click this to be awesome person

Tuesday, 4 August 2015

[SUSUN ATUR] Rombakan Kecil Susun Atur Baju & Barang Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Balik dari kerja semalam terus buat kerja rumah.
Niat asal nak habiskan lipat kain baju dua bakul tapi
tertangguh sebab tengok keadaan baju-baju Muhammad Darwisy
tak tersusun rapi seperti selalu.
Maklum sahaja lah dak kenit tu dah pakar mengemas.
Memang ibu biar kan aje.
Kadang dah pandai nak ambil baju sendiri
siap pilih nak pakai yang mana. Bijak sungguh.
Sebelum ni Iza letak baju-baju anak dalam bilik
tidur Iza sebab mudah nak ambil tapi
rasa dah tiba masa pindahkan ke bilik belakang.
Bilik ni boleh dikatakan bilik tetamu pun boleh,
bilik solat pun boleh tak kisah. 
Esok dak kenit dah besar memang ini lah bilik nya.
Tapi nanti ibu deko lain lah ye.


Angkut semua rak dalam bilik Iza dan rak
yang letak di play area kat hall tu masuk sekali dalam bilik ni.
Kan Iza dah kata Iza ni jenis cepat jemu dengan keadaan
susun atur di rumah sendiri. Mujur perabot tak boleh letak atas siling
kalau boleh dah susun ke atas dah. T_T
Berhajat nak pasang wallpaper kat dinding bilik ni.
Tapi belum beli lagi kat kaison. Nak pilih corak yang
ceria sikit sebab bakal menjadi bilik anak nanti.
Yang penting nak nampak bilik ni luas sebab 
keluasan bilik ni pun agak terhad.


Ini je lah yang mampu kemas setakat semalam.
Iza jenis kalau mengemas sesuatu terutama untuk 
susun atur dan dekorasi akan kemas keseluruhan bilik.
Dari tukar cadar, dari buang sawang habuk kat dinding.
Kibas karpet, mop lantai dan menyapu semua.
Dah siap baru lah mula kerja melipat balik baju-baju 
dak kenit dan susun elok-elok ikut jenis baju.
Tagging je tak buat lagi. Tagging lama dah kena koyak ngan
dak kenit. Kena beli kertas pelekat yang plastik.


Then semalam tengah mengemas macam lapar aje perut ni.
Masak lah lauk ringkas aje.
Udang goreng kunyit pastu cincang bawang dan 
cili api tumis dengan butter pecah telur campak udang.
Sedap sehingga menjilat jari bak hang.
So pagi tadi sahur makan lauk yang sama jugak.
Insya'Allah hari ni puasa sunat hari kelima
esok hari keenam pastu dah boleh raya dah.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

4 comments:

  1. bila anak dah start memilih baju sendiri. makanya cepat sikit la bersepah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, tu lah nak cepat jadi lambat, dari bergaduh dgn die biar kan aje lah asal dia bahagia.

      Delete
  2. adui...rajinnya mak dak kenit ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails