click this to be awesome person

Tuesday, 8 September 2015

Kaison @ Setia City Mall, Setia Alam, Shah Alam Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ahad lepas ke Shah Alam sebab nak anta mesin chocolate fountain 
customer untuk servis. Dah alang-alang tu ajak my yayang 
ke Setia City Mall. Tujuan asal nak ke kaison adalah nak cari barang-barang event
dan barang-barang untuk buat goodies bag tempahan dari
pelanggan aka lady boss Iza. :) Memang besar betul kaison kat SCM ni.
Puas berjalan tapi barang-barang banyak dah habis.
Laku keras betul barang kat kaison ni.
Wall paper paling banyak laris.
Iza pun sempat lah beli 2 roll wall paper untuk bilik dak kenit.
Nanti ada masa baru boleh mula projek deko bilik anak.
Sekarang komitmen tengah tinggi pada job event.


Dia paling suka soft toy ni.
Baymax kalau tak silap. Nampak-nampak terus nak.
My yayang bagi pegang aje. Mujur tak buat perangai.
Bukan tak nak beli tapi agak banyak juga toys kat rumah tu.
Bagi dia pegang kejap je lah sementara ibu tengah mencari barang.
Siap belek harga tak tahan tu. Kot lah murah boleh ibu belikan hahaha.


Nak cium sikit!
Sayang sangat kat soft toy tu.
Tujuan nak bagi ibu melting supaya beli kan ke?
Dah puas berjalan dalam kaison turun pula ke daiso.
Iza suka mall yang ada dua kedai ni.
Mudah nak cari barang event.
Macam SCM dgn PM (Paradigm Mall) ni memang ada dua-dua.
Kaison ada Daiso pun ada. Double happy.


Dah selesai urusan dalam mall pergi makan sekejap kat food channel.
Walau tak banyak choice makan aje lah.
Tengok dari food court tu nampak bukan main meriah 
orang ramai bersantai di padang lapang sambil beraktiviti.
Terus kami menghala ke sana juga.
Then my yayang beli giant bubble untuk dak kenit main.



Baru bangun tido, terus nampak orang ramai dengan bubbles
bersorak kegembiraan lah apa lagi.


Habis dikejarnya budak yang main bubbles ni.
Siap nak tangkap bubbles tu semua.


Abah sedang menunjukkan cara-cara nak main bubble.
Muhammad Darwisy tengok dan perhati dengan lebih tekun.


Confuse jap siapa yang lebih teruja sebenarnya?
T_T


Hah, baru betul.
Keep learning ya Muhammad Darwisy.



Makin hari petang makin ramai orang datang.
Yang bagusnya tempat ni luas.
Padang rumput pun bersih aje.
Memang sesuai nak buat aktiviti keluarga.
Ada yang siap celebrate birthday kat sini bawa kek
dan helium balloon. Cantik aje kalau buat photo shoot kat sini.


Muhammad Darwisy sedang mengejar belon-belon bertebangan.
Bila pecah automatik cakap "Alaaaaa....."


My beloved husband. Thank you for always supporting your wife.
Eh, jiwang pulak tetiba. Hahaha


Picture of the day. A bit blur.
But who cares. As long as we're happy together.
Alhamdulillah.


Okey jom kita balik sebab ibu banyak kerja nak buat ni.
Nak siapkan order customer.
Walau pun hujung minggu masih bekerja di rumah.
Well, no choice. This is my passion and I will do the best for it.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^



6 comments:

  1. abah yng exited lebih tu zah.. hahaha.seronoknya dak kenit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memang pun sudahnya abah ngan ibu yang main smpai habis. dak kenit sibuk kejar belon. nnt bawa lah abg adli sado tu ke sini ye.:)

      Delete
  2. kalau ke sana memang best, santai sangat duk melepak situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu hani. Iza ni kali kedua pergi. 1st time dlu SCM ni pun baru buka separuh parking pun berdebu lg.

      Delete
  3. kaison memang ada ya di setia city mall ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. ada di setia city mall bersebelahan dengan food court

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails