click this to be awesome person

Monday, 24 August 2015

My Yayang Birthday Celebration 33 Years Young

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah walau pun dah terlambat nak update blog
tetapi masih bersyukur kerana kita semua dipanjangkan
usia lagi untuk mengharungi liku-liku kehidupan.
13 Ogos yang lepas my yayang genap 33 tahun.
Tak rancang pun nak sambut besar-besaran.
Cukup buat makan-makan untuk kaum keluarga.
Itu pun tak semua yang dapat hadir.
Adik beradik Iza dua orang tak dapat hadir.
Belah my yayang alhamdulillah semua datang kecuali
Amin sebab keje.


Memang tak make up apa ye.
Cadang malas nak bergambar tapi tak ada pulak
kenang-kenangan nanti.
Lantak lah muka macam apa je.
Syukur puas hati dapat buat kek sendiri.


My yayang dengan mak dan adik-adiknya.
Dah bertambah dua hero cilik. Akan datang
tak tahu le berapa ramai. Alhamdulillah,
TQ MIL & SIL Ina sudi datang dari Ipoh.


Pelik je Muhammad Darwisy tengok ibu
excited pose. Hehehe.
Alhamdulillah dengan apa yang ada.
Allah itu kan maha pengasih lagi maha penyayang.


Alolololo. Makan ye kek buatan isteri tersayang.
Sedap ke tak sedap kena jugak makan.
Hehehe. Dak kenit teruja sorang-sorang.
Iza buat kek je. Mak Iza yang buat pulut kuning,
gulai kari ayam, bihun goreng. Tq mak sudi masak kan.


Flag untuk cucuk kat birthday cake.
Senang buh je stick kat belakang then 
cucuk kat kek. Hehehe.


Baru umur 33 tahun. Still young kan?
Hahahaha. Yang penting dengan bertambahnya
usia maka bertambah juga lah amalan hendaknya.
Kita hidup tak lama mana.
Bila-bila masa ajal kan datang menjemput.
Wallahualam bisawab.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails