click this to be awesome person

Monday, 10 August 2015

Majlis Riang Ria Raya & Silaturahim "Open Office" 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah nak hujung-hujung Syawal ni memang banyak dapat
jemputan rumah terbuka baik di rumah atau di pejabat.
Rasanya dah jadi kelaziman setiap pejabat akan
buat jamuan raya tak kira secara sederhana atau
besar-besaran. Alhamdulillah, selain dapat menjamu selera
sebenarnya dapat kita bersilaturahim.
Kadang nama satu pejabat bertegur sapa pun susah
sebab lain-lain bahagian dan wing kan.
Masa ni lah nak kenal mesra dengan rakan di wing lain.
Insya'Allah jika niat nak bersilaturahim pahalanya amat besar.

Pagi Khamis minggu lepas sebelum ke 
majlis raya opis Iza kena attend kursus di sekitar
Putrajaya juga. So main lari-lari sekejap.


Selfie sekejap dengan bubble talk
tempahan dari opis untuk majlis riang ria raya.


#JamuanRayaBIUPA2015



Bubble talk ni paling win rasanya. Hihihi.


Pose lagi dengan bubble talk tambahan
dari unit ICT. Handsome tak? Ni saudara wak doyok
kata salah seorang dari rakan opis. Comel kan? Hahaha


Adik aku yang sorang ni pun nak jugak
jadi saudara wak doyok. Hahaha. Haish lah
budak baru nak naik ni. Hihihi.


Sebelum majlis bermula kena daftar dulu
tanda hadir di majlis ni. Yang best nya siap dapat
goodies lagi. Tapi bukan goodies bag,
tupperware ye. Alhamdulillah rezeki.


Selfie ngan bos ICT.
Sempoi bak hang. Adik dia dulu rupanya
polymate Iza masa kat Politeknik Tanjung Malim.
Kecik aje dunia ini. Hahahaha.
Patut le kepala gila-gila sama ngan adik dia.


With kak suharti the anchor woman
kat wing Iza. Hehehe. Jangan marah na kak su.
Kalau ada kak su ni bertambah meriah majlis.



With kak fiza.
Dah kenapa Iza hari tu kejenya nak
selfie aje. Buang tabiat agaknya. Hahaha.


Kak Ina, orang lama banyak ilmu ni.
Masak pun sedap-sedap bukan main.
Hihihi. Ada pulak terselit my boss di situ.


Emcee of the day. Gandingan yang mantap
dan serasi bersama. Ewahh. Bujang lagi kedua-duanya. ^_^


Team HR dan Kewangan pada tahun ni kena
provide dessert dan kuih muih.
Macam biasa lah Yummylicious Homemade Ice Cream (YHIC)
 ditempah khas dari Iza.
Sakan lah tolak troli satu opis.
Siap bawak loceng ais krim lagi. Hehehe.


Team HR dan Kewangan.
Majoriti nya adalah wanita.



Bagi laluan owner blog nak
feeling macam lalu di karpet merah ye.
Baju dan tupperware nak sama tema
"mak kau hijau".


Wanita-wanita HR. Tak leh nak kata gadis
sebab semuanya dah mak-mak orang dan bakal mak orang.
Yang dua orang tengah tu sedang dalam
status "kenderaan berat" ngeh.ngeh.ngeh.


Team HR tak cukup korum.
Ada lagi dua orang tak masuk dalam gambar ni.
Maaf kan lah kami ye. Kumbang memang seekor aje.
Buat penyeri bunga-bunga di taman indah.


Bos pun layan kan je staff berselfie
dengan bubble talk bagai.
Buat kenang-kenangan sambil menjalinkan ukhuwah.


Tengok bos kami paling win posing. 
Luas empayar "peace" nya. Hihihi.
Jangan marah ye bos. Btw, selamat hari raya
aidilfitri dari kami semua. 

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^




4 comments:

  1. Replies
    1. hehehe. ha'ah bos muda2. leh sekepala. syiok alhamdulillah. hehe

      Delete
  2. rmai yg saya tak kenal..tp kak ina tu kalau mmasak mmg win habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.ah betul tu. masak sume best. bertambah lah kteorg klu die masak nak2 laksam ke laksa johor ke..hehe. ramai tak kenal sbb ramai yang baru ni..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails