemas. Tu belum selak skirting kain bawah meja tu. Lagi macam-macam khazanah ada. Hahaha. Lap top tu banyak berjasa, dari zaman belajar politeknik sampai sekarang masih digunakan cuma kadang-kadang jadi slow lah. Tu yang ter-format pastu buntu sendiri sebab printer cd installer tak ada. Terus nangis dalam hati. 


Segala barang keperluan dan peralatan untuk biz ada kat sini. Tak sedar dah makin sarat dan banyak. Cadangnya nak minta my yayang tambah wall shelf ni lagi. Nanti kena pergi Ikea beli wall shelf ni lagi. Ni pun kemas ala kadar. Nanti ada masa kemas cun-cun dan kita tagging organize lagi mantap.


Sambil mengemas sempat wrap kotak yang ada buat tempat letak reben dan double sided tape. Senang buat macam ni. Nak guna tarik je tak serabut. Kita tengok je la lama mana mampu bertahan. Haha. Kalau dah kalut kadang huru hara juga.


Bila dah kemas macam ni mula lah sayang nak usik. Itu satu perangai yang sukar dikikis. Semalam nak guna gunting untuk gunting bubble talk pun cermat je ambil gunting tu tak nak selerak. Sopan sangat pergerakan. Kelakar pun ada. Eh tapi itulah disiplin diri sebenarnya kan? Ke bukan? 


Memang stand by frame gambar ni banyak-banyak sebab majoriti job event yang Iza ambil pakej yang ditawarkan ada menggunakan frame ni sebagai signage untuk meja candy buffet atau meja photo booth. FREE je. Eh sempat promote!



Sampai tak de ruang lah nak letak stok mesin chocolate fountain ni. Ni dua-dua dah bertuan. Tinggal nak wrap dan post aje. Nanti kalau ada rezeki dapat pasang wall shelf Ikea tu boleh lah susun stok ni cantik-cantik ala-ala display macam kat kedai. Kita berangan aje dulu. Tak dapat kedai bilik kerja dalam rumah pun jadi. So tak lah usik keselesaan ruang meja kerja tu.


Gigih wrap satu je lah dulu mesin chocolate fountain tu. Buka buku resit siap dan masukkan dalam kotak sebelum wrap. Bila dah selesai mengemas terus rasa sakit sengal-sengal badan. Paling sakit tang pinggang. Tapi bila tengok hasil yang kita kemas tu nampak bersih dan sedap mata memandang terus rasa damai dan tenang aje.


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails