click this to be awesome person

Tuesday, 11 August 2015

Kenduri Kahwin + Open House + Kaison Sunway Putra Mall, KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ahad lepas banyak dapat jemputan baik kenduri
kahwin dan rumah terbuka.
Tapi Iza dan keluarga pergi mana yang
sempat aje lah. So my yayang x ikut sebab
kerja, Iza pergi dengan mak dan dak kenit je lah.
Tak payah nak masak makan je kat 
rumah kenduri dan open house.
Tengahari tu dah keluar ke Putrajaya
sebab kawan opis jemput kenduri kahwin 
anak sulung nya. Alhamdulillah dapat memenuhi
jemputan dari Kak Roy sekeluarga.
Masa sampai memang tengah ramai orang sebab lepas
zohor kan, tengok pengantin pun dah sampai.
Biasa lah kalau pergi kenduri kahwin kawan
opis mesti nak cari muka-muka yang kita kenal
boleh geng duduk semeja. Hehehe.


Ni Muhammad Darwisy malu-malu alah
nak kawan dengan Qamelia Isabela ni hah.
Lagi bambam Isabel ni dari dia.
Geram tengok lengan tu berketak macam ruas tebu.
Mula-mula malu alah pastu ikut juga
montot Isabel ni pergi ke meja pengantin.
Alahai anak ibu malu tapi mahu ye.

Tak lama pun kat kenduri kahwin tu
sebab nak kena ke KL pula
open house saudara sebelah arwah ayah Iza.
Iza dari Putrajaya gerak
plan nak konvoi ngan along dan adik Iza
tapi sebab kiteorang tak berapa mahir jalan
sekitar Segambut/Bukit Kiara tu so
terus jumpa kat rumah saudara je lah.


Datuk Rizal & Datin Zamzarina.
Open house dan celebrate birthday Datuk Rizal sekali.
Senang 2 in 1. 


Family Datuk Rizal.
Yang tudung kuning-kuning oren tu kakak sepupu
Iza, mak kepada birthday "boy" pada hari tersebut. 
Belah arwah ayah Iza ni saudara mara
ramai dan besar. Kadang sampai tersasul
bahasakan diri. Takpelah, janji silaturahim tu
masih terjalin walau arwah ayah dah tiada.
Ramai gak public figure dan a few actress yang datang
tapi sebab panas dan suasana agak sesak
ditambah dengan Muhammad Darwisy nak melepek
dan melekat je terus Iza jadi a bit moody.
Memang kena banyak bersabar kalau ada
anak kecil dan berada di public ni.

Balik tu ajak mak Iza singgah Sunway Putra Mall
jap sebab ada Kaison kat situ.
Dah alang-alang nak balik rumah terus
singgah. Nak cari barang untuk event. Berderet juga
job event masuk ni hah. Alahai.
Mak Iza macam biasa okey aje
sebab dapat berjalan. Hihihi.


Dak kenit ni nasib baik behave masa
dalam mall. Offer dia turun dia geleng
kepala cakap "tak nak".
Dah penat lah tu dari kenduri ke 
open house pastu ibu singgah mall pulak.


Iza bagi je barang bagi dia pegang,
diam lah dia main barang tu.
Suka kalau nampak cermin. 
Barang-barang dalam Kaison kat SPM ni 
banyak juga lah pilihan berbanding
KLFCM dengan PM.
Setia City Mall je Iza belum pergi lagi.
Dah pilih barang terus bayar sebab kalau lambat nanti
takut jalan jammed mula lah sampai umah lambat.
Esok dah la nak kerja.


Singgah lagi kat kedai acheh depan rumah sebab
mak Iza nak beli lauk basah sikit.
Dak kenit tu dah pengsan.
Tak nak duduk belakang dengan nenek.
Boleh masa nak tidur dok melepek kat Iza
peluk badan walhal ibu tengah drive masa tu.
Kalau tak bagi mengamuk satu kereta.
Memang kena beli car seat lah untuk toddler.
Car seat lama dah tak muat kaki terjuntai keluar.
Moga-moga ada rezeki kita sekeluarga terutama
rezeki untuk anak ibu hendaknya.
Allahumma amin.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails