click this to be awesome person

Monday, 14 September 2015

Hujung Minggu @ Pantai Bagan Lalang, Gold Coast Sepang, Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entry ni bersambung dari entry Tadom Hill Resort selesai aje melawat kawasan
terus proceed menuju ke Pantai Bagan Lalang, Gold Coast Sepang.
Sebab dah alang-alang MIL dan Ina datang kebetulan cukup korum
kita bersantai lah kat tepian pantai walau pun jerebu.
Tapi tak lah bau asap sangat, ramai juga orang kat situ. Meriah lah. 
Dekat juga dengan rumah dalam 20-30 minit sampai lah dari rumah Iza.


Budak kenit ni bukan main suka lagi. Dapat jalan dan berlari siap mengutip
apa yang ada kat tepi pantai tu. Jenuh ibu berlari berkejaran dengan dia.
Sambil ditiup angin laut. Ada hati nak menulis guna ranting kayu dekat pasir pantai.
Ibu layan kan aje.


Okay, sesi asah bakat menconteng.
Jangan nanti balik rumah dapat pen habis dinding rumah diconteng ye.


Ewahhhh. Menikmati angin laut sampai macam ni sekali ke Muhammad Darwisy?
Bukan main lagak gaya macam dah besar je anak ibu ni.
Dulu kali pertama ibu dan abah bawa awak ke sini
awak kecil je masa tu baru 1 bulan lebih.
Sekejap aje masa berlalu. Alahai.


Sambung balik menulis. Sampai terkangkang.

 


Lari jap ambil angin dan nak tengok apa yang ada kat tepi pantai ni.
Memang banyak sampah sarap. Sedih lah. T_T


Okay dah puas dah jom duduk kat mak tok.
Ibu dengan abah nak selfie.
Hehehe. Kejap betul ibu ni tinggalkan Muhammad Darwisy dengan mak tok dan Aniq.


Selfie kami suami isteri.


Jap belum ready tudung senget angin kuat!


Nak lompat tapi tak berjaya sebab badan dah berat. T_T


Selfie dengan adik-adik ipar.
Dah kenapa mata Iza kecik sebelah? Huhuhu


Wefie ramai-ramai pulak.
Baru perasan kenapa dalam gambar ni Iza menyorok belakang Ina. Hehe.
Lagi bertambah kecil lah nampaknya ye tak?


Beratur semua.
Dah macam ular kena palu pulak.
My yayang nampak besar sangat dalam gambar ni. Hahaha.


Hamek masing-masing tak ingat duniat sengih nampak gigi.
Semua gara-gara timer nak selfie. Pastu bila tak ready dah snap.
Tu macam-macam mimik muka yang dapat ni hah.


Alhamdulillah dengan apa yang ada.
Dapat law family yang baik-baik dan sporting semuanya.
Ni kalau ada arwah abah lagi seronok sebab arwah abah rajin melayan bergambar.


Kenapa my yayang tak angkat wife dia?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Hahaha. Emo lebih walhal my yayang pegang monopod.
Semua tengah galak nak melompat tapi memanjang tak jadi.


Layan kan aje.
Iklan gigi ni.


Dah nak balik dah bersiap-siap nak dinner sekali kat restoran ikan bakar.
Nasib Muhammad Darwisy dengan Muhammad Aniq behave.
Senang mak tok layan. Hehehe.
Dak kenit tu mak tok kata makan keropok lekor banyak betul.
Lapar lah tu sebab kena paksa mandi dengan ayah wan dan abah amin.
Sian anak ibu ye sejuk. Tu jadi lapar. Lepas tu tak nak duduk bawah
nak duduk dalam stroller. Aniq pula tak nak duduk dalam stroller.
Elok lah korang. 



One happy family, Insya'Allah.
Doa moga ummi dan abah amin cepat-cepat dapat baby.
Meriahkan lagi suasana. 


Kami ditugaskan untuk reserved meja dan order makanan sekali.
Sebab dengar kata kedai makan ikan bakar kat sini kalau hujung minggu
kebanyakannya penuh aje. Memang betul lah. Sebelum tu selfie suami isteri lagi dalam kereta. Jangan cemuih naa...


All seafood.
Memang lapar jadinya.


Kami ambil pepahat goreng cili berlada, ikan siakap masak tiga rasa,
ikan siakap stim halia, ikan kembung bakar, sotong bakar, kerang rebus,
sup sayur, kailan ikan masin dan air tembikai satu jag.
Semuanya lebih kurang RM147.00 lah untuk 7 orang dewasa makan.
Tak pasti mahal atau murah.
Tapi masakannya kurang sedap. Syukur ada yang murah hati belanja. 


My yayang masih memilih ikan.
Diorang kebanyakan kali pertama makan pepahat.
My yayang pun tak tahu pepahat ni apa.
My MIL pula memang tak boleh makan. Tengok pun dia geli geleman
siap meremang bulu roma katanya. Alahai mak. Kelakar pula.
Seronok sekali sekala keluar ramai-ramai macam ni.
Luangkan masa bersama-sama. Sebab kita tak tahu bila masa kita dipanggil
oleh Allah. Takziah buat keluarga mangsa jemaah haji di Mekah kerana
insiden kren tumbang beberapa hari lalu.
Moga husnul khatimah buat mereka yang terkorban.
Wallahualam.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. baru plan hujung ni nak makan ikan bakar dekat senandung malam bagan lalang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah baru ingat nama kedai Senandung Semalam. Yang kami pegi ni Bayu Malam ke apa ntah namanya. Alahai. Xpe lain kali lah.

      Delete
    2. eh, senandung malam terletak semalam pulak haha

      Delete
  2. aritu bawak mak ke sini jugak..datang time jerebu..tengok air laut pun xde feel. last2 balik macam tu je..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails