click this to be awesome person

Tuesday, 15 September 2015

Muhammad Darwisy dan Buah Naga

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Masa bersantai kat Pantai Bagan Lalang, Gold Coast Sepang tu ada lah orang jual buah naga ni sambil jalan. Memang rezeki MIL dari rumah nak ke pantai memang banyak orang buka gerai jual buah naga ni cumanya tak sempat nak berhenti. Kami konvoi dua kereta, kalau berhenti mengejut takut nanti tertinggal pula yang belakang. MIL kata uncle cina tu jual 5 biji RM10, jadinya memang murah lah sebab sepanjang jalan tadi tengok harga kat gerai dalam 3 biji RM10. Lepas tu SIL Ina dan Aida pun beli jadi lah banyak. Bagi ke kiteorang 4 biji. Iza memang tak berapa gemar buah ni. My yayang paling suka, masa kupas dan potong buah tu dak kenit nampak pastu dia siap minta. Memang bersungguh betul makan tu yang siap buka baju dan seluar sebab buah ni warna dia cepat melekat kat tangan dan baju.


Tengok siap makan guna garfu. Tak beringat awak tu kenit lagi. Terus ibu suruh abah pantau takut terluka mulut kena garfu tajam tu. Satu mangkuk tu banyak juga dia makan. Terkejut abah dan ibu tengok awak bersunggu makan.


Siap nak suap kat abah dan ibu lagi. Pemurah nya lah hai anak ibu ni ye.
Mulut dah warna merah comot betul lah masa ni. Sampai lap kat badan lah tangan tu.
Habis makan dia masuk bilik belakang buat projek dia. Mengemas cara tersendiri.


Pandai susun block ni ye. Ibu usik sket tak bagi. Kena biar je macam ni. Kang kalau beralih sket dia akan susun balik. Hahaha. Ni seni ke Muhammad Darwisy? Dah tido baru lah aman sket ibu nak mengemas rumah. Macam-macam ragam bila anak nak membesar ni sebab tengah belajar kan? Dia observe sekeliling dia sebab tu perasan kalau apa yang Iza buat dia mula ikut terus insaf. 

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails