click this to be awesome person

Friday, 18 September 2015

[Kebun Kecil Belakang Rumah] Aktiviti Berkebun & Menyemai Biji Benih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entry ni bercampur sedikit dengan cerita masa cuti hari Merdeka dan 
cuti hari Malaysia baru-baru ini. Eh baru teirngat entry bertugas masa hari Merdeka Iza tak update lagi. Hehehe. Gambar pun banyak dah buang, macam mana nak update? Huhu. Lepas bertugas hari Merdeka tu sampai rumah dalam petang juga. Gigih nak juga teruskan aktiviti berkebun sebabnya beberapa hari sebelum tu ada semai biji benih yang beli di ACE hardware. Ada benih jagung, kangkung, kacang botol, brokoli. Lepas tu ada beli kerata batang pokok mulberi dari salah seorang ahli group KBJTS dalam group FB.


Setelah semai beberapa hari anak poko jagung, brokoli dan kacang botol telah menampakkan diri. Gembira rasa hati. Dulu tangan Iza ni "panas". Semai pokok tak menjadi, bela binatang peliharaan pun mati. Sedih. Sekarang alhamdulillah. Usaha bersungguh-sungguh dengan minat mendorong semuanya.


Keratan batang mulberi. Mula-mula was-was kot tak tumbuh atau tak hidup. Alhamdulillah dah mula bertunas nak keluar daun baru.



Sekarang ada 10 keratang batang semuanya. Tapi Iza tanam dalam 3 pasu. Sekarang dah besar mula pindahkan pasu yang besar sikit.


Lepas tu tengah membelek pokok-pokok tanaman tengok ada beberapa jenis daun yang tidak dikenalpasti ID nya. Jenuh snap gambar dan tanya dalam group FB KBJTS. Mujur ahli-ahli KBJTS baik-baik belaka share ilmu dan info. Tanya kat MIL pun MIL kata jangan cabut dulu. Katanya macam pokok peria atau petola. Rupanya peria katak. Yang selalu orang buat ulam tu. One of my favorite. :) Lepas ni kena pindahkan ke pasu lain dan mula buat kayu pancang. Pokok ni menjalar dan memanjat tak silap. Nanti nak google. Iza tak semai pun. Kadang macam tu lah, lain benih yang kita semai lain yang tumbuh. Hehe.


Ni pun menumpang juga kat pokok pudina. Ada yang kata pokok kacang hantu. Ada kata pokok rumput. So Iza cabut. Tapi ada banyak lagi tumbuh tempat lain. Biar je dulu bagi besar kot pokok berguna. Yang cabut hari tu menyesal tak sudah T_T


Yang ni pun menumpang juga. ID tidak dikenalpasti lagi.
Biar je lah. Menumpang dekat pokok limau purut.



Pokok kesum, pudina dan kari tengah sihat menyubur lagi merimbun. Geram tengok. Alahai. Pokok limau purut dah mula daun kena makan ulat bulu. T_T


Pokok kunyit paling johan daun besar-besar merimbun. Nak raya haji ni harus kerat untuk masak rendang. Sedekah kat jiran-jiran rumah mak nanti.


Mulberi dah beberapa minggu, cepat membesar daun dan melebar.
Siap ada yang nak berbuah dah. Banyak manfaat pokok mulberi ni.
Daun boleh buat teh, boleh celup tepung goreng. Buah boleh buat jus. Google je banyak khasiat mulberi ni sebenarnya. Ni Iza dah pindahkan ke pasu besar sikit. Gigih ke Daiso Dpulze Cyberjaya beli pasu RM5.30. Pastu beli tagging pokok.


Pokok kacang botol dah mula membesar, usia 2-3 minggu dah ni. Beli pancang dan relung tu kat Daiso jugak. Senang pokok ni nak memanjat. 


Baru semai biji benih markisar, asaparagus, cili padi, kailan. Harap menjadi lah hendaknya. Sekarang beli sayur kat pasar malam / pasar tani pun dan berbelas ringgit. Kadang tengok tak banyak mana pun sayur nya. Ni angan-angan nak buat kebun ni senang nak masak petik je belakang rumah. Tak membazir. Petik bila nak masak aje.


Biji benih dan anak pokok yang baru nak membesar Iza letak bawah meja bulat ni. Tak boleh kena cahaya matahari terlalu direct sebab kecil lagi. Pokok jagung dan banyak naik. Tak sabar nak pindahkan ke tanah atau polibeg besra nanti.


Puas menyusun pasu-pasu ni. Esok dah besar kena lah buat rak pulak. Nak cari kayu pallet dan DIY rak tak tercapai lagi hajat tu. Kekangan masa juga banyak komitmen. Tapi menyempatkan diri jenguk dan belai pokok-pokok ni semua. Rindu dan rasa bahagia bila semuanya sihat dan membesar bagai johan. Betul lah berbudi pada tanah akan ada hasilnya sahaja. Badan pun sihat sebab berpeluh bagai. Nanti sambung lagi ya. Tak leh update selalu pasal kebun ni sebab tak nampak pokok membesar. Hihi. Jom lah kawan-kawan mana yang nak berkebun tu tak ada ruang kita tanam dalam pasu aje. Buat kaedah hidro pot pun boleh. Dapat hasil untuk makan sendiri pun dah alhamduliillah kan? :) Jimat RM2.00 ke RM3.00 ke, itu pun dah kira jimat.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


5 comments:

  1. kalau dah menjadi boleh jual kat saya zah sayur2 tu. sukalah tengok. saya yang membesar bagai johan daun kunyit je zah

    ReplyDelete
    Replies
    1. xyah jual lah cc. amek je lah...hehehe..kunyit tu memang selalu johan dari yang lain hehe

      Delete
  2. Wah meriah sayur ditanam. Seronok tengok.

    ReplyDelete
  3. salam..saya berminat dgn pokok malberi tu..sy tak de benih lagi...sy nk tya blh ke klu kita tanam dalam pasu yg awk semai tu tak yah alih2 dah ke tmpt lain....pokok ni nk duduk tgh panas terik ke?sy baru belajar menanam sayur kat parking kereta tepi pagar je.blh hidup ke pokok malberi ni...?brapa lama masa utk dia berbuah?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails