click this to be awesome person

Monday, 10 August 2015

Outing & Quality Time @ GM Klang, Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sabtu lepas memang plan nak outing tapi
destinasi tak pasti lagi. Then decide pergi ke
GM Klang. Sebelum tu pergi Hospital Putrajaya 
dulu ziarah kawan my yayang masuk CCU sebab
masalah sesak nafas dan jantung. Moga beliau
cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa hendaknya.


Dak kenit bersungguh menangis kena tinggal kat bawah
dengan nenek. Tak boleh masuk. Ke nangis sebab
teringat dia pernah warded kat sini dulu pun ibu tak tahu le.
Siannya dia. Macam hilang mak je. Huhuhu.
Balik dari hospital terus ke GM Klang tapi ikut
jalan belakang. Ikut Banting semua rasa lagi dekat.
Dan boleh tengok suasana kampung. Tapi cuaca
hari Sabtu hari tu panas terik nya lah hai.



Singgah di R&R Olak Lempit sebab my yayang
nampak ada banner cendol durian.
Memang peminat cendol lah.
Ada macam-macam menu.
Makan dulu isi perut siap-siap.
Dak kenit tido sekejap pastu bangun.


Mood tengah baik bangun tido
menyengih aje. Bagi makan tempe goreng.
Sekarang kuat makan juga boleh tahan.
Membuang pun kuat juga. Hihi.


Buah hati pengarang jantung ibu.
Macam-macam ragam dah sekarang.
Pandai nyanyi lagu upin ipin versi sendiri,
pandai mengemas mainan bila dah sudah main.
Bila nak susu pandai cari botol bagi kat
ibu ke abah ke nenek ke, minta buatkan susu. Alahai.
Kami sampai di GM Klang agak petang jugak lah.
Lalu kat Aeon @ Jusco Bukit Tinggi bukan main besar lagi.
Kalau datang awal boleh juga singgah. Lain kali lah.


Iza masih tak mahir lagi susunan kedai kat GM Klang ni
nama pun kali pertama datang kan haruslah terpinga-pinga.
Tapi boleh tahan murah harganya. 
Kalau kat Kenanga Whole City (KWC) kena beli
borong 10 ke atas baru dapat harga murah kot.
Kat sini dalam 3 barang pun boleh dapat harga best
kena pandai tawar lah. Memang rambang mata.


Baju budak, macam-macam design
dan pattern. Memang kalau shopping kat sini puas hati lah.


Mainan pun melambak.
Ni mujur Muhammad Darwisy duduk behave je
dalam stroller. Tu pun tangan dia sibuk menggapai je
apa yang dapat. Belum dapat turun lagi.


Aksesori wanita dan macam-macam lagi lah
barang-barang. Nak tahu lebih kena lah pergi
dan tengok sendiri ye. Ni gambar-gambar yang ada ni pun
bukan Iza yang snap. Mak Iza yang rajin snap. Hihihi.


Balik tu singgah di masjid sekitar jenjarom 
solat maghrib. Punya suka dak kenit ni dapat berlari.
Semua orang nak disapa nya.
Yang kelakar tu dia siap silap peluk orang lagi.
Mungkin ingat dari belakang ibu tapi bukan.
Terus muka malu alah datang kat ibu. Hihihi.



Mak Iza beli karpet patchwork ni.
Boleh tahan murah harganya.
Tu pun tak betul-betul tawar,
kalau tawar lagi mau dapat lagi murah.
Senang katanya nak cuci. Kalau pakai karpet yang
tebal-tebal tu tak larat nak bersihkan. 
Suka lah mak sebab dapat berjalan kalau tak
dok terperap kat rumah jaga cucu.
Tu ada masa Iza dan my yayang bawa jalan-jalan.
Kalau dah kekurangan masa memang tak dapat lah
dan kami ada event je kejenya.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

3 comments:

  1. saya beli cadar patchwork kat GM.
    beli byk sebab share dgn mak, kak ipar dan sy.
    opkos murah berganda la.
    dari 130 dapat 95rgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah hani. mmg murah. kalau share2 lagi murah. puas hati betul.

      Delete
    2. Cik hani..awk ade tak no contact mane2 kedai yg jual patchwork kt gM klang tu?

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails