click this to be awesome person

Wednesday, 2 September 2015

[Kebun Kecil Belakang Rumah] Perkembangan Tanaman Dalam Pasu & Gabus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hujung minggu lepas cuti panjang bersekali hari merdeka
akan tetapi untuk ketiga-tiga hari tersebut Iza sibuk dengan
macam-macam komitmen. Sabtu ada family aktiviti,
Ahad ada job event, Isnin pula bertugas merdeka.
Jadi waktu memang terhad nak berkebun.
Sempat tengok tanaman pagi masa subuh siram sekali.
Petang lepas balik rumah dekat nak maghrib tak pun
kadang tengah malam teringat belum jenguk tanaman
pergi cepat-cepat kat pintu dapur dan buka siram sambil belai.


Alhamdulillah syukur makin membiak dengan subur.
Mana yang sebelum ni macam terbantut nak mati tu pun
dah nampak perubahan nya. Anak pokok kari yang sebelah kanan 
tu pun dah mula nampak progress nak membesar. 
Puas lah siram dengan air basuhan beras,
air basuhan ikan lah, hampas kelapa la, baja lah semua letak.



Pokok kesum makin menjadi-jadi.
Seronok tengok. MIL ajar kalau dah naik meninggi sangat
potong pucuk rendam dalam air sampai keluar akar then cucuk dan 
tanam kat pasu lain bagi membiak banyak.
Alhamdulillah menjadi.


Tu belah kiri tu kesum yang baru nak naik lepas cucuk
beberapa hari. Tak sabar nak tengok membiak dengan subur penuh
satu polistren tu. Sebelah kanan tu pudina pun tengah
membiak subur. Dua pokok ni kena tanah sentiasa lembab.
Tu tak boleh bagi kering tanah nanti terbantut.
Letak baja lagi menjadi-jadi.
Tu yang hari-hari buat air teh mesti letak daun pudina.
Segar bugar badan rasanya. Seronok rasa nak petik je kat belakang.


Yang ni memang dari dulu membesar bagai johan.
Hehehehe. Pokok kunyit ni daun memang lebar-lebar.
Hari tu kena serang dengan ulat bulu habis daun nya kena
makan dah bergerigi setiap daun.
Then sembur air rendaman bawang ada lah nampak hasilnya.
Ulat bulu tu gemuk-gemuk warna hijau sama dengan daun.
Kalau lah boleh makan lama dah goreng dengan kunyit hahaha.


Pokok limau kasturi pun mula menyuburkan diri.
Dah banyak daun bertunas baru.
Kena pantau kerap sebab kalau dah besar sangat
kena pindahkan ke tanah atau pasu yang lebih besar
supaya tak terbantut pembesaran nya.
Sebelah tu ada dua tiga pasu pokok kunyit.
Biar banyak. Kalau satu pasu kena serang ada
pasu lain. Mak Iza paling suka kalau datang rumah Iza
kerat daun kunyit ni bawak balik.
Katanya sekarang beli kat kedai dua helai dah 50 sen.
Nanti datang lagi rumah Iza ada lagi.
Memang betul pokok ni makin kita kerat makin subur.
Syukur rezeki Allah ta'ala.
Minggu lepas Iza baru je semai benih 
sayur kangkung, brokoli, kacang botol dan jagung.
Pagi tadi tengok dah bertunas anak benih.
Tak sabar nya rasa. Nak sangat rasa mata ni
memandang hijau bila buka pintu dapur. 
Biar semua pokok yang berguna untuk masak
dan ubat ada kat belakang rumah. Hihi

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

6 comments:

  1. BESTNYA.... nak jadikan misi juga la lepas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. memang best dear...jom mula bercucuk tanam. dpt makan sendiri bagi jiran pun dah seribu rahmat. sedekah moga ada balasan di sana nanti. Kalau nanti ada anak pokok Iza yang lebih Iza post dlm ni. Hehe. Jom join group FB "Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri"

      Delete
  2. zah..kalau sama opis lagi boleh pesan kat izah je daun kesum n daun kari. hahahaha.sekarang nak daun pandan pesan dekat kaksu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai cc. kalau nak pun nanti whatsapp aje lah. Iza bawak kan kita jumpa kat parkg opis ke. breakfast sm ke. Hehehe. Kalau Iza sorang pun x termakan semua tu. Kena pjgkan sedekah baru berkat. :)

      Delete
  3. nmpk daun kesum terbayangkan asam pedas..nampak daun kunyit trbygkan rendang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha bukan sekadar asam pedas, laksa semua ada. daun kunyit rendang n masak lomak..hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails