click this to be awesome person

Tuesday, 15 September 2015

Microfibre Spin Mop Murah Di Groupon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cerita bab mengemas rumah ni memang tak kan lari dari menyapu, mengemop lantai, lap habuk dan lain-lain lagi kan? Iza memang jenis yang kurang suka lantai rumah kotor. Lebih-lebih lagi ada anak kecil yang sedang explore macam-macam perkara. Kadang air tumpah, makanan, susu dan banyak lagi. Memang dah lama guna microfibre mop ni tapi my yayang belikan masa ada offer di karnival apa ntah tak ingat. dah bertahun juga guna mop tu tapi sampai masa mop tu dah tak boleh digunakan sebab jammed maklum lah besi kalau kena air kan berkarat dan menyukarkan bila nak pusing. So beli lah yang baru. Ada juga offer lagi murah. Tumpang kawan opis beli online di website Groupon memang murah habis lepas tu banyak dapat item free. 


Hari ni order dan buat payment esok lusa dah dapat barang. Cepat dan boleh dipercayai. Tak macam sesetengah website tu tunggu berbulan barang tak dapat duit pun tak nampak bayang. Masih lagi dalam pemerhatian Iza untuk report ke SKMM.


Dapat dua set batang besi ni hah. Andai kata salah satu rosak kena air dan berkarat ada satu spare. Tapi pasni harus jaga elok-elok. Mudah sangat nak mop guna mop ni. Keringkan je macam spin mesin basuh tu dah boleh mop lantai. Tak de lah lantai basah sangat dan lambat kering.


Warna pun menarik sebab striking. Hehehe. Ada dapat 3 free rambu ramba mop tu. Hehehe. Semuanya da 5 kesemuanya. 4 warna ungu dan 1 warna hijau.


Baldi oren tu pun ringan tak macam baldi mop yang sebelum ni berat. Tapi Iza masih guna baldi mop yang lama. Batang mop je guna yang baru. Tu ada asisstant tak sabar nak tolong mop tu hah.


Boleh buka penutup dan pemegang supaya boleh bersihkan. Yang lama tu tak ada. Payah juga nak cuci bila dah berlumut dan kotor. More info korang boleh scroll ke bawah ni Iza ada sertakan. Benda elok dan memudahkan tak salah kita share kan?




**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails