click this to be awesome person

Tuesday, 8 September 2015

KUD 2015 @ Presint 3, Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Niat asal weekend lepas nak lepak kat rumah je mendobi
dan buat kerja-kerja rumah yang mana tergendala operasinya
semasa hari bekerja. Maklumlah weekdays memang tak 
cukup masa nak mengemas. Sampai rumah pun dah dekat nak maghrib.
Melayan dak kenit lagi gedebak gedebuk dah masuk Isyak.
Memang kalau nampak rumah macam kapal karam tu
jeling hujung mata je la walau dalam hati parah juga remuk redam.
Then my yayang ajak tengok wayang, tapi Iza macam kemalasan
nak keluar. Nak dijadikan cerita teman pergi opis my yayang
sebab nak ambil barang alang-alang kami ke KUD 2015.
Dekat je park kereta pun dekat opis my yayang then jalan kaki aje.


Muhammad Darwisy sekarang memang banyak akal dan ragamnya.
Kadang ibu dan abah surrender nak melayan.
Baru sorang tapi perangai dah beraneka ragam T_T.
Sekarang tengah melayan perasaan suka tengok
view sekeliling dan perhatikan keadaan sekeliling.
Tak kisah lah orang ke, binatang ke, pokok ke, benda ke.
Ralik tengok sampai nak tembus. Bila nak naik lift pun
lambat aje. Bila ibu dan abah acah-acah nak tinggal dia
habis menjerit kuat satu bangunan dengar.





Sampai depan pintu opis abah dia punya ragam mula berubah.
Jadi excited tak tentu pasal.
Joget-joget. Kawad kaki setempat, melompat setempat.



Bila ada orang lalu malu terus lari ke arah ibu sebab
nak sorok muka dia dengan peluk ibu. Kadang pelik pun ada.
Tadi beriya buat konsert persembahan terbaik,
bila orang lalu lalang tak cukup tanah lari cari tempat nak menyorok.
Alahai anak. Kelakar ibu tengok keletah kamu ni.



Jalan ke Karnival Usahawan Desa ni pastu lapar,
terus ke zon makanan. Memang banyak gerai lah.
Ikut negeri, dari Perlis sampai ke Sabah semua menu
kenegerian ada. Yang paling panjang Q adalah gerai negeri pantai timur.
Iza nak beli satar pun tak dapat sebab tak sanggup nak Q.
Cuaca hujan sekejap-sekejap dan menyukarkan sedikit aktiviti pengunjung.
Ni tengah trend sotong goreng gunting / potong ni.
Ala macam ayam gunting tu la.
Ni sotong pulak. RM10.00 seekor. Kena lah dengan harga.
Pun Q panjang jugak sebab nak merasa sanggup lah beratur.


Sedapnya, panas-panas baru angkat dari kuali.
Potong lepas tu tabur lada dan serbuk perasa. 
Terliur sekejap tengok abang tu potong. Rasa nak amek masa 
tu juga masuk mulut dan kunyah. 


Ni je gambar anak beranak yang ada kat KUD sebabnya
battery hp low sangat. Muhammad Darwisy pula sukar dikawal
masa tu sebab teruja tengok pokok berbuah.


Teringin nya lah nak ada rak para letak pasu ni kat rumah.
Nak DIY sendiri kayu palette tak dapat-dapat lagi.
Nak beli jauh kat Bukit Beruntung.
Buat masa ni buat apa yang ada je la.
Yang penting pokok yang ditanam hidup subur dan boleh 
mendatangkan hasil.


Sebelum balik dak kenit ni nampak orang jual belon helium gas ni.
Nampak pulak ada karakter kegemaran upin ipin.
Menjerit cakap "NAK! NAK! NAK"
Nasib RM5 je tu pun dah berapa kali beli pun tak tahu.
Bila sampai kat rumah sikit pun tak heran dengan belon tu.
Ibu pun x faham kenapa kat luar je kamu teruja.
Mungkin dah bosan. Biasalah budak kan.
Ni sementara tunggu abah keluar dari opis main kat pintu gerbang tu.
Main lampu lah, lari lah, sampai berbelit tali belon tu kat badan.
Sudahnya ibu ikat kat seluar aje senang bila dak kenit
lari ke gerak ke mana-mana belon tu ikut. Hehehe.
Sekian cerita KUD 2015. Biasa-biasa je tak ada apa yang menarik
pun bagi kami. Cuma dapat lah beli baja organik untuk pokok kat rumah.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails