click this to be awesome person

Wednesday, 2 September 2015

[Aktiviti Keluarga] Berkelah Di Air Terjun Sungai Sendat, Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sabtu lepas meluangkan masa untuk bersama keluarga sebelah Iza
berkelah di air terjun Sungai Sendat.
Asalnya nak pergi berkelah sebab abang Iza nak cari batu sungai
untuk buat tunku kak ipar Iza masa dalam pantang nanti.
So dah alang-alang tu berkelah terus.
Masih tak dapat cukup korum lagi sebab
my yayang sorang je tak ada kerana tuntutan tugas.
So tak perlu kita nak gaduh ke apa,
mana yang ada kelapangan masa kita join aje.
Pagi-pagi Iza dah gerak ke rumah mak Iza
berdua dengan dak kenit. Macam biasa dia lena je tido
sebab awal pagi dah bangun naik kereta kena air cond.
Sampai umah mak Iza park kereta dan car pool
naik kereta arwah ayah Iza.
Kakak dan abang Iza kereta masing-masing.
Lokasi Sungai Sendat ni selepas Ulu Yam,
sebelum masuk Batang Kali, Selangor.


Muhammad Darwisy yang baru sedar dari tidur bila
nampak kakak kembar kesayangan terus muka happy.
Berlari tak sabar nak-nak nampak pelampung dan si Bubu 
aka Qasrina. Nasib lah melekat nama Bubu kat Qasrina.


Punya susah nak amek gambar 4 beradik sepupu ni hah.
Bila kakak kembar dan bubu dah pandang kamera,
si hero sorang pulak pandang tempat lain.
Pastu tak reti duduk diam siap Kak Rah pegang tu hah
tak nak bagi dak kenit lari.


Again. Semua pandang kamera ibu
Muhammad Darwisy je pandang tempat lain.
Tangan dah ada gaya tunjuk sign "peace"


Bila Acu masuk terus pandang Acu.
Kakak Rah masih pegang tangan dak kenit
sebab kebarangkalian dia melarikan diri amat tinggi.


Perasan Acu nak selfie tu 
pandang kamera hp Acu.


Tengok.
Memang payah dia nak pandang kamera ibu.
Suka hati awak lah Muhammad Darwisy.
Mimik muka dah comel dah.


Bubu pun pelik tengok
muka awak yang asyik sebut "Ooo"
bila setiap kali nak bergambar.


Terlepas sekejap.
Sebab nak tengok gambar yang Ibu dah snap.
Kakak pun malas dah nak layan. Hahaha.


Kena tangkap balik dengan kakak.
Bubu rileks je duduk diam-diam.



Terlepas lagi.
Siap angkat tangan dan kata "Yeayyy!!"
Dah lah, jom lah kita menapak naik bukit mencari
tempat untuk berkelah. Masa sampai ni awal jugak
so tak banyak sangat kereta dan orang pun tak ramai lagi.


Info bayaran masuk dan lain-lain caj
untuk pengetahuan orang awam.
Air Terjun Sungai Sendat ni adalah
hutan lipur di bawah tanggungjawab
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Jadi sama-sama lah menjaga kebersihan kawasan ini ye.


Tak sempat nak bergambar kat sini ramai-ramai
sebab masing-masing penat angkut barang sambil mendaki bukit.
Yang Iza kena kawal semua budak-budak terutama 
Muhammad Darwisy. Bukan main gedik lagi berlari.


Memang panjang perjalanan kalau macam ni rupanya.
Si kakak pun tak dapat nak kawal dak kenit sorang tu.



Bukan main laju berjalan, gaya berjalan macam orang dewasa.
Tak nak dah orang pegang tangan. 
Nak berjalan sendiri. Okey, fine!


Dah sampai terus senyum besar dekat ibu.
Bangga ye awak dapat berjalan jauh?
Good job sayang. Kejap je awak dah besar T_T.


Waterfall Sungai Sendat, Selangor.


Air memang super duper sejuk dan menyamankan.
Dan menjadi pilihan anak-anak muda untuk mencuba
aksi berani terjun dari atas batu tu mengikut arus air terjun.
Iza yang tengok pun seriau.
Ni kalau my yayang ikut memang dia pun join sekali.


Tengok ramai yang tunggu turn nak turun.
Iza sekadar memerhati je la.
Nak bagi dak kenit main air kat gigi air pun dia takut.
Melalak macam kena pukul.
Iza notice yang Muhammad Darwisy memang takut
dan tak suka mandi sungai.
Tapi kalau kolam atau pantai laut dia berani.
Tak pasti kenapa. Jangan ikut perangai ibu yang memang 
takut air dah lah ye. Fobia sangat. Anak ibu lelaki
kena berani dan kuat ye.


Muka bahagia sebab ibu tak paksa dah saya
main air dan rendam saya dalam air sungai.
Siap tangan pegang kuat baju ibu kot ibu
nak paksa lagi. Kalau paksa lagi saya menangis kuat-kuat
biar semua orang dengar. Hihihi. 


Abang ipar Iza pun mencuba nasib kot dak kenit
ni nak mandi tapi benda yang sama.
Melalak dan menjerit lagi kuat ada lah Pak Long.
Kakak kembar pun mula-mula takut
tapi bila dah dapat kawan terus jadi berani.
Good job!


Sejuk sangat air kat sini Mak Lang!
Kakak Rah ngan Ecah menggigil-gigil dah.
Hehehe. Beriya menjerit bagi tahu kat Mak Lang
yang duduk jadi pemerhati kat tepi batu.


Lepas mandi, pastu makan terus siap-siap pack barang.
Iza tak boleh nak lama-lama sampai petang sangat sebab
nak stand by barang untuk job event keesokan harinya.
Inilah sebahagian keluarga besar sebelah Iza.
Cucu nenek akan bertambah sorang lagi tahun ni.
Moga dipermudahkan urusan abang dan kak ipar Iza menerima
kehadiran orang baru hendaknya.
Usia arwah ayah tak panjang nak merasa cucu ramai.
Sempat merasa cucu kembar sulung je.
Allah lebih sayangkan arwah ayah. Al-fatihah.
Keluarga perlu diutamakan dalam setiap hal.
Memang perlu banyak bersabar dalam melalui dugaan yang mendatang.
Moga Allah merahmati kita semua.
Jalinkan ukhuwah, usah putuskan silaturahim.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^





2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails