click this to be awesome person

Monday, 24 August 2015

Muhammad Darwisy 18m & Muhammad Aniq 8m

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lepas celebrate birthday my yayang hari tu,
keesokkan harinya bawak FIL semua berjalan.
Lagi pun pagi tu kami ada event kat Kapar, Klang.
Dah alang-alang tu ajak diorang ke GM Klang.
Jumpa kat sana terus. Dah lepas set up photo booth
kat rumah pelanggan terus ke GM Klang.



Ni sebenarnya tak tahu nak snap gambar anak-anak
ke atau gambar ibu-ibu. Anak-anak langsung
tak pandang kamera, ibu-ibu yang over. Itu perkara biasa.
Eh, Aniq pegang kepala Darwisy.
Hehehe. Spontan.


Amboi Muhammad Darwisy, suka sangat tu nape?
Aniq membesar bagai johan kalah dak kenit.
Alahai. Nampak gaya nya anak ibu ni memang
ikut ibu lah jenis kecil molek.
Tak ikut abah jenis besar tinggi hehe.
Lepas ukur kedai kat GM Klang,
terus ke AEON Bukit Tinggi, Klang.
Dekat je cuma buat pusingan U aje.


Makan kat food court then
cuci-cuci mata semuanya.
Sampai tak larat la kaki nak jalan.
Hah amek. Kami tak boleh balik lagi sebab 
event memang sampai malam. So malas
nak patah balik, tunggu je sampai malas
terus ke rumah pelanggan dan wrap up balik
barang-barang photo booth. 
Syukur semuanya berjalan lancar.


Esokknya tu MIL dan SIL Ina nak balik Ipoh dah.
So pergi breakfast area rumah lah.
Muhammad Darwisy nangis nak ikut orang keluar.
Takut kena tinggal. Aniq juga cool aje. Hehehe.


Tengah berborak kat dapur sementara tunggu
ibu masak bubur. Masing-masing lapar kot.
Bila dah siap masak bubur suap makan maisng-masing
berlumba-lumba makan. Siap masing-masing
pandai cemburu. Dah dapat bayang macam
mana kalau dua-dua ni ada adik nanti. T_T


Aniq nampak macam girl nak-nak ibu long pakaikan
baju romper warna pink. Hehehe.
Pakai baju Muhammad Darwisy. Takpelah
Aniq putih cerah, dak kenit tuh? Hitam manis.


Menyusu sambil memerhati Aniq main
barang mainan dia.
Ada masa tak kisah. Ada masa datang lah
perangai kedekut dia tuh. Siap menjerit lagi.


Sudahnya dua-dua terbaring.
Amik mood nak tido sebenarnya ni.
Elok lah jauh-jauh sorang utara sorang selatan.
Kalau dekat-dekat nanti gaduh.


Ni Muhammad Darwisy kat rumah acu.
Main-main sampai tido macam tu.
Buka kira kalau dah ngantuk gaya apa pun boleh.


Ikut acu pegi shopping barang Aniq.
Elok bukan main behave dok dalam tu.
Kalau ngan abah ibu mau dia gedik-gedik nak keluar lah
nak jalan lah. Nak biskut lah apa la.


Lepas shopping kepenatan
tertido dalam kereta. Sampai je rumah
abah ibu terus bangun. Sengih-sengih.
Seronok tengok anak membesar depan mata.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.
Syukur. Harap Muhammad Darwisy serasi
dan baik-baik sahaja dengan pengasuh baru.
Allahumma amiin.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails