click this to be awesome person

Monday, 24 August 2015

Laman Seni @ Seksyen 7 Shah Alam, Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sengaja asingkan entry ni dari
entry expo baby tadi sebab
nak himpunkan gambar-gambar 
Muhammad Darwisy yang beraneka ragam dalam
entry yang ini. Nampak ceria dengan keletahnya
yang tersendiri. Balik dari expo baby terus mencari
destinasi untuk makan. Sudahnya ke ayam penyet Seksyen 7
pintu belakang UiTM. Dulu sedap sekarang sorry to say
memang tak payah lah pergi. 


Budak paling bahagia bila dapat berjalan
ke sana ke mari tanpa sekatan.
Ditambah dengan pelbagai mainan
corak dan warna di atas jalan tar juga dinding
bertambah keterujaan dia.


Misi ingin mengetahui apakah benda yang
besar bewarna biru itu?
Kelihatan menarik dari sini. 
Mari kita ke sana untuk melihat lebih dekat.


Oh, sekadar lukisan rupanya.
Darwisy ingat boleh buat main tadi.
Takpe, kita pergi tengok yang lain pula.
Ibu dan abah pun tak marah.


Sesi pegangan tangan sambil berjalan
amat tidak digemari. Bagi dia ingin bebas tanpa 
apa-apa yang mengganggu. Lihatlah betapa
halus dan kenit nya kamu di kelilingi orang?


Ibu saja nak tarik perhatian supaya 
dia alert bahawa dia ke sini tidak berseorangan.
Walau bebas ibu dan abah memerhati ye.


Hah, Muhammad Darwisy tahu warna hijau
untuk susu Dugro!!!!!! 
My photogenic baby boy. 
OOTD yang ceria sangat.


Sesekali bau kurang enak menusuk ke
lubang hidung dan menyebabkan Muhammad Darwisy
segera bertindak menutup hidung. T_T


Jom teruskan perjalanan ke hadapan.
Kita terokai laluan yang luas terbentang ini.


Lelah berjalan kita bertinggung sekejap.
Ke tengah proses sesuatu?
Tapi muka macam tidak mendatangkan syak.


Masih belum puas mengukur jalan.
Bukan senang nak dapat peluang macam ni.


Cubaan mengikut jejak langkah
orang ramai di sekeliling.


Deep.
Moga my yayang diberi kesedaran dan kesempatan.



Spontan.
Diambil ketika sedang leka memerhatikan 
anak yang bebas berjalan.






Muhammad Darwisy
thousand step forward.


Look further thinking future.
May Allah bless all of us.
Ibu sayang anak ibu dunia akhirat.
Be a good caliph for Allah & Rasulullah.
Allahumma amiin.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails